omniture

TripAdvisor Sampaikan Desitinasi Wain Pilihan Perantau

TripAdvisor
2012-10-19 21:20 330

SINGAPURA, 19 Okt., 2012 /PRNewswire / --

Berjuta-juta Perantau Seluruh Dunia  Kenalpasti Tempat-tempat Utama Gerbang
Wain Dunia 
           
TripAdvisor(TM)( http://www.tripadvisor.com.sg ), tapak perjalanan terbesar di dunia*, telah mengumumkan pemenang Pilihan Perantau 2012 � Anugerah Destinasi Wain.  Sebanyak tiga puluh dua tempat merentasi seluruh dunia diberi penghargaan, berasaskan berjuta-juta maklumat balas dan pandapat pada TripAdvisor.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2012/01/26/20120126134542864980-l.jpg )

Pemenang anugerah ditentukan berasaskan pada populariti mereka sebagai destinasi wain, mengambil kira maklumat balas perantau serta pendapat daripada pembuat wain, pengusaha restoran, dan mereka yang kendalikan tempat-tempat tarikan dan penginapan.

"Kami teruja untuk menampilkan beberapa daripada wilayah wain terbaik di dunia,?kata Barbara Messing, ketua pegawai pemasaran bagi TripAdvisor. "Para perantau yang merancang perjalanan semasa musim tuai pada musim luruh boleh menemui ladang-ladang anggur yang menakjubkan, restoren serta sesi lawatan ke destinasi-destinasi bertaraf dunia ini."

Destinasi Wain Pilihan Perantau - World:

1. Tuscany, Itali
http://www.tripadvisor.com.sg/Tourism-g187893-Tuscany-Vacations.html

2. Daerah Sonoma, California
http://www.tripadvisor.com.sg/Tourism-g1109451-Sonoma_County_California-Vacations.html

3. Hunter Valley, Australia
http://www.tripadvisor.com.sg/Tourism-g758341-Hunter_Valley_New_South_Wales-Vacations.html

4. Stellenbosch, Afrika Selatan
http://www.tripadvisor.com.sg/Tourism-g312673-Stellenbosch_Western_Cape-Vacations.html

5. Wilayah Mendoza, Argentina
http://www.tripadvisor.com.sg/Tourism-g312780-Province_of_Mendoza_Cuyo-Vacations.html

Bagi senarai lengkap pemenang Destinasi Wain Pilihan Perantau 2012 termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Pasifik Selatan, sila ke   http://www.tripadvisor.com.sg/TravelersChoice-Wine.

Mengenai TripAdvisor

TripAdvisor(TM) merupakan tapak perjalanan terbesar di dunia,* membolehkan perantau untuk merancang dan menikmati pengalaman perjalanan yang mempersona. TripAdvisor menawarkan khidmat yang dijamin bagi perantau sebenar serta pelbagai pilihan perjalanan serta kemudahan merancang perjalanan bersama pautan lancar bersama perkakas-perkakas tempahan. Tapak-tapak berjenama TripAdvisor mewakili komuniti perantau terbesar di dunia, bersama lebih dariapda 60 juta pelawat bulanan*, dan lebih 75 juta maklumat balas dan pendapat. Tapak-tapak ini dikendalikan di 30 buah negara di seluruh dunia, termasuk China di bawah daodao.com. TripAdvisor juga termasuk TripAdvisor bagi Perniagaan, satu bahagian khusus yang menyediakan kepada industri pelancongan akses kepada berjuta-juta pelawat bulanan TripAdvisor.

TripAdvisor, Inc. (NASDAQ: TRIP) mengurus dan mengendali laman-laman web di bawah 19 lagi jenama media kembara, dan bersama-sama tapak-tapak itu menarik lebih daripada 74 juta pelawat bulanan yang unik.** TripAdvisor, Inc. jenama media kembara termasuk www.airfarewatchdog.com, www.bookingbuddy.com, www.cruisecritic.com, www.everytrail.com, www.familyvacationcritic.com, www.flipkey.com, www.holidaylettings.co.uk, www.holidaywatchdog.com, www.independenttraveler.com, www.onetime.com, www.seatguru.com, www.sniqueaway.com, www.smartertravel.com, www.tingo.com, www.travel-library.com, www.travelpod.com, www.virtualtourist.com, www.whereivebeen.com, dan www.kuxun.cn.

*Sumber: comScore Media Metrix bagi Tapak TripAdvisor, Seluruh Dunia, Julai 2012

**Sumber: comScore Media Metrix bagi TripAdvisor, Inc. dan anak-anak syarikatnya, Seluruh dunia, Julai 2012

(C)2012 TripAdvisor, Inc. Semua Hak Mengecap Terpelihara.

SUMBER:  TripAdvisor

Source: TripAdvisor
Keywords: Food/Beverages Travel Survey, Polls & Research