omniture

Acara Kesihatan Terbesar Dunia -- tHIS Dibuka kepada Jumlah Pengunjung yang Memecah Rekod di Shanghai

Reed Sinopharm
2015-05-20 00:37 97

SHANGHAI, 20 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Industri Kesihatan (tHIS) 2015, satu acara yang diramalkan akan mengubah sektor industri kesihatan China, telah dibuka kepada jumlah pengunjung yang besar pada 15 Mei, dengan kehadiran lebih 210,000 pengunjung dari 150 buah negara.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150518/216608

Diadakan di Pusat Konvensyen & Pameran Kebangsaan di Shanghai, tHIS merupakan acara kesihatan besar-besaran yang menggabungkan tiga pameran kelengkapan perubatan dan juga farmaseutikal utama China iaitu CMEF, PHARMCHINA serta API China ke dalam satu acara kesihatan mega, dan dengan itu melengkapkan keseluruhan rantaian nilai bagi industri kesihatan.

Pameran tersebut menempati ruang pameran seluas 290,000 meter persegi dan menampilkan kelengkapan perubatan canggih terkini serta kemudahan pengeluaran kelengkapan, formulasi dan bahan farmaseutikal, teknologi pengilangan, produk kesihatan dan nutrisi semula jadi daripada lebih 6,800 pempamer.

Syarikat gergasi kelengkapan kesihatan terkenal seperti GE, SIEMENS, Philips, Mindray, dan United Imaging mempunyai gerai pameran direka khas yang berfungsi sebagai latar belakang bagi pelancaran ratusan produk baharu ke pasaran, dengan GE Healthcare menunjukkan siri pengimejan Revolution CT, Mindray, dengan sistem ultrabunyi POC fleksibelnya 'mobiEye 700', serta ContextVision dengan perisian GOPICE 2.0 untuk pengimejan yang disertai pelbagai aktiviti pelancaran. Naib Presiden Kanan Global GE/Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif GE China Cik Rachel Duan berkongsi pandangan beliau tentang kejayaan acara tersebut: "Pengilang kelengkapan perubatan & kesihatan amat menghargai platform ini, semuanya membawa bersama mereka teknologi terkini dan terbaik untuk dipamerkan. Semua syarikat-syarikat utama dalam industri berhimpun di sini, semua bakat industri terbaik berada di sini, itulah punca populariti hebat bagi acara ini."

Sementara itu, dengan jangkaan kehadiran yang besar dan dengan fokus terhadap API serta formulasi, pengeluar dan pengedar farmaseutikal utama China telah bersedia mengalu-alukan puluhan ribu pembeli domestik dan antarabangsa, sementara segmen pasaran yang pesat membangun seperti produk kesihatan dan nutrisi semula jadi diwakili oleh Natural Health dan Nutrition China telah menyaksikan peningkatan penyertaan sebanyak sekali ganda, dan pertunjukan pengeluaran peranti kesihatan ICMD telah menyaksikan pertumbuhan 300% buat kali pertama dalam penyertaan pempamer.

Penganjur Reed Sinopharm, satu usaha sama antara penganjur acara utama dunia Reed Exhibitions dan kumpulan farmaseutikal milik negara terkemuka di China, menggunakan kekuatan tergabung rangkaian antarabangsa dan keterhubungan industri  mereka untuk menghasilkan wajah baharu untuk industri kesihatan China, ketika ia berubah daripada pembangunan industri setempat kepada pasaran matang dengan capaian global.

Menurut kertas putih strategik yang diterbitkan kerajaan pada tahun 2013, China menjangkakan saiz pasaran keseluruhan bagi sektor kesihatannya meningkat tiga kali ganda kepada USD 1.2 trilion menjelang tahun 2020. Potensi pertumbuhan di China sebahagiannya boleh dikaitkan dengan populasi warga emasnya yang meningkat, dijangka merangkumi lebih 30% daripada jumlah keseluruhan menjelang tahun 2050. Hal ini, digabungkan dengan proses pembandaran yang meningkat dan melonggarkan lagi dasar seorang anak akan menjamin pertumbuhan mendadak dalam kadar kelahiran, meletakkan sistem kesihatan dan kemudahan hospital sedia ada dalam situasi yang tegang.

Tambahan pula, forum pelaburan tahap tertinggi baharu - Healthcare China mengetuai senarai panjang 107 persidangan yang melengkapi campuran ekspo dan persidangan, merangkumi semua bidang penting dan topik industri, serta persidangan utama termasuk Sidang Kemuncak Pengimejan Perubatan Bersepadu China, Forum Akademik Perubatan Nuklear Asia dan Forum Farmaseutikal Sino-Eropah.

Reed Sinopharm mengulas, tHIS akan diadakan setiap tahun di Shanghai pada musim bunga dan acara ini dijangka menjadi platform penting untuk mencorakkan trend masa depan sektor kesihatan di China serta di seluruh dunia.   

Source: Reed Sinopharm
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Trade show news