omniture

MixRadio melancarkan perkhidmatan penstriman muzik yang paling peribadi serta mudah digunakan di dunia pada semua platform mudah alih utama

MixRadio
2015-05-20 08:21 110

http://mm.gettyimages.com/mm/nicePath/gyipa_public?nav=pr279093132

NEW YORK, 20 Mei 2015 /PRNewswire/ -- MixRadio, perkhidmatan penstriman muzik diperibadikan, hari ini melancarkan produknya yang paling mendapat sambutan hangat kepada pendengar global baharu yang besar dengan memperluaskannya merentasi platform Android dan iOS serta turut mengumumkan perkongsian baharu bersama HTC.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150519/217288

Sebelum ini dimiliki oleh Microsoft serta Nokia dan hanya boleh didapati melalui Windows Phone, pengambilalihan MixRadio baru-baru ini oleh salah satu perkhidmatan pemesejan mudah alih yang paling pesat berkembang di dunia, LINE, menandakan perkhidmatan itu kini boleh melebarkan sayap di platform Android dan iOS. Peluang pemasaran bersama LINE yang dibentangkan kepada MixRadio melalui perkongsian itu akan membantu memacu pertumbuhan di peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif MixRadio, Jyrki Rosenberg mengulas: "Kami teruja untuk membawakan perkhidmatan penstriman muzik diperibadikan dan mudah digunakan ini kepada kumpulan pengguna baharu yang besar. Bagi kebanyakan individu, ini merupakan kali pertama mereka dapat menggunakan MixRadio; kami yakin mereka tentu akan gemarkan perkhidmatan yang ringkas itu serta kualiti kebolehsuaian khusus yang kami sediakan. Kami melenyapkan gangguan antara pendengar dengan lagu yang mereka gemari, membantu mereka menikmati, menemui, serta menerokai semula muzik yang hebat.

Kami sudah pun berada di 31 buah negara dan telah membangunkan serta menambah baik tawaran muzik tersuai khusus kami selama bertahun-tahun. Ini bermakna kami menggabungkan faedah daripada warisan dalam ruang itu dengan keterujaan melancarkan produk baharu. Kami juga akan terus menyediakan perkhidmatan yang hebat kepada pengguna sedia ada pada Windows Phone."

Hari ini, satu pengumuman turut dibuat yang melibatkan perkongsian pemasaran bersama utama yang baharu dengan HTC. MixRadio akan menyediakan kemas kini muzik secara eksklusif untuk BlinkFeed HTC, menyediakan berita muzik tersuai khusus yang disediakan mengikut cita rasa muzik pengguna.

Phil Blair, Presiden HTC EMEA daripada HTC mengulas: "HTC merupakan perintis dalam menyediakan pengalaman audio berkualiti tinggi melalui peranti mudah alih. Kami merupakan syarikat telefon pintar pertama yang menggabungkan pembesar suara dwistereo, profil bunyi yang ditala dengan teliti, serta teknologi penyahkodan Dolby bagi menyediakan penyelesaian audio berbilang saluran yang menyeluruh, HTC BoomSound. Perkongsian MixRadio merupakan contoh terbaharu HTC dalam membuat pelaburan bagi menyediakan pengalaman audio beraneka, membantu kami membawakan berita muzik yang benar-benar tersuai khusus serta relevan kepada para pengguna kami, agar mereka takkan ketinggalan lagi mana-mana keluaran serta adunan terbaharu bagi muzik yang mereka gemari."

MixRadio telah menikmati markah kepuasan pengguna yang tinggi secara tekal serta ulasan media yang positif. Ia telah membangunkan enjin penyuaian khususnya sendiri dan menganalisis berbilion titik data daripada para pendengar dari seluruh dunia, membenarkannya menyediakan pengalaman penyuaian khusus yang tiada tolok bandingnya. Ciri satu sentuhan 'MyMix' membawakan aliran muzik yang sangat tersuai khusus bagi mengenal pasti muzik yang digemari oleh para pendengar, bagi membawakan lebih banyak lagu yang mereka sukai daripada katalog yang mengandungi berjuta-juta lagu.

MixRadio turut menawarkan ribuan pilihan adunan muzik yang dicipta oleh kumpulan pakar muzik sedunia, serta bintang antarabangsa. Sebagai perkhidmatan muzik mudah alih pertama, MixRadio memahami kepentingan untuk memastikan mereka mempunyai adunan muzik luar talian. Tidak seperti banyak perkhidmatan penstriman muzik percuma yang lain, MixRadio membenarkan pengguna mendengar adunan lagu luar talian semasa mereka tidak berada di hadapan komputer.

MixRadio akan mengekalkan dan membangunkan perkongsian sedia ada bersama adidas, memperkasa muzik untuk jam tangan larian MiCoach Smart Run adidas, dan Harman Kardon, dengan disepadukan sepenuhnya ke dalam pembesar suara Harman Kardon Omni, menawarkan pengalaman audio dalam kediaman yang tersuai khusus dan lancar.

Kini, anda boleh memuat turun MixRadio di http://mixrad.li/DownloadMixRadio

Latar Belakang MixRadio

MixRadio merupakan perkhidmatan penstriman muzik yang paling mudah digunakan serta yang paling tersuai khusus di dunia. Dengan sentuhan satu butang sahaja, MixRadio membawa adunan muzik unik kepada penggemar muzik yang disuai khusus mengikut cita rasa mereka yang tersendiri daripada katalog yang mengandungi berjuta-juta lagu, ditambah dengan lebih sepuluh ribu adunan yang dipilih kumpul. MixRadio merupakan perkhidmatan percuma yang boleh didapati di 31 buah negara seluruh dunia.

Source: MixRadio
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Music New products/services