GUANGZHOU, China, 15 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Melabuhkan tirai pada 5 Mei, edisi ke-117 Pameran Canton - acara dagangan paling berprestij dan menguntungkan di China - menunjukkan pertumbuhan tahun ke tahun yang menggalakkan dari segi jumlah pembeli dari Asia, Amerika, Afrika dan Oceania. Bilangan pembeli dari negara-negara yang relevan dengan dasar "Satu Lingkungan, Satu Jalan" ("One Belt, One Road") China - yang dilihat sebagai kunci kepada pertumbuhan masa depan negara tersebut - juga terus berkembang, mencerminkan dinamik dagangan yang cerah dan berkekalan.
Bilangan pembeli biasa yang menghadiri Pameran itu meningkat hampir 3% iaitu lebih 52,000 orang pengunjung, sementara bilangan keseluruhan pembeli - yang datang dari 216 buah negara dan wilayah - adalah setanding dengan jumlah pembeli tahun lalu. Hampir 70 daripada 250 Peruncit Terbaik Dunia 2014 telah hadir, dengan empat daripada 10 yang terbaik mengambil bahagian.
Mencerminkan situasi ekonomi Eropah yang mengalami kesukaran, bilangan pembeli dari rantau ini telah menurun. Ini menyumbang kepada penurunan dalam pulangan eksport terkumpul Pameran ini, yang menurun 9.64% berbanding tahun sebelumnya kepada RMB172 bilion (USD28 bilion).
Kesemua hadirin Pameran Canton ke-117 telah menikmati persekitaran dagangan yang paling inovatif, cekap, profesional dan mampan dalam sejarah acara tersebut. Lebih 73% daripada bilangan keseluruhan gerai Pameran itu telah dibina menggunakan bahan boleh kitar semula dan hal ini melepasi sasaran acara tersebut.
Dengan penganjur yang berjaya menunaikan janji mereka untuk menganjurkan "Pameran Canton pintar", teknologi memainkan peranan yang lebih penting berbanding sebelumnya dalam membantu pembeli dan pempamer Pameran itu berhimpun serta menjalankan perniagaan.
Beberapa perjumpaan peminat Facebook telah diadakan, memberikan maklumat acara dalam masa nyata dan membolehkan pengguna berkongsi pengalaman pembelian mereka. Laman sesawang rasmi Pameran Canton terus dioptimumkan, sementara jumlah individu yang mengikuti akaun WeChat acara tersebut telah meningkat sebanyak 140% berbanding sesi sebelumnya. Lebih 20,000 penyertaan pempamer dan lebih 100,000 penyertaan maklumat produk telah dikemas kini dalam Sistem Pertanyaan Pameran tersebut.
Pengeluar peralatan pintar dari China menggunakan Pameran Canton dengan baik untuk memperlihatkan alat berteknologi tinggi mereka yang terbaharu. Produk-produk pintar oleh Haier, Midea dan Chigo merangkumi hampir separuh daripada produk-produk yang dipamerkan oleh jenama peralatan rumah yang terkemuka, bagi menyahut seruan Beijing ke arah inovasi yang dipertingkat.
Penganjur acara ingin mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin dan kini sedang merancang Pameran Canton ke-118 yang dijadualkan untuk diadakan di Guangzhou pada 15 Oktober 2015.
Untuk maklumat lanjut tentang Pameran Canton, sila lawati:
http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp
Untuk pertanyaan media:
En. Wu Xiaoying
Tel: +86-20-8913 8628
E-mel: xiaoying.wu@cantonfair.org.cn