BEIJING, 14 Mei 2015 /PRNewswire/ -- nubia, pengeluar telefon pintar Android berkualiti tinggi yang berpusat di China, memperkenalkan peranti terunggulnya pada tahun 2015, nubia Z9, pada 6 Mei di Beijing.
nubia Z9 mempunyai pelbagai ciri-ciri terkini seperti skrin visual tanpa sempadan dan kawalan telefon pintar yang lebih mudah, menghasilkan pengalaman pengguna bermutu tinggi dan mencerminkan usaha syarikat itu ke arah inovasi bagi tempoh jangka masa panjang.
"Inovasi tidak pernah berhenti. Ia sudah menjadi pemacu utama bagi pembangunan industri telefon pintar yang mana imaginasi merupakan kuasa yang asal. Dua tahun selepas ditubuhkan, kuasa ini membolehkan nubia menjadi perintis industri apabila dibandingkan dengan jenama-jenama lain," kata Ni Fei. Ketua Pegawai Eksekutif nubia. 'Pada masa hadapan, dunia akan menerima revolusi teknologi interaksi telefon pintar. Revolusi bermula daripada imaginasi, pelancaran nubia Z9 ini hanyalah satu permulaan sahaja."
Ciri-ciri nubia Z9 yang menonjol adalah skrin visual 5.2 inci tanpa sempadan. Dengan teknologi Konduksi Biasan arka (aRC), nubia Z9 menawarkan kesan visual lebih hebat berbanding peranti lain yang sama saiz sementara rekaannya membuatkannya lebih ergonomik dan mudah dipegang.
Rekaan tanpa sempadan ini bukan sahaja merupakan penambahbaikan yang bagus daripada segi estetik, tetapi merupakan selangkah lebih maju bagi pengguna untuk menggunakan telefon pintar mereka dalam cara yang lebih interaktif.
Dengan menggunakan Teknologi interaktif Kerangka (FiT), nubia Z9 membenarkan pengguna mengawal telefon mereka dengan hanya menyentuh pinggir skrin mereka. Contohnya, pengguna boleh memulakan aplikasi kamera secara serta-merta dengan hanya membalikkan telefon mereka ke sisi dan meletakkan empat hujung jari pada bahagian pinggir skrin mereka.
Peningkatan kawalan lain termasuklah mengambil gambar selfie dengan sebelah tangan sahaja atau mengambil gambar dengan memicit telefon bimbit itu tanpa menyentuh sebarang butang pun. Secara keseluruhannya, nubia Z9 mengurangkan proses telefon pintar dengan purata sebanyak 2.7 langkah berbanding telefon pintar biasa.
Ciri-ciri utama nubia Z9 yang lain termasuklah kamera primer 16MP dengan OIS (penstabilan imej optik), cipset Snapdragon 810, bateri 2,900mAh, paparan 5.2 inci dengan resolusi HD Penuh (1920 x 1080).
Ia didatangkan dalam tiga model berbeza; klasik, dengan 3GB RAM dan simpanan sebesar 32GB pada harga CNY 3,499 ($564); elit, dengan 4GB RAM dan simpanan sebesar 64GB pada harga CNY 3,999 ($645); serta versi eksklusif dengan tambahan pengesan cap jari pada harga CNY 4,499 yuan ($725).
Pelanggan boleh membuat pesanan mereka di kedai pengalaman nubia atau secara dalam talian di www.nubia.cn.