omniture

Meritus Hotels & Resorts Meraih Tiga Anugerah pada Anugerah Hotel Mewah Dunia 2012

Meritus Hotels & Resorts
2012-10-17 22:37 230

SINGAPURA, 17 Okt, 2012 /PRNewswire/ --

Hotel Meritus & Resorts, yang dianggap sebagai jenama warisan Singapura paling popular, menandakan satu kemenangan grand slam dalam kategori berikut pada Anugerah Hotel Mewah Dunia 2012 (WLHA) yang berakhir baru-baru ini:

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2012/10/16/20121016154800513128.html )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/12/09/20111209194931399475-l.jpg )

  • PEMENANG PERINGKAT GLOBAL, Jenama Hotel Mewah - Meritus Hotels & Resorts
  • PEMENANG PERINGKAT NEGARA, Hotel Mewah - Mandarin Orchard Singapura
  • PEMENANG PERINGKAT NEGARA, Hotel Bisnes Mewah - Marina Mandarin Singapura

Acara tahunan Gala permaidani merah itu telah diadakan pada 13 Oktober 2012 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Diiktiraf sebagai antara anugerah paling berprestij dan eksklusif di dunia untuk industri hospitaliti, Anugerah Hotel Mewah Dunia itu adalah sebuah organisasi global yang menyediakan pengiktirafan kepada hotel-hotel mewah kerana kemudahan dan kecemerlangan perkhidmatan bertaraf dunia yang disediakan untuk para tetamu. Organisasi itu bertujuan menggalak dan meningkatkan standard perkhidmatan di dalam industri hotel mewah itu.

Kriteria untuk berjaya dicalonkan dan dimasukkan ke dalam proses pengundian Anugerah Hotel Mewah Dunia yang rasmi adalah kecemerlangan perkhidmatan secara keseluruhan. Proses menilai anugerah itu tidak bergantung kepada lembaga pengarah, tetapi oleh industri itu sendiri melalui pengundian awam oleh pengusaha pelancongan, perunding pelancongan, pakar-pakar industri dan tetamu yang mempunyai pengalaman menginap di hotel-hotel berkenaan.

Daripada kalangan lebih 1500 pencalonan yang diterima tahun ini, acara itu menyaksikan hotel dan resort dari 61 buah negara dianugerahkan dalam 29 kategori. Para pemenang diiktiraf berdasarkan kepada negara, benua, dan global; dan hartanah yang menerima undi paling banyak dianugerahkan dengan anugerah global sebagai pemenang mewah keseluruhan bagi sesuatu kategori tertentu.

Marinique de Wet, Pengarah Anugerah Hotel Mewah Dunia itu, berkata: "Jumlah pelancong mewah yang semakin meningkat di seluruh dunia mencari nilai, perkhidmatan terbaik, dan kualiti paling tinggi kini membuat penyelidikan untuk melihat hotel mana yang telah memenangi sesuatu Anugerah Hotel Mewah Dunia sebelum membuat pilihan percutian mereka sendiri."

Ketika mengulas mengenai kemenangan bagi anugerah itu, Chua Tian Chu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Meritus Hotels & Resorts, mengulas: "Ketika kami mengembangkan jenama Meritus kami kini lebih komited berbanding sebelum ini untuk mengendalikan hotel-hotel yang mencerminkan yang terbaik mengenai kami - kemudahan bertaraf dunia yang disajikan bersama hospitaliti Asia kami yang terkenal."

"Memenangi tiga Anugerah Hotel Mewah Dunia adalah satu penghormatan besar dan bukti kebanggaan mengenai semangat dan dedikasi  petugas kami. Kami berterima kasih kepada WLHA, tetamu kami, dan rakan-rakan kami di dalam industri di atas pengiktirafan ini."

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Meritus Hotels & Resorts, sila layari laman sesawang: www.meritushotels.com.

Nota kepada Editor

Maklumat mengenai Meritus Hotels & Resorts

Meritus Hotels & Resorts adalah bahagian hospitaliti bagi syarikat yang disenaraikan di Bursa Singapura, Overseas Union Enterprise Limited (OUE) yang merupakan antara syarikat hartanah yang utama di Asia, dan salah satu daripada segelintir kecil pemaju bersepadu di Singapura yang menawarkan satu portfolio lengkap bagi aset utama merentasi sektor peruncitan, komersil, kediaman dan hospitaliti.

Sebagai sebuah jenama hospitaliti yang telah memenangi anugerah, Meritus sangat sinonim dengan hospitaliti dan warisan Asia, dengan memiliki hartanah mewah yang terletak di lokasi strategik di bandaraya utama dan destinasi resort yang indah di Singapura, Malaysia, Indonesia, dan Tanah Besar China. Portfolio syarikat itu pada masa ini termasuk hotel yang menjadi kemegahan mereka Mandarin Orchard Singapura, Marina Mandarin Singapura, Meritus Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi, Meritus Surabaya City Centre, Meritus Mandarin Haikou, dan Meritus Shantou China.

Untuk mendapatkan maklumat media selanjutnya, sila hubungi:

Janice Azupardo
Naib Presiden Serantau, Penjenamaan & Perhubungan
Meritus Hotels & Resorts
Tel: 6831-6385
E-mel: janice.azupardo@meritushotels.com  

Grace Ho
Pengurus Penjenamaan & Perhubungan
Meritus Hotels & Resorts
Tel: 6831-6054
E-mel: grace.ho@meritushotels.com  

SUMBER:  Meritus Hotels & Resorts

Source: Meritus Hotels & Resorts
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Awards