omniture

Vivid Sydney Melimpahi Bandar dengan Cahaya

Destination NSW
2015-05-24 00:34 137

-- Festival cahaya, muzik dan idea terbesar dunia

SYDNEY, 24 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Vivid Sydney, festival cahaya, muzik dan idea terbesar dunia, menerangi Harbour City pada malam ini sempena berlangsungnya acara tahunan selama 18 hari yang dinanti-nantikan itu, bermula pada 22 Mei hingga 8 Jun tahun ini.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150522/218042
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150522/218043

Mercu tanda ikonik Sydney, Harbour dan kawasan bandarnya, berubah wajah dengan paparan 3D dan lebih 60 persembahan cahaya termasuk bentuk layar Rumah Opera Sydney Warisan Dunia itu.

Hanya dalam tempoh tujuh tahun sejak ia mula diadakan, Vivid Sydney sekali lagi akan membawa pengunjungnya dari serata dunia menikmati satu pengembaraan penerokaan kreatif menggunakan cahaya, muzik dan idea sebagai platformnya. Tahun lalu, Festival itu menerima kunjungan daripada 1.43 juta orang pengunjung.

"Selama 18 hari, siang dan malam, para pengunjung akan mengalami Sydney dalam cara yang sangat berbeza ketika bandar itu dilimpahi dengan kreativiti dan cahaya yang penuh indah. Ia benar-benar merupakan acara yang tidak boleh dilepaskan sama sekali, dan sesuatu yang kami banggakan," kata Menteri Perdagangan, Pelancongan, dan Acara Utama New South Wales, Stuart Ayres.

Vivid Light menjangkau The Rocks, Circular Quay, Darling Harbour, Walsh Bay, Martin Place di Kawasan Perniagaan Pusat, The Star & Pyrmont serta kawasan baharu untuk Vivid pada tahun 2015 -- Central Park di Chippendale, yang dianugerahkan sebagai bangunan tinggi terbaik dunia, dan Chatswood yang terletak di bahagian utara bandar itu.

Artis pencahayaan dari seluruh dunia dijemput untuk menghantar idea kreatif mereka, melaluinya 140 penyertaan telah dipilih daripada 16 buah negara bagi mencipta karya unik mereka sewaktu Vivid Sydney.

Program Vivid Music untuk muzik tercanggih termasuk Vivid LIVE di Rumah Opera Sydney memperlihatkan prestasi dan kolaborasi unik, mempersembahkan lebih 90 pertunjukan di tempat acara seluruh bandar termasuk Grace Jones, Sufjan Stevens, Daniel Johns dan kumpulan muzik legenda Australia The Hoodoo Gurus.

Vivid Ideas membawakan kepada penonton antara minda yang paling pintar dan kreatif, yang akan berkumpul bersama untuk program bual bicara, seminar, persidangan, bengkel, dan forum secara besar-besaran. Dengan 150 sesi dan lebih 400 penceramah, program Vivid Ideas itu akan menampilkan sorotan menarik seperti penulis yang merangkul banyak anugerah Emmy, Matthew Weiner – pencipta rancangan bersiri dan penerbit eksekutif Mad Men serta mantan penerbit eksekutif The Sopranos, dan Tyler Brule, pengasas majalah Wallpaper dan juga Monocle serta salah seorang tokoh global paling berpengaruh dalam dunia penerbitan dan penjenamaan. Weiner dan Brule bakal berkongsi ilmu mereka berikutan kejayaan seluruh dunia mereka dalam industri kreatif.

"Setiap tahun, Vivid Sydney ingin menghubungkan dan mengilhamkan orang ramai dalam suasana beraneka warna, terkongsi bersama dan bertenaga. Vivid Sydney meletakkan seni dalam tangan orang awam, memberi para pelawat dengan santapan mata untuk inovasi seni dan teknikal," kata Sandra Chipchase, Ketua Pegawai Eksekutif Destination NSW, agensi pelancongan dan acara utama Kerajaan Negeri, yang memiliki dan mengurus Vivid Sydney.

Antara Pilihan Utama Vivid Sydney:

1. Saksikan Harbour dalam cahaya baharu penuh gemilang

Rumah Opera Sydney yang terkenal akan sekali lagi menukarkan bumbung layarnya menjadi Living Mural berwarna-warni daripada syarikat UK, Universal Everything. Harbour Lights bakal menyaksikan sekumpulan bot bertukar warna sambil belayar menelusuri air, manakala Paint The Town akan membenarkan pelawat mengawal latar langit bandar itu dan melimpahinya dengan cahaya penuh warna-warni.

2. Lawati Argyle Cut untuk mendengar Sir David Attenborough

Hayati keindahan alam semula jadi dan dengarkan sepatah dua kata daripada Sir David Attenborough di The Argyle Cut mulai jam 7 petang setiap malam dan 6 petang pada hujung minggu. Life Story adalah berdasarkan rakaman selama empat tahun yang dirakam untuk rancangan bersiri televisyen Life Story saluran BBC dan bakal menghidupkan The Argyle Cut dengan imej burung, hidupan marin, serta haiwan semula jadi yang penuh penghayatan.

3. Peluk patung kait Dolly setinggi tiga meter

Kunjungi Dolly bagi mendapatkan pelukan khas Vivid Sydney. Patung kait setinggi tiga meter itu tentu akan mendapat sambutan hangat daripada pelawat yang terdiri daripada semua peringkat usia, serta tempat mengambil gambar paling popular berlatarbelakangkan Rumah Opera Sydney. Jangan lupa menaip #ilovesydney.

4. Ruang santai Martin Place

Luangkan masa di Martin Place untuk melihat pameran cahaya mengagumkan termasuk Robotanic, Spectra dan Drum Circle. Kemudian, cabar rakan-rakan anda beradu tenaga untuk game of drones Intel sebelum menuju ke Transcendence, binaan hebat dengan teknologi Real Sense, persembahan seni secara langsung, dan beberapa hidangan juadah paling lazat di Sydney termasuk Porteno, Thievery, Agape Organic, Cantina Mobil serta Cow and the Moon yang terkenal seluruh dunia.

5. Singgah ke Chatswood dan Universiti Sydney

Vivid Sydney kian berkembang dalam tahun 2015, jadi pastikan anda akan ke Chatswood untuk mempelajari tentang kisah akuatik dalam air Norbert and The Nautilus dan lawati Cabana Bar serta 4 Pines Rooftop Bar di Night Markets di The Concourse untuk menikmati hidangan ringan.

Program Vivid Path to the Future Universiti Sydney bermula pada Isnin, 25 Mei, dan ia mesti dilawati untuk menikmati program Cahaya, Muzik dan Idea yang terbesar. Bayangkan paparan bangunan mempesonakan, bar Little Creatures Craft Beer dan program muzik yang padat di Seymour Centre. Wajib hadir.

6. Penggemar tarian, singgah ke Central Park pada malam Jumaat atau Sabtu

Suka menari? Silakan ke daerah baharu Vivid Sydney, Central Park, pada malam Jumaat atau Sabtu untuk berdansa ria di samping pameran berilhamkan seni jalanan Reko Rennie dan Beastman, di Silent Disco, bermula jam 7.00 malam. Pilih irama kegemaran anda dan menari mengikut rentak daripada dua Propaganda DJ berbeza, kemudian tuju ke tingkat atas iaitu bar kilat Keystone untuk menikmati minuman sambil melihat kemeriahan di bawah sana.

7. Lagu merdu dan kudapan manis

Selepas bermain dengan bunga api elektronik di Pyrmont Pyro di Pyrmont Park, tuju ke Vivid Lounge di Sky Terrace di The Star. Peminat karaoke boleh menyanyikan lagu kegemaran mereka sambil wajah mereka terpampang pada dinding berhampiran, manakala pemain permainan video pula boleh bermain di stesen permainan video untuk mengenang kembali zaman kanak-kanak mereka. Jangan lupa dapatkan kudapan manis daripada bar pencuci mulut kilat festival itu di The Star.

8. Berita baik untuk penggemar selfie: Belajar cara mengambil gambar yang sempurna

Berbual bersama duta Canon di sepanjang Jejak Cahaya Circular Quay yang akan berkongsi panduan untuk mengambil gambar Vivid Sydney yang sempurna, sama ada menggunakan telefon pintar atau pun SLR. Kemudian, lawati pameran karya seni You Are Here bagi menguasai kemahiran mengambil selfie yang sempurna berlatarbelakangkan Rumah Opera Sydney.

9. Makan, minum dan raikan Itali di Modulations di Carriageworks

Jika anda suka makanan lazat serta disko Itali, pastikan anda ke ITALO DINING AND DISCO CLUB bagi menjamu selera di restoran kilat yang disajikan oleh chef hebat daripada Icebergs Dining Room & Bar, Da Orazio Pizza + Porchetta, Fratelli Paradiso dan 10 William St. Sambil menikmati semangkuk pasta, para tetamu akan dihiburkan oleh legenda disko Itali, Beppe Loda.

Tarikh: 31 Mei, 1 Jun, 2 Jun, 5 Jun, 6 Jun, 7 Jun.

10. Penggemar permainan video dan peminat YouTube, berseronoklah

Sebagai acara yang pertama seumpamanya di Australia, Game I ON mesti dilawati oleh mereka yang menggemari permainan video, media sosial, YouTube, blog video dan berminat mencipta atau menghasilkan sesuatu. Beberapa bintang terkenal YouTube bakal hadir termasuk fouseyTUBE, Jayesslee dan The Royal Stampede yang bakal berkongsi rahsia digital mereka di Taman Teknologi Australia mulai 22 hingga 24 Mei.

Lawati www.vividsydney.com bagi mengetahui program Vivid Sydney yang lengkap.

Video siaran berita persembahan cahaya malam ini boleh didapati selepas tengah malam di http://vividsydney.com/media-centre

Kit media lengkap termasuk imej beresolusi tinggi dan siaran rakaman berkualiti boleh dimuat turun di http://vividsydney.com/media-centre

Source: Destination NSW
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services