omniture

Pembentangan DDW Menilai Stretta Sebagai Rawatan GERD yang Serba Guna dan Berkesan untuk Pelbagai Populasi Pesakit

Mederi Therapeutics Inc.
2015-05-28 01:54 663

WASHINGTON, 28 Mei 2015 /PRNewswire/ -- Satu pembentangan istimewa bersempena Minggu Penyakit Sistem Pencernaan 2015 menampilkan pakar GERD yang mengutarakan pendapat mereka tentang pengalaman mereka yang berjaya menggunakan Terapi Stretta bagi merawat populasi pesakit mencabar yang menghidap penyakit GERD.

Infografik - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150527/218687-INFO

Ronnie Fass, MD, daripada Case Western Reserve University menjadi moderator sesi perbincangan, dan menilai data klinikal tentang Stretta. Kemudian, ahli-ahli panel pakar bercakap tentang jenis khusus pesakit GERD kronik yang berjaya dirawat oleh mereka dengan bantuan Stretta.

Dana Portenier, MD, Fakulti Perubatan Universiti Duke
Stretta bagi GERD Selepas Pembedahan Bariatrik

Hiroshi Mashimo, MD, PhD, VA Boston Healthcare/Fakulti Perubatan Harvard
Stretta dalam Pesakit LPR

George Triadafilopoulos, MD, Fakulti Perubatan Universiti Stanford
Stretta dalam GERD Tegar

Mark Noar, MD, Pusat Kajian Pedih Ulu Hati dan Refluks
Stretta dalam GERD Selepas Pembedahan Anti-Refluks

Dr. Portenier mengetengahkan cabaran merawat pesakit bariatrik dengan GERD, sambil mengatakan Duke telah memperkenalkan Stretta untuk merawat pesakit obes dengan GERD kronik, terutamanya mereka yang telah menjalani prosedur pengecilan perut. "Ini merupakan bidang yang mana penggunaan Stretta adalah sangat sesuai. Semua pesakit ini biasanya tidak mahu perut mereka yang lebih kecil dibuang terus hanya untuk merawat GERD mereka," kata Portenier. 'Dengan Stretta, mereka boleh mengelak daripada pembedahan tambahan. Dalam keputusan luar biasa yang kami lihat di Duke, kebanyakan pesakit Stretta mengalami pengurangan atau penghapusan simptom dan dapat berhenti mengambil perencat pam proton (PPI)." "Stretta merupakan prosedur endoskopi yang sangat berisiko rendah bagi pesakit ini," tambah beliau lagi.

Ketika bercakap tentang penghidap penyakit GERD tegar, Dr. Triadafilopoulos menjelaskan semua pesakit ini mengalami refluks walaupun dengan terapi PPI. Menurut Dr. Triadafilopoulos, terdapat jurang yang besar antara mereka yang tidak memberi respon yang mencukupi terhadap PPI dengan mereka yang memilih pembedahan anti-refluks. "Stretta mendekatkan jurang ini dengan pilihan rawatan pesakit luar dengan endoskopi yang sudah terbukti berkesan dan selamat sehingga 10 tahun." Beliau membentangkan kes seorang pesakit GERD tegar yang menjalani rawatan Stretta. "Pesakit itu mengalami pedih ulu hati, sakit dada, dan regurgitasi walaupun selepas membuat perubahan pemakanan dan terapi PPI. Ujian menunjukkan pendedahan kepada asid esofagus tidak normal walaupun diberi PPI sebanyak dua kali sehari. Enam bulan selepas Stretta, pesakit itu sudah tidak mengalami apa-apa simptom kecuali ketidakselesaan perut sekali-sekala selepas makan, sudah tidak perlukan PPI, mengambil antasid sekali-sekala, serta mempunyai keputusan nilai pH normal."

Dr. Mashimo menilai pengalaman beliau dengan Stretta bagi refluks laringofarinks (LPR), penyakit dengan simptom seperti batuk kronik, kegarauan, lelah dan sakit dada, yang selalunya terjadi tanpa pedih ulu hati. Juga dikenali sebagai refluks atipikal atau senyap, LPR disebabkan aliran mengundur isi kandungan perut ke dalam farinks. "Selalunya, pesakit LPR tidak memberi respon yang bagus terhadap PPI dan hanya menunjukkan perubahan separuh sahaja selepas pembedahan antirefluks." Mashimo menjelaskan lagi dengan contoh pesakit. "Pesakit mengalami rasa tersekat dalam kerongkong dan batuk kronik bersama lelah bukan bermusim yang tidak bertindak balas terhadap ubat. Sebulan selepas mengambil Stretta, pesakit mengalami perubahan yang banyak, dan setahun kemudian pesakit itu hampir tidak mengalami sebarang simptom, dan sudah tidak menggunakan PPI lagi."

Dr. Noar menjelaskan pilihan Stretta untuk GERD selepas pembedahan antirefluks (Nissen fundoplication), dan menerangkan 10 tahun selepas prosedur Nissen, kajian menunjukkan pengulangan GERD sehingga mencecah 42 peratus pesakit. Setelah menilai pesakit yang gagal sembuh selepas Nissen dan menyertai kajian 10 tahun Stretta, beliau menyatakan, "Sedekad kemudian, 64 peratus daripada semua pesakit ini masih tidak perlu mengambil PPI setiap hari." Tambah beliau lagi, "Stretta merawat sfinkter esofagus bawah di bahagian dalam tanpa mengubah anatominya, dan ini penting bagi pesakit yang pernah menjalani pembedahan, serta satu-satunya pilihan tanpa pembedahan bagi pesakit jenis ini."

"Topik-topik ini mewakili keperluan yang tidak dipenuhi dalam rawatan GERD yang melaluinya, Stretta boleh jadi pilihan untuk merawat pesakit kronik secara berkesan," tambah Dr. Fass lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila ke www.stretta-therapy.com.

LATAR BELAKANG MEDERI® -
Mederi mengeluarkan Stretta dan Secca – peranti perubatan inovatif yang memberikan tenaga frekuensi radio tidak ablatif untuk merawat penyakit sistem pencernaan yang selamat dan berkesan.

Hubungi: Julia Brannan
julia@pascalecommunications.com
+1 (908) 464-2470

 

 

 

Source: Mederi Therapeutics Inc.
Keywords: Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Trade show news