- Designer Parfums dan LUXE Brands menubuhkan satu usaha sama, Fekkai Brands, LLC, bagi mengambil alih perniagaan itu
NEW YORK, 22 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Ketua Pegawai Eksekutif Designer Parfums, Dilesh Mehta dan Tony Bajaj, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif LUXE Brands, telah berkolaborasi untuk menubuhkan satu usaha sama bagi mengambil alih jenama penjagaan rambut mewah dan salun Frédéric Fekkai daripada Procter & Gamble, berkuat kuasa 30 Jun 2015. Entiti yang baru dibentuk itu dinamakan Fekkai Brands, LLC. Rangkaian produk Fekkai diedarkan kepada beberapa peruncit kecantikan terbaik serta salun yang dinamakan sempena nama Fekkai. Frédéric Fekkai, pengasasnya, merupakan pengasas penjagaan rambut mewah. Encik Fekkai mengekalkan peranan beliau sebagai penasihat dan arkitek Jenama di salun utamanya iaitu di 5th Avenue, New York.
Perniagaan Fekkai terdiri daripada rangkaian produk rambut yang memenangi anugerah serta tujuh buah salun di New York, Connecticut, Florida, Texas dan California. Kira-kira 225 orang kini bekerja untuk perniagaan salun itu; mereka dijangka akan berpindah ke entiti yang baru dibentuk itu.
"Kami teruja dapat bekerjasama dengan bakat luar biasa Frédéric Fekkai dan jenama Fekkai bagi mengoptimumkan serta terus membangunkan jenama produk penjagaan rambut beliau yang bertaraf dunia dan inovatif," kata Dilesh Mehta. Tambah Tony Bajaj: "Penambahan terbaharu ini kepada portfolio kami memperluaskan wawasan kami untuk terus berkembang ke dalam setiap bidang kecantikan; kami yakin tidak ada rakan kongsi lain yang lebih sempurna berbanding Frédéric Fekkai, jenama terunggul dalam penjagaan rambut dan salun."
Pengambilalihan Fekkai ini menandakan langkah terkini yang mengujakan dalam memperluaskan portfolio yang sentiasa berkembang dan pelbagai, termasuklah wangian Ariana Grande yang dinanti-nantikan, dijangka akan dilancarkan pada September 2015, wangian House of Jean Patou yang penuh legenda, termasuk JOY yang ikonik, serta DDF, jenama penjagaan kulit dermatologi yang dikenali ramai.
Latar Belakang Frédéric Fekkai & Co.
Frédéric Fekkai & Co. merupakan peneraju dalam bidang penjagaan rambut mewah, menawarkan rangkaian penuh produk inovatif dan salun perkhidmatan penuh yang eksklusif. Produk-produk Fekkai diedarkan melalui peruncit kecantikan terbaik di seluruh dunia serta Salun Frédéric Fekkai.
Latar Belakang Designer Parfums
Designer Parfums merupakan perniagaan keusahawanan milik keluarga dan telah mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa kreatif dan inovatif dalam dunia wangian serta kecantikan mewah. Portfolio jenama semasa mereka dimiliki penuh atau dikendalikan dengan lesen – melabur dalam fesyen dan kecantikan, ia mengandungi spektrum luas jenama pereka serta gaya hidup, termasuk House of JEAN PATOU yang sangat terkenal. Designer Parfums merancang untuk memperluaskan portfolio jenamanya melalui pemilikan jenama, persetujuan pelesenan dan pengedaran bagi memasuki semua pasaran utama.
Latar Belakang LUXE Brands
LUXE Brands merupakan syarikat kecantikan berprestij dengan portfolio jenama yang diedarkan di lebih 70 buah negara. Ia ditubuhkan dengan misi untuk membangunkan jenama bertaraf dunia yang tahan lama, Syarikat itu merancang untuk terus memperluaskan portfolio jenama mereka yang pelbagai dan menetapkan asas yang kukuh dalam industri kecantikan. Pada September 2015, LUXE bakal melancarkan wangian Ariana Grande yang sangat dinanti-nantikan. Syarikat itu juga turut menambah DDF kepada portfolionya, iaitu jenama penjagaan kulit dermatologi yang terkenal.