omniture

Menerokai Kumpulan Bakat Global

Pearson English Business Solutions (PEBS)
2015-05-19 22:10 119

-- Pearson English Business Solutions mengumumkan produk baharu bagi memacu prestasi perniagaan melalui kemahiran bahasa Inggeris yang dipertingkat

BRISBANE, California, 19 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Pearson English Business Solutions (PEBS) hari ini mengumumkan produk dan perkhidmatan baharu yang direka bagi melengkapi para profesional sumber manusia (HR) untuk mencari dan mengerah bakat global dalam zaman yang mana modal insan memacu inovasi serta kelebihan daya saing.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150514/216177LOGO

Kejayaan dalam ekonomi terhubung hari ini bergantung pada akses bakat global serta pengguna global. Kakitangan dengan prospek antarabangsa akan membawa kepelbagaian budaya, dan maklumat tempatan kepada teras perniagaan sejagat. Namun begitu, bagi mendapatkan dan membangunkan bakat global kefasihan bahasa Inggeris perniagaan dianggap sama penting dengan kemahiran lain.

PEBS mengumumkan dua set produk baharu kepada ketua Sumber Manusia bagi memanfaatkan bakat global:

  • ONE Standard merangkumi spektrum komunikasi, daripada penulisan berkesan sehingga perbualan perniagaan dan perbincangan meyakinkan.
  • ONE Professional meluaskan lagi One Standard dengan panduan secara peribadi daripada penasihat, latihan kemahiran perniagaan dan maklum balas penulisan.

Perkhidmatan khidmat runding dan penetapan tanda aras baharu PEBS memberi kawalan kepada ketua sumber manusia, menjajarkan matlamat perniagaan, standard kefasihan global dan kemajuan individu.

  • Tanda Aras Profil Industri mentakrifkan calon dan keperluan kakitangan berpandukan tanda aras kefasihan yang disarankan bagi industri dan profil peranan.
  • Tanda Aras Profil Tersuai Khusus mentakrifkan tanda aras bakat sesebuah syarikat serta kefasihan kakitangan berpandukan standard organisasi untuk peranan, jabatan, atau disiplin.

Karine Allouche Salanon, ketua Pearson English Business Solutions, berkata:

"Produk baharu ini memberi kuasa kepada ketua Sumber Manusia. Pengurusan bakat adalah berkaitan pembangunan kemahiran individu secara tekal dan menjajarkan mereka dengan strategi organisasi itu."

Nicole Brown, Naib Presiden, Proses ke Pasaran dan Operasi PEBS menambah:

"Pendekatan kami adalah berdasarkan tiga prinsip bagi memenuhi keperluan perniagaan: pertama, kami menggunakan teknologi canggih untuk akses seluruh dunia; kedua, kami adunkan semua ini dengan latihan secara peribadi bagi memastikan program kami benar-benar disuai khusus untuk setiap pelajar; dan akhirnya, semua penyelesaian ini boleh skala dan fleksibel bagi memastikan kami menyediakan nilai tertinggi untuk wang serta sokongan kemahiran termaju."

Pearson English merupakan penyedia terbesar dunia untuk pembelajaran bahasa Inggeris, daripada asas untuk pelajar baharu sehinggalah bahasa Inggeris perniagaan peringkat profesional. Pearson English merupakan divisyen Pearson, salah sebuah syarikat pembelajaran terbesar di dunia. Ketahui lebih lanjut di http://bit.ly/talentmanagementsolutions.

Catatan blog Nicole Brown tentang pengurusan bakat dan penjajaran dengan portfolio PEBS boleh dibaca di sini.

Berhubung dengan Pearson English Business Solutions di LinkedIn (http://bit.ly/PEBSLinkedIn), Facebook (http://bit.ly/PEBSFacebook), Twitter (http://bit.ly/PEBSTwitter) #english4business.

Source: Pearson English Business Solutions (PEBS)
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Retail Workforce Management/Human Resources New products/services