omniture

ZF Ambil Alih Perniagaan Gear Perindustrian dan Kotak Gear Turbin Angin Daripada Bosch Rexroth

- Syarikat teknologi ZF masuki pasaran gear perindustrian dan kukuhkan perniagaan kotak gear turbin anginnya
- Bosch Rexroth lucut hak lokasi Witten (Jerman), loji kotak gear turbin angin Beijing (China), dan lokasi servis Lake Zurich (AS)
- Pengambilalihan kukuhkan Divisyen Teknologi Perindustrian ZF
ZF Friedrichshafen AG
2015-05-18 11:00 412

FRIEDRICHSHAFEN, Jerman, 18 Mei 2015 /PRNewswire/ -- ZF Friedrichshafen AG akan mengambil alih perniagaan kotak gear besar Bosch Rexroth AG dengan lebih 1,200 orang kakitangan. Bagi ZF, pengambilalihan itu merupakan kemasukan ke dalam perniagaan gear perindustrian yang digunakan dalam pelantar minyak, kenderaan lombong, mesin penggerudian terowong, atau laluan kabel, contohnya. Selain itu, syarikat teknologi itu berusaha mengukuhkan perniagaan kotak gear turbin anginnya. Perjanjian pengambilalihan itu telah ditandatangani pada 13 Mei 2015. Pengambilalihan tersebut masih tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa antitras.

"Pengukuhan segmen bukan automotif kami merupakan objektif penting untuk strategi korporat jangka panjang kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif ZF Dr. Stefan Sommer, mengulas tentang urus niaga tersebut. "Pengambilalihan segmen gear perindustrian dan kotak gear turbin angin Bosch Rexroth AG merupakan pelengkap yang amat penting kepada portfolio Teknologi Perindustrian kami dan membuka peluang kepada kumpulan pelanggan baharu." Pada 2014, Bosch Rexroth menjana jualan dengan anggaran sebanyak EUR 300 juta untuk perniagaan kotak gear besar tersebut. Pada tahun yang sama, ZF secara kasar berjaya menjana dua belas peratus jualan Kumpulannya melalui divisyen Teknologi Perindustrian yang mana syarikat itu menyertakan aktiviti luar jalan rayanya. Saham ini dijangka mengalami pertumbuhan dalam jangka panjang.

ZF mengambil alih dua lokasi pengeluaran Bosch Rexroth AG di Witten (Rhine Utara-Westphalia/Jerman) dengan hampir 900 orang kakitangan manakala di Beijing (China) pula dengan lebih 300 orang kakitangan, selain lokasi servis di Lake Zurich (AS) dengan kira-kira 15 orang kakitangan, secara keseluruhannya berjumlah lebih 1,200 orang kakitangan. Loji utama di Witten bukan sahaja menempatkan jabatan Pengeluaran tetapi juga jabatan Pentadbiran, Pembangunan, dan Jualan untuk teknologi kotak gear besar (gear perindustrian dan kotak gear turbin angin); di Beijing, Bosch Rexroth menghasilkan kotak gear turbin angin secara eksklusif. Di kedua-dua lokasi serta di Lake Zurich, syarikat tersebut menawarkan perkhidmatan sokongan kepada para pelanggannya.

"Kami yakin perniagaan kotak gear besar kami akan menerima manfaat daripada kepakaran transmisi ZF, dan akan menggunakan sebaiknya peluang pertumbuhannya dalam unit baharu yang akan diwujudkan di ZF," kata Karl Tragl, Pengerusi Lembaga Eksekutif Bosch Rexroth. Beliau menambah bahawa Bosch Rexroth telah berjaya memajukan perniagaan tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini. "Kami telah memperluaskan secara khusus rangkaian produk kami dengan pembangunan kotak gear turbin angin bagi segmen angin lemah," kata Tragl. Pada masa akan datang, Bosch Rexroth akan memfokuskan perniagaan teras dengan lebih hebat melalui aplikasi perindustrian dan mudah alih.

"Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan kakitangan pakar yang mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang pembangunan dan pengeluaran kotak gear turbin angin serta lebih separuh abad kepakaran dalam gear perindustrian," jelas Wilhelm Rehm, yang bertanggungjawab terhadap Pengurusan Bahan Korporat dan Teknologi Perindustrian bagi Lembaga Pengurusan ZF. "Kami mengambil kira faktor ini dengan menjadikan Witten sebagai ibu pejabat unit perniagaan Pacuan Industri baharu kami."

Kedua-dua syarikat telah bersetuju untuk tidak mendedahkan harga pembelian. Pengambilalihan itu tertakluk kepada kelulusan oleh pihak berkuasa antitras.

Wakil berita:

Andreas Veil, Ketua Berita Perniagaan, Telefon: +49-7541-77-7925, Telefon Bimbit: +49-170-9198-465, E-mel: andreas.veil@zf.com

Estee Chen, Pembantu Pengurus Pemasaran, Telefon: +603 61406058 (samb. 131), E-Mel: estee.chen@zf.com

Untuk mendapatkan maklumat tentang berita lanjut dan gambar, sila lawati: www.zf.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150514/8521503115LOGO

Source: ZF Friedrichshafen AG
Related Links:
Keywords: Auto Machinery Transportation Acquisitions, mergers, takeovers