omniture

SSI Umumkan Perjanjian untuk Mengambil Alih Aset MyOpinions Ltd. di Australia dan SmileCity Ltd. di New Zealand

SSI
2015-05-29 09:36 184

-- Urus Niaga Tersebut Akan Jadikan SSI Penyedia Panel Dalam Talian Utama di Kedua-dua Negara --

SHELTON, Connecticut, 29 Mei 2015 /PRNewswire/ -- SSI terus maju ke hadapan di Australia dan Zealand dengan memeterai perjanjian muktamad untuk membeli aset daripada dua syarikat panel utama – MyOpinions Ltd. di Australia dan SmileCity Ltd. di New Zealand. Pengambilalihan yang dirancang itu menggabungkan panel-panel yang besar dan berkualiti tinggi ini dengan aset panel dalam talian sedia ada SSI bagi menghasilkan panel dalam talian yang paling mantap dan beraneka di setiap negara.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141102/156027LOGO

Bagi penyelidik pasaran, ini bermakna SSI akan menawarkan capaian yang lebih luas dan kebolehlaksanaan lebih baik berbanding sebelumnya untuk menjalankan penyelidikan B2C dan B2B di Australia serta New Zealand. Bersama pemprograman pakar dan kemampuan pengehosannya, SSI akan menjadi pilihan tepat untuk para pemasar dan penyelidik yang mencari rakan penyelidikan tinjauan sehenti.  

Pengambilalihan ini akan mengukuhkan kedudukan kepimpinan SSI sebagai sebuah syarikat penyelesaian dan teknologi data di peringkat global, dan akan menyelaraskan dengan baik strategi keseluruhan syarikat untuk melabur di rantau Asia Pasifik. Kehadiran SSI yang diperluas di Australia dan New Zealand menggabungkan teknologi industri yang terkemuka, teknik merekrut ahli panel dalam talian yang terbukti serta fokus tertumpu terhadap kualiti untuk menyediakan capaian terbaik kepada para pengguna dan juga ahli-ahli profesional yang boleh didapati.

"Para pelanggan akan benar-benar memperoleh manfaat daripada saiz, kualiti dan produktiviti panel utama kami, selain kemampuan unik SSI untuk mengurus penjejak B2C dan/atau B2B ANZ yang besar," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Chris Fanning. "Kami telah memberi tumpuan untuk terus mengukuhkan kedudukan kepimpinan kami di Asia Pasifik dan pengambilalihan dua buah syarikat yang diurus dengan baik ini merupakan padanan yang sesuai dengan strategi kami."

Panel MyOpinions telah dibina sejak 14 tahun lalu dan menetapkan penanda aras untuk penyelidikan dalam talian berkualiti bagi sebilangan besar agensi penyelidikan utama dan pelanggan korporat di Australia serta di luar negara.

"SSI merupakan sebuah syarikat teknologi data global dan penyelidikan pasaran yang amat dihormati yang meletakkan premium ke atas pengalaman responden serta menyediakan produk dan juga perkhidmatan berkualiti tinggi kepada para pelanggan," kata Bob Cheng, Pengasas dan Pengarah Urusan PermissionCorp, syarikat induk MyOpinions dan SmileCity. "Kami gembira melihat perniagaan kami menyertai rangkaian SSI kerana kami tahu SSI akan menjaga aset panel dan pasukan yang telah kami bina dengan baik ini. SSI komited dalam meneruskan falsafah kami untuk menyampaikan nilai kepada para pelanggan kami." 

SmileCity Ltd., ditubuhkan pada tahun 2003, merupakan program ganjaran dalam talian, eksklusif untuk warga New Zealand.

Kedua-dua MyOpinions Ltd. dan SmileCity Ltd. dimiliki oleh syarikat induk, PermissionCorp.

Pemilik majoriti SSI ialah HGGC, sebuah firma ekuiti persendirian pasaran pertengahan yang terkemuka.

Latar Belakang PermissionCorp Pty Ltd.

PermissionCorp telah diasaskan pada Julai 1999 di Sydney, Australia. Sejak itu, syarikat tersebut telah berkembang untuk menjadi kuasa utama dalam bidang pemasaran dalam talian, menawarkan pemasaran e-mel kebenaran, penyelidikan dalam talian, serta program dan perkhidmatan kesetiaan beli-belah dalam talian. Hari ini, PermissionCorp mempunyai pejabat-pejabat di Sydney, Melbourne, Auckland dan Taiwan serta mempunyai pasukan dengan lebih 70 orang kakitangan sepenuh masa. PermissionCorp mempunyai rangkaian Laman Sesawang dengan capaian keseluruhan melebihi 3.5 juta dan dengan impresi laman melebihi 30 juta sebulan. Para pelanggan terdiri daripada jenama-jenama dan syarikat-syarikat korporat utama di Australia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang PermissionCorp, sila lawati www.permissioncorp.com.

Latar Belakang SSI

SSI merupakan penyedia global utama bagi penyelesaian data dan teknologi untuk penyelidikan kaji selidik pengguna dan antara perniagaan, mencapai responden di lebih 100 buah negara melalui Internet, telefon, mudah alih/wayarles dan penawaran akses bercampur. Kakitangan SSI beroperasi dari 30 buah pejabat di 21 buah negara, menawarkan sampel, pengumpulan data, CATI, khidmat rundingan penghasilan soal selidik, pemprograman dan pengehosan, pelaporan khas dalam talian serta pemprosesan data. Seramai 3,600 orang kakitangan SSI memberi khidmat kepada lebih 2,500 orang pelanggan di seluruh dunia. Lawati SSI di www.surveysampling.com.

Latar Belakang HGGC

HGGC merupakan sebuah firma ekuiti persendirian pasaran pertengahan utama dengan komitmen modal terkumpul melebihi $2.4 bilion. Berpangkalan di Palo Alto, Calif., HGGC terkenal dengan model "Pelaburan Dengan Keuntungan" yang membolehkan firma itu menyumberkan dan mengambil alih perniagaan yang boleh diskala pada gandaan menarik melalui kerjasama dengan pasukan pengurusan, pengasas serta penaja yang melabur semula dalam tawaran bersama HGGC, mewujudkan keselarian kepentingan yang kukuh. Sepanjang sejarahnya, HGGC telah menyempurnakan platform pelaburan, pengambilalihan tambahan, pemodalan semula, dan peristiwa kecairan dengan nilai urus niaga agregat sebanyak lebih $10 bilion, mewakili lebih 45 urus niaga. Lebih banyak maklumat boleh didapati di www.hggc.com.

Source: SSI
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Publishing/Information Service Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Acquisitions, mergers, takeovers