omniture

Mumm Lancarkan Inovasi Bersama Mark Ronson untuk Melangkaui Sempadan Pengalaman Sambutan

Maison Mumm
2015-05-27 19:38 296

MONTE CARLO, Monaco, 27 Mei 2015 /PRNewswire/ --

Memperkenalkan Botol Champagne Terhubung Pertama Dunia 

Pada malam sebelum Grand Prix Monaco 2015, Maison Mumm telah menganjurkan acara persendirian bersama pemuzik antarabangsa Mark Ronson untuk melancarkan botol champagne yang terhubung secara digital yang pertama di dunia. Pelancaran VIP itu telah berlangsung dalam kapal layar persendirian Mumm di Monte Carlo, iaitu lokasi yang dipilih sempena meraikan kerjasama jangka panjang Mumm bersama Formula One®.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150526/747229-a )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150526/747229-b )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150526/747229-c )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150526/747229-d )

Magnum yang terhubung itu merupakan satu inovasi yang direka untuk meningkatkan pengalaman sambutan. Pelancaran itu diinspirasikan oleh keterujaan dan emosi salah satu detik keraian paling dikenali di dunia, podium Formula One® yang Mumm telah menjadi sebahagian penting daripadanya sejak tahun 2000. Pada detik gabus dilepaskan daripada Magnum yang terhubung ini, satu sensor berhubung dengan penerima dalam sistem audio dan visual di lokasi tersebut dan mencetuskan pengalaman bunyi serta visual interaktif yang boleh diperibadikan oleh setiap kelab malam berprestij yang akan menganjurkan persembahan ini.  

Bersama Mark Ronson, acara pelancaran eksklusif itu telah dihadiri oleh para tetamu termasuk model elit dan sosialit Cara Delevingne serta Poppy Delevingne, bekas pemandu kereta lumba dan pemilik Grand Prix Eddie Jordan, dan juga pemilik kelab antarabangsa Jean-Roch. Sebuah persembahan eksklusif turut diadakan oleh Singtank, kumpulan duo Perancis yang terdiri daripada isteri Ronson, Josephine de la Baume dan saudara lelakinya Alexandre de la Baume.

Maison Mumm mempunyai sejarah inovasi yang luas dalam penghasilan champagne kelas pertamanya dan melalui kerjasamanya dengan perintis yang berani melangkaui sempadan dalam pencarian kecemerlangan serta kemenangan. Mark Ronson merupakan artis yang terkenal di peringkat antarabangsa yang terus membentuk masa depan industri muzik dan pengalaman hiburan malam untuk jutaan orang, dan Mumm dengan bangganya memanggilnya sebagai rakan penting. Bagi meraikan persahabatan ini dengan pelancaran acara tersebut, Ronson juga turut diundang untuk berkongsi detik kemenangan paling ikonik di dunia dan menyampaikan pemenang Mumm Jeroboam kepada Nico Rosberg di podium Grand Prix Monaco 2015.

Mark Ronson bercakap tentang pengalaman tersebut: "Pelancaran botol champagne terhubung pertama dunia bersama Mumm dan menyerahkan Jeroboam kepada Nico Rosberg merupakan sebuah pengalaman yang hebat, dan saya amat bertuah untuk menjadi sebahagian daripadanya. Cita-cita Mumm untuk membawakan inovasi-inovasi pertama ke dunia amat memberi inspirasi dan apabila saya mencabut gabus Magnum Mumm, ia merupakan detik sambutan yang tidak dapat dilupakan."

Philippe Guettat, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Mumm House of Champagne, mengulas: "Pelancaran inisiatif sulung dengan Mark Ronson ini memacu misi berterusan Mumm untuk menjadi ikon kemenangan, untuk membawa inovasi-inovasi pertama ke dunia, dan seterusnya menghasilkan pengalaman yang benar-benar mengujakan yang menambahkan kehebatan kepada detik sambutan champagne ini."

Latar Belakang Maison Mumm 

Mumm merupakan sebahagian daripada Martell Mumm Perrier-Jouët,perniagaan cognac dan champagne berprestij Pernod Ricard, pemimpin bersama dunia dalam Spirit & Wain. Dengan warisan terhormatnya sejak tahun 1827, Mumm merupakan Pengeluar champagne antarabangsa terulung di Perancis dan keempat di seluruh dunia*. Mumm Cordon Rouge, dikenali kerana riben merahnya sebagai simbol kecemerlangan merupakan lambang sempurna terhadap semangat Pengeluar itu: ia menonjol melalui kesegaran dan kepadatan gayanya, yang telah berjaya dikekalkan serta diwariskan oleh generasi-generasi berturutan penjaga simpanan wain.

* IWSR 2013

Latar Belakang Mark Ronson 

Mark Ronson yang dilahirkan di Britain, terkenal di peringkat antarabangsa sebagai salah seorang DJ yang paling mendapat sambutan, penerbit yang memenangi Anugerah Grammy dan juga merupakan artis solo dan ketua kugiran yang berjaya. Dengan tiga Anugerah Grammy yang telah dimenanginya – Penerbit Terbaik, Rekod Terbaik (bersama Amy Winehouse) dan Album Vokal Pop Terbaik (juga bersama Winehouse) – semuanya dianugerahkan kepada beliau pada tahun 2008, beliau juga telah memenangi dua anugerah BRIT termasuk Artis Solo Lelaki Terbaik British pada tahun 2008 dan Single British Terbaik untuk'Uptown Funk'pada tahun 2015. Beliau juga turut dinamakan sebagai Penghibur Lelaki secara Langsung Terbaik di Anugerah Muzik Langsung Vodafone, selain diundi Lelaki Terbaik pada Anugerah Glamour pada tahun 2008. Ketahui maklumat lanjut melalui laman sesawang Mark Ronson: http://www.markronson.co.uk/

Untuk pertanyaan media

Talk PR
Katerina Tillson
E: katerina.tillson@talkpr.com 

Claire Barry
E: Claire.Barry@talkpr.com
T: +44(0)20-7268-6100

Raphaela Allouche – Jabatan Komunikasi
Mumm House of Champagne
E: Raphaela.Allouche@pernod-ricard.com

Antoine Flament – Pengurus Perhubungan Awam Antarabangsa
Mumm House of Champagne
E: antoine.flament@pernod-ricard.com

Ikuti Mumm:
Twitter: twitter.com/GHMUMM
Facebook: facebook.com/champagne.gh.mumm
Instagram: instagram.com/ghmumm
YouTube: youtube.com/ChampagneGHMUMM
#DareWinCelebrate

Sila lawati bilik Berita Mumm:
http://digitalpressroom.ghmumm.com

Sumber: Maison Mumm

Source: Maison Mumm
Related Links:
Keywords: Advertising Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Music New products/services