omniture

Huawei Perkenalkan Prinsip Panduan Infrastruktur ICT Berpandu Perniagaan di Kongres Rangkaian Huawei 2015

Huawei
2015-05-22 19:33 169

- Infrastruktur ICT Berpandu Perniagaan Mungkinkan Revolusi Perindustrian Baharu 

BEIJING, 22 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini Huawei memperkenalkan prinsip panduannya untuk pasaran perusahaan, untuk membina Infrastruktur ICT Berpandu Perniagaan (BDII), di Persidangan Rangkaian Huawei (HNC) tahunan 2015 di Beijing. Dengan memfokuskan inovasi berpusat pelanggan, prinsip panduan BDII Huawei akan merintis jalan ke arah revolusi perindustrian seterusnya dengan memudahkan integrasi mendalam pembangunan infrastruktur ICT dan aplikasi perisian, pembangunan infrastruktur inovatif, serta usaha inovasi bersama dengan rakan kerjasama.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150521/217761

Pembangunan pesat dalam teknologi telah mewujudkan keperluan terhadap infrastruktur ICT generasi akan datang, yang amat bergantung kepada aplikasi teknologi ICT seperti Internet dan peranti pintar. Ini telah menghasilkan perubahan dan inovasi signifikan dalam pelbagai industri.

"Sejak 2010, ICT inovatif telah mula menjadi komponen penting dalam perniagaan perusahaan dan asas kepada sistem pengeluaran mereka," kata Lianfeng Wu, Naib Presiden Bersekutu, IDC China. "Pertumbuhan dalam perniagaan perusahaan dan pembangunan ICT telah menjadi organik dan tidak dapat dipisahkan. Perusahaan kini memacu permintaan bagi pembangunan infrastruktur ICT dan infrastruktur ini penting bagi menentukan model perniagaan perusahaan. Pembangunan BDII merupakan komponen penting evolusi dalam industri tertentu."

"Di Huawei Enterprise, BDII merupakan prinsip panduan bagi kami untuk memungkinkan revolusi perindustrian baharu. BDII terdiri daripada tiga komponen teras - untuk berfikir dengan pemikiran berpandu perniagaan, memudahkan inovasi bersama, dan memfokuskan infrastruktur ICT," kata Yan Lida, Presiden, Huawei Enterprise Business Group, Huawei. "Sebagai sebahagian daripada membina BDII, Huawei akan terus memfokuskan pembangunan infrastruktur ICT dengan struktur terbuka melalui inovasi bersama. Ini akan menyediakan perusahaan dengan lebih banyak produk dan penyelesaian inovatif, terbeza, dan canggih untuk membantu memacu perubahan perniagaan, mengambil peluang yang dibawa oleh evolusi perindustrian baharu dan menambah nilai untuk menyokong kejayaan perniagaan."

Di HNC 2015, En. Hongquan Li, Naib Presiden, Hexagon AB, berkongsi pengalaman beliau ketika bekerja dengan Huawei dalam membangunkan teknologi bandar pintar. Hexagon AB merupakan penyedia utama global bagi teknologi maklumat yang memacu produktiviti dan kualiti merentasi geospatial dan aplikasi perusahaan perindustrian. "Huawei merupakan penyedia produk dan penyelesaian infrastruktur ICT yang kukuh dan inovatif. Usaha sama dengan syarikat itu melengkapi dengan sempurna kepakaran Hexagon dalam rekaan bersepadu, pengukuran, dan teknologi visualisasi. Semasa mengusahakan inovasi bersama untuk membangunkan kemudahan bandar pintar, Huawei telah memberikan sokongan kepada Hexagon dalam bidang berkaitan rangkaian seperti pengiraan dan anggaran storan, komunikasi bersepadu dan kapasiti video untuk membolehkan Penghantaran Berbantu Komputer serta fungsi perisian Sistem Maklumat Geografi. Ia turut menyediakan sokongan teknologi komprehensif sekitar penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengujian. Tanpa Huawei, Hexagon tidak akan dapat menyempurnakan naik taraf teknologi komunikasi bervisual berasaskan 4G kami dalam tempoh hanya dua bulan. Versi yang baru dilancarkan ini merupakan pusat kawalan bervisual pertama industri untuk bandar pintar bagi membantu menangani pelbagai cabaran keselamatan dengan lebih berkesan dan dengan lebih kawalan."

Tianwu Wang, Naib Presiden Kanan, Sobey Digital Limited, pembangun perisian dan penyedia khidmat bersepadu terbesar bagi industri radio dan televisyen di China turut menyatakan, "Ketika industri media menghadapi cabaran yang dibawa oleh kebangkitan media baharu, terutamanya dengan permintaan lebih tinggi bagi kandungan berdefinisi tinggi (HD) dan komunikasi segera serta berbilang skrin, infrastruktur ICT perlu berupaya menyokong teknologi dan rangkaian yang dipertingkat. Dengan menggabungkan kemampuan Huawei dalam seni bina terbuka dan berasaskan awan dengan pengalaman industri media Sobey, Penyelsaian Awan Produksi Definisi Tinggi Pelbagai Media kami yang dilancarkan bersama dapat memenuhi permintaan spesifik produksi video beraliran tinggi.  Penyelesaian itu menyediakan ciri perisian utama seperti virtualisasi GPU dan lebih lagi. Sokongan Huawei berkaitan rangkaian, pengkomputeran awan, dan penyelesaian data besar adalah signifikan untuk inisiatif R&D Sobey. Selain itu, Penyelesaian Berasaskan Awan kami yang dilancarkan bersama telah diterima oleh berbilang stesen TV tempatan dan wilayah di Shenzhen dan Hunan, memperkukuh produktiviti serta meningkatkan penggunaan sumber dengan berkesan."

Bagi menyokong transformasi ICT dalam era revolusi perindustrian baharu, pembinaan BDII memerlukan kolaborasi antara Huawei, pelanggan dan rakan kongsi untuk mencapai kejayaan serta memaksimumkan nilai perniagaan. "Huawei Inside" merupakan penerangan paling tepat bagi strategi bersepadu Huawei dan mencerminkan semangat inovasi bersama. Kolaborasi dengan rakan kerjasama merupakan hubungan penting antara Huawei serta pelanggannya, dan juga penting dari segi strategik untuk BDII.

Bagi membina BDII, kolaborasi lebih erat antara Huawei dan rakan-rakan kerjasamanya serta inovasi yang diselaraskan lebih baik diperlukan. Bagi mencapainya, Huawei akan mengukuhkan perhubungan ini melalui  pelancaran perancangan kerjasama dan persekutuan perindustrian untuk mewujudkan saluran yang akan membantu mempercepat perubahan. Dengan prinsip panduan BDII, Huawei akan mengukuhkan kerjasama melalui perancangan strategik dipertingkat, pembangunan teknologi, orientasi pasaran, dan penggalakan bakat. Secara strategik, Huawei meyakini kerjasama tiga hala untuk kejayaan kerjasama ini. Secara praktis, ia memastikan pelaksanaan dan pencapaian inovasi bersama dan kejayaan ketiga-tiga pihak dapat dicapai melalui kerjasama erat dalam bidang teknologi, sumber manusia, dan orientasi pasaran. Pada pandangan Huawei, inovasi bersama yang berfikiran terbuka melibatkan ketiga-tiga pihak dan mengikuti prinsip panduan BDII akan menghasilkan kejayaan dalam perniagaan.

Dengan menyediakan teknologi dan penyelesaian ICT yang menerajaui industri, Huawei telah menangani trend teknologi membangun untuk membantu perusahaan mengubah infrastruktur ICTnya bagi mencapai daya saing yang lebih baik. Syarikat itu percaya inilah jalan untuk mencapai kemajuan dan laluan bagi meraih kejayaan pada masa depan untuk semua perusahaan merentas industri. Dengan memfokuskan pembangunan infrastruktur ICT, prinsip panduan BDII Huawei menggalakkan kolaborasi terbuka dalam kalangan semua pihak untuk menyokong transformasi ICT dalam industri tradisional, merintis jalan ke arah revolusi perindustrian baharu.

Latar Belakang Huawei

Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global utama. Sasaran kami adalah untuk membina dunia yang terhubung dengan lebih baik, bertindak sebagai rakyat korporat yang bertanggungjawab, pendorong inovatif bagi masyarakat bermaklumat, dan penyumbang kolaboratif kepada industri. Didorong oleh inovasi berpusat pelanggan dan kerjasama terbuka, Huawei telah menubuhkan portfolio penyelesaian ICT menyeluruh yang memberikan pelanggan dengan kelebihan daya saing dalam rangkaian telekomunikasi dan perusahaan, peranti serta pengkomputeran awan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Huawei dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.google.com/+Huawei
http://www.youtube.com/Huawei

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news