omniture

Ekspo Bakeri yang memang telah lama dinanti-nanti akan bermula di Hong Kong Pada Disember Ini

Vertical Expo Services Co., Ltd
2012-10-19 18:29 223

HONG KONG, 19 Okt, 2012 /PRNewswire/ -- Dipentaskan di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong, Ekspo Vertical bertindak dengan cemerlang untuk menganjurkan Ekspo Bakeri Antarabangsa Hong Kong (IBE) dari 5 hingga 7 Disember tahun ini dengan dua hari pertama dibuka untuk pelawat perdagangan dan hari ketiga untuk orang awam. Pendaftaran amat menggalakkan, seperti yang digambarkan daripada industri yang  kerap kali mempunyai keraguan di kalangan mereka untuk mencari satu platform perdagangan yang berkesan dan mewakili keperluan pembuatan roti mereka. Pembeli pukal di rantau ini seperti  The McDonald's, Cathay Pacific Catering, pasukan The Garden sudah menyatakan komitmen untuk turut serta.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2012/10/18/2012101814575271085.html )

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2012/04/12/20120412123408652921-l.jpg)

"Negara-negara Asia, khususnya tanah besar China, Hong Kong dan Malaysia dianggap sebagai tumpuan bagi pertumbuhan jualan global yang akan datang ketika tabiat pemakanan dan budaya lebih menjurus kepada cara pemakanan ala barat sejak dekad yang lalu. Semua pemimpin di pasaran itu memberi tumpuan kepada pasaran penduduk berjumlah 1.3 bilion itu untuk memahami trend berkenaan," kata Kenny Lo, Ketua Eksekutif bagi Vertical Expo Services Co. Ltd, penganjur pameran perdagangan Bakeri terunggul itu di Bandar raya tersebut.

Acara itu akan menjadi satu projek jangka panjang yang dikhususkan kepada industri itu pada setiap tahun untuk mengumpulkan pembekal pasaran daripada huluan kepada hiliran termasuk kemudahan pengeluaran, bahan, peralatan, pembungkusan, penyimpanan sejuk dan produk siap. Untuk mengekal dan memudahkan interaksi industri yang berterusan dan risikan pasaran, kedudukan IBE ini adalah untuk menjadi satu-satunya platform bagi "Bakeri" dan bukannya "Katering". Lebih 6,000 pembuat roti dan peniaga, terutamanya dari rantau Asia Pasifik dijangka berkumpul di acara itu. Pembekal seperti FB Solution, The Baker's Kingdom akan memaparkan barisan produk mereka di tapak pesta itu.

Dengan visi ini, IBE amat gembira untuk mendapat sokongan daripada persatuan bakeri ternama termasuk Hong Kong Bakery & Confectionery Association, the Hong Kong Culture of Bakery & Confectionery Development Association, The Hong Kong Federation of Restaurants & Related Trades, China Baked Food Industry Association, and All-China Bakery Association.

Selain aspek perdagangan, penganjur akan juga menganjurkan lebih daripada 12 sesi demonstrasi dan bengkel di tempat tapak, dengan mensasar untuk menyediakan satu kawasan bagi industri itu untuk menunjukkan kemahiran dan budaya terbaharu. Demonstrasi kesenian manisan oleh master chef dari England dan Amerika Syarikat adalah satu daripada demonstrasi yang tidak boleh dilepaskan oleh penonton!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang

www.HKBakeryExpo.com

HUBUNGI:

Wilson Tong/Denise Ho
+852-2528-0062
info@HKBakeryExpo.com

SUMBER:  Vertical Expo Services Co., Ltd

Source: Vertical Expo Services Co., Ltd
Keywords: Food/Beverages Trade show news