omniture

Media Utama China Laporkan Eksport Budaya Perfect World

Perfect World Co., Ltd.
2012-10-24 01:16 212

BEIJING, 17 Okt, 2012 /PRNewswire/ --

Saluran Televisyen China Tengah Xinwen Lianbo baru-baru ini menyertakan dalam barisan programnya laporan mendalam akan sebuah pemaju dan pengendali utama permainan di China iaitu Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd. ("Perfect World"). Laporan ini menumpukan pada falsafah ekport budaya Perfect World, semasa penggiat pasaran online Cina ini mahu mengembangkan sayap ke luar negara, sekali lagi menunjukkan bagaimana firma ini banyak menerima perhatian.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2012/10/17/20121017010425236761.html)

Laporan itu menumpukan pada bagaimana Perfect World telah mencapai kecemerlangan di pasaran-pasaran baru yang ia memutuskan untuk masuk dengan membangunkan produk-produk sendiri secara konsisten dengan budaya Cina dalam mindanya, menyumbangkan secara positif kepada penggalakkan budaya  Cina di pasaran luar negara.

Perfect World sentiasa melakukan kerja-kerja pembangunan secara dalaman sementara mengekalkan standard tertinggi dalam kualiti output sejak firma itu bermula.  

Sejak edisi pertama, Perfect World II dieksport dengan jayanya ke pasaran di luar China, Perfect World telah menerima dan menyepadukan secara berterusan sumber-sumber kualiti terbaik. Sehingga hari ini, pelbagai tajuk untuk dipilih yang diwujudkan oleh  Perfect World telah dieksport dengan jayanya ke lebih seratus buah negara dan rantau di luar China. Hasil keputusan eksport yang cemerlang ini telah membolehkan syarikat untuk mengekalkan kedudukannya terus menerus di tangga pertama merentasi industri sejak lima tahun yang lepas. 

Dalam temubal bersama wartawan CCTV, naib presiden Perfect World Wang Yuyun menyatakan keyakinannya dalam trend pembangunan Internet di China. Beliau berkata, "Di tahun-tahun akan datang, kesemua sumber termasuk rekabentuk, pengeluaran dan operasi industri permainan global akan disatukan dalam pembangunan permainan online negara itu, untuk membentuk satu rantaian industri sejagat.

Adalah dijangkakan nilai pasaran permainan online China akan melampaui 100 billion yuan dan eksport permainan online akan melampaui US$3 bilion menjelang 2015."

SUMBER: Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.

 

 

 

Source: Perfect World Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics