omniture

CSA Group Buka Makmal Lokasi Berbahaya Canggih Baharu di Taman Perniagaan Hawarden Berprestij di Flintshire, United Kingdom

CSA Group
2015-05-14 20:00 143

DEESIDE, Wales Utara, 14 Mei 2015 /PRNewswire/ -- CSA Group, penyedia global untuk perkhidmatan ujian dan pensijilan serta organisasi pembangunan piawaian terkemuka, membuka makmal baharu bagi tujuan ujian dan pensijilan peralatan yang digunakan di lokasi berbahaya. Makmal baharu itu menggunakan peralatan serta teknik terbaharu dan merupakan salah satu daripada kemudahan ujian pematuhan piawaian antarabangsa yang paling menyeluruh di dunia.

"CSA Group merupakan peneraju dunia bagi ujian serta pensijilan lokasi berbahaya dan kini terus berkembang bagi menawarkan perkhidmatan dan juga kepakaran baharu untuk memenuhi keperluan para pelanggan kami," kata Magali Depras, Ketua Pegawai Operasi CSA Group. "Pada tahun lalu, kami telah membuka beberapa buah makmal baharu untuk lokasi berbahaya di Eropah, Amerika Utara serta Asia dan mempunyai pengalaman pembangunan piawaian selama lebih 50 tahun bagi industri minyak dan gas."

Makmal baharu itu adalah seluas 27,000 kaki persegi dan mempunyai lebih lima kali ganda kapasiti berbanding kemudahan sebelumnya. Ia menawarkan ruang latihan di tingkat pertama berserta makmal yang canggih di tingkat bawah. Makmal itu menyokong keperluan ujian pematuhan dan menawarkan ujian Perlindungan Kemasukan (IP), ujian kenaikan suhu yang direka untuk menyelakukan situasi "kehidupan sebenar", sel ujian letupan dan kalis api, ujian pengeluaran bahan api, serta "makmal bukan logam" yang direka khas untuk mengurangkan risiko percikan api.

"Kemudahan baharu di Wales itu merupakan salah satu daripada kemudahan ujian paling menyeluruh untuk Lokasi Berbahaya di Eropah," kata Ralf Schunk, Naib Presiden Rantau Eropah CSA Group. "Kami berdedikasi untuk memastikan pelanggan kami memperoleh perkhidmatan cemerlang dan makmal baharu ini akan membantu kakitangan kami yang berbakat bagi menyediakan ujian pematuhan yang unggul untuk masa kini serta masa hadapan."

Kemudahan baharu di Wales itu menawarkan pilihan perkhidmatan ujian dan pematuhan paling luas di bawah satu bumbung dan merupakan Badan Pelaporan Pensijilan Produk Kilang terkemuka di United Kingdom. Makmal itu direka bagi memberikan pemeringkatan "sangat bagus" dengan pengendalian pembinaan yang direka bagi mengawal penggunaan tenaga (BREEAM) serta kawasan makmal yang luwes dengan saluran elektrik yang membenarkan kemudahan itu disuai khusus mengikut keperluan ujian pelanggan.

CSA Group menyediakan ujian dan pensijilan lokasi berbahaya untuk Kesatuan Eropah, Amerika Utara, pensijilan ATEX dan IECEx. CSA Group mempunyai pasukan pakar yang berkemahiran di United Kingdom dan merupakan peneraju yang diiktiraf dalam perkhidmatan lokasi berbahaya di seluruh dunia. CSA Group turut mempunyai kemudahan ujian lokasi berbahaya di Kanada, Amerika Syarikat, India dan China serta ratusan pakar lokasi berbahaya yang berpengalaman di serata dunia.

Latar Belakang CSA Group 
CSA Group merupakan persatuan dengan keahlian bebas dan tanpa untung yang berdedikasi terhadap keselamatan, manfaat sosial, serta kemampanan. Pengetahuan dan kepakarannya merangkumi pembangunan piawaian; latihan dan kemudahan khidmat nasihat; ujian global dan perkhidmatan pensijilan yang merentasi bidang perniagaan penting termasuk lokasi berbahaya dan perindustrian, perpaipan dan pembinaan, perubatan, keselamatan dan teknologi, perkakasan dan gas, tenaga alternatif, pencahayaan serta kemampanan; dan juga perkhidmatan penilaian produk pengguna. Tanda pensijilan CSA boleh didapati pada berbilion-bilion produk di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang CSA Group lawati www.csagroup.org

Allison Hawkins, Pengurus, Hal Ehwal Korporat, +1-416-747-2615, allison.hawkins@csagroup.org

Source: CSA Group
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services