omniture

Center for Creative Leadership Peroleh Satu Lagi Kedudukan 5 Terbaik daripada Tinjauan Sedunia Tahunan Penyedia Pendidikan Eksekutif The Financial Times

Bagi tahun ke-14 berturut-turut, CCL merupakan satu-satunya institusi - daripada lebih 85 institusi dalam senarai kedudukan - yang memfokuskan secara ekslusif terhadap pembangunan kepimpinan.
Center for Creative Leadership
2015-05-21 09:50 119

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Bagi tahun kedua berturut-turut, Center for Creative Leadership (CCL®) telah disenaraikan pada kedudukan keempat secara keseluruhan dalam tinjauan sedunia tahunan pendidikan eksekutif The Financial Times, yang telah disiarkan semalam. Ia menilai maklum balas langsung daripada pelanggan organisasi dan individu yang menyenaraikan kedudukan penyedia pendidikan eksekutif utama, mengikut kualiti serta impak.

CCL turut menduduki tangga kelima di peringkat global bagi program Kemasukan Terbuka dan tangga kelapan bagi program Khas. Mereka tersenarai dalam kedudukan 10 Terbaik untuk 8 subkategori Kemasukan Terbuka: Persediaan; Format Kursus; Kaedah & Bahan Pengajaran; Fakulti; Kemahiran & Pembelajaran Baharu; Susulan: Sasaran Tercapai; dan Kemudahan.

Bagi program Khas, CCL menduduki kedudukan 10 Terbaik bagi Persediaan; Kaedah dan Bahan Pengajaran; Kemahiran & Pembelajaran Baharu; Sasaran Dicapai; Kemudahan; dan Kegunaan Masa Depan. CCL turut menduduki tangga pertama bagi bilangan peserta antarabangsa untuk program Khasnya, mencerminkan capaian dan impak globalnya yang kian berkembang.

"Senarai kedudukan Financial Times tahun ini mengukuhkan janji CCL untuk menyediakan hasil yang bermakna kepada para pelanggan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CCL, John R. Ryan. "Kami berterima kasih atas peluang untuk mempercepatkan perjalanan kepimpinan individu, pasukan, organisasi dan seluruh komuniti."

"Apabila anda seorang pemimpin, ia bukanlah tentang diri anda. Program CCL yang kami adakan membantu mewujudkan kesedaran kendiri untuk para peserta kami dan menetapkan asas bagi perjalanan pembelajaran kepimpinan bersandarkan tanda aras global," tambah Sally Sng, Pengarah Sumber Manusia Serantau bagi sebuah Syarikat Minyak & Gas di Malaysia.

"Hal ini amat dialu-alukan untuk menerima satu lagi pengesahan positif tentang impak kami terhadap pembangunan kepimpinan global ketika kami berusaha memajukan amalan untuk manfaat masyarakat sedunia," kata Dr. Roland Smith, Naib Presiden dan Pengarah Urusan CCL, APAC. "Kami menyasarkan untuk mencapai kecemerlangan yang lebih besar apabila kami meneruskan komitmen pembangunan kepimpinan kami dalam bidang bakat, inovasi, perubahan, kepimpinan wanita, kepimpinan strategik dan lain-lain di Malaysia."

Latar Belakang CCL

Center for Creative Leadership (CCL®) merupakan penyedia pembangunan kepimpinan global yang berkedudukan tinggi. Dengan memanfaatkan kuasa kepimpinan untuk memacu hasil yang paling penting kepada para pelanggan, CCL mengubah pemimpin individu, pasukan, organisasi dan masyarakat. Barisan penyelesaian canggih kami didokong oleh penyelidikan yang luas dan pengalaman yang diperoleh melalui kerjasama dengan ratusan ribu pemimpin di semua peringkat. Disenaraikan dalam kalangan 5 Terbaik bagi penyedia pendidikan eksekutif oleh Financial Times dan kedudukan 10 Terbaik oleh Bloomberg BusinessWeek serta Financial Times, CCL mempunyai pejabat di Greensboro, NC; Colorado Springs, CO; San Diego, CA; Brussels, Belgium; Moscow, Rusia; Addis Ababa, Ethiopia; Johannesburg, Afrika Selatan; Singapura; New Delhi-NCR, India; dan Shanghai, China.

Wakil Media

Molly Chin
Center for Creative Leadership
T: +65-6854-6009
E: chinm@ccl.org 

Source: Center for Creative Leadership
Keywords: Education Higher Education Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Awards