HAMBURG, Jerman, 27 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Mellow merupakan pacuan elektrik pertama yang boleh dipasang di bawah mana-mana papan selaju. Pada pelancaran Kickstarter Jerman, syarikat baharu bercita-cita tinggi Mellow Boards dari Hamburg mempersembahkan produk berkualitinya "Dibuat di Jerman".
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150526/745130-a )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150526/745130-b )
Sejak 12 Mei kempen Kickstarter juga boleh dilancarkan dari Jerman. Syarikat Baharu Mellow Boards dari Hamburg adalah antara projek Jerman pertama yang dilancarkan.
Mellow merupakan pacuan elektrik pertama yang boleh dipasang di bawah setiap papan selaju. Tidak seperti semua tawaran lain di pasaran, dalam beberapa minit Mellow boleh mengubah papan kegemaran anda menjadi e-papan berkualiti tinggi dengan kelajuan tertinggi 40km/j (25bsj).
Tetapi bukan sahaja idea tersebut berasal dari Jerman. Mellow merupakan projek e-papan pertama yang 100% "Dibuat di Jerman" atas sebab kualiti (2 tahun jaminan) dan kelestarian.
Sehingga 11 Jun, anda boleh memesan Pacuan Mellow secara berasingan atau sebagai set lengkap bersama papannya. Lebih cepat lebih baik, jika anda ingin mendapatkan salah satu tawaran Pembelian Terawal yang terhad.
Mellow dalam angka
Kelajuan Tertinggi: 40km/j
Jarak Perjalanan: 15km
Berat: 2,5kg
4 Mod Tunggangan
Bateri Boleh Ditukar – saiz yang sah untuk penerbangan
2 tahun Jaminan (1 tahun Bateri)
Motor-Dalam-Roda-Berkembar
Pautan:
Kempen Kickstarter:
https://www.kickstarter.com/projects/1800147378/mellow-the-electric-drive-that-fits-under-every-sk
Kit Akhbar lengkap termasuk Gambar Resolusi Tinggi: http://www.mellowboards.com/mellow-presskit.zip
Laman Sesawang: http://www.mellowboards.com
Pengasas
Johannes Schewe
Pengasas, Penggiat Sukan Luncur dan Ahli Ekonomi Sukan
Dengan lebih 15 tahun pengalaman bermain dan bekerja dalam industri sukan luncur Johannes kini menyalurkan semua tenaganya kepada kempen Kickstarter untuk menjadikan impiannya –Tunggangan Tanpa Penghujung – suatu kenyataan.
Kilian Green
Pengasas Bersama Mellow, Jurutera Mekatronik.
Yang terbaik dari dua dunia dalam satu badan. Killian bukan sahaja peluncur air yang giat tetapi juga seorang bekas jurutera kereta elektrik BMW yang menggunakan pengetahuannya untuk membentuk masa depan pengangkutan bandar.
WAKIL BERITA
Johannes, Schewe, Johannes@mellowboards.de, +49-176-30482922
Sumber: Mellow Boards GmbH