omniture

Monster.com Lancarkan 'TalentBin® by Monster' di India, Teluk, Asia Tenggara dan Hong Kong

Monster.com
2015-05-18 14:35 220

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Mencari bakat teknologi diketahui sukar diakses dan direkrut.  Monster cuba mencari sebabnya.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150515/744283)

Dalam persekitaran yang dikekang kemahiran, kemampuan sesebuah syarikat mencari, menarik dan mengakses bakat profesional yang betul adalah amat penting bagi meraih kejayaan.

a. Kajian Monster mendapati jawapannya adalah kerana bakat dengan kemahiran yang khusus ini jarang mencari pekerjaan secara aktif, dan oleh itu berkemungkinan tidak memuat naik resume ke pangkalan data atau mewujudkan profil web atau mengemas kini profil tersebut dalam tempoh yang lama, yang menjadikan mereka 'tidak dapat dicari'.

b. Kadar pengambilan pekerja kurang memberangsangkan kerana perekrut menemui calon yang tidak relevan, kerana tidak mengetahui kewujudan golongan profesional yang 'tidak dapat dicari' atau mencari mereka di tempat yang tidak mereka diami kerana mereka tidak mengemas kini profil.

c. Ini turut menggesa keperluan bagi suatu platform yang menjimatkan masa perekrut dan menawarkan saluran perancangan serta antara muka penjejakan calon.

d. Menariknya, kajian kami menunjukkan 87% bersetuju terdapat keperluan untuk teknologi disruptif bagi mencari bakat yang relevan ini di tempat yang betul serta pada masa yang tepat.

Selaras dengan situasi semasa di India, Teluk dan Asia Tenggara, Monster.com, memperkenalkan TalentBin® by Monster. Bakat relevan tidak memuat naik resume atau mencari pekerjaan secara aktif tetapi pastinya meluangkan masa dalam talian dan meninggalkan jejak mereka, menunjukkan kemahiran profesional yang menjadikan mereka sebagai calon yang diingini. Ini mewujudkan cara untuk perekrut mencari 'mereka yang tidak dapat dicari' pada masa yang sesuai dan di tempat yang betul. TalentBin® by Monster menyediakan akses untuk perekrut kepada profil calon yang diagregatkan daripada sumber sosial di seluruh Sesawang. Melalui platform ini, Monster.com menyasarkan untuk mencari bakat yang 'tidak dapat dicari' menggunakan bekalan maklumat yang dapat dimanfaatkan serta peralatan perekrutan berasaskan sesawang.

TalentBin® by Monster bukan sahaja mengautomasikan dan memperkemaskan proses penemuan bakat melalui pemantauan laman, interpretasi dan pemadanan berautomasi, tetapi turut memudahkan serta mengautomasikan aliran kerja perekrutan, membolehkan perekrut melakukan lebih banyak tugasan dalam masa yang lebih pendek.

Dengan memanfaatkan sejumlah besar maklumat yang relevan dari segi profesional yang dikongsi oleh orang ramai merentasi sesawang sosial, TalentBin® by Monster menemui calon kerja berpotensi dengan mewujudkan profil menggunakan aktiviti profesional semasa daripada laman yang relevan. Dengan memahami aktiviti sosial calon, dan mengumpul perincian tersebut ke dalam profil profesional yang beraneka, lengkap dengan maklumat perhubungan, perekrut kini dapat mencari ramai calon yang dahulunya tidak dapat ditemui - termasuk mereka yang tidak mencari pekerjaan secara aktif.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi:
Priyanka Sharma Kaintura
priyanka.sharma@monsterindia.com
+91-1244682230
Ketua - Perhubungan Awam (India, Timur Tengah, Asia Tenggara, Hong Kong)
Monster.com

Sumber: Monster.com

Source: Monster.com
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Web Site Workforce Management/Human Resources New products/services