omniture

Pameran Teknologi Nano Terbesar di Korea, 'NANO KOREA 2015'

- Bakal diadakan di COEX bermula 1 Julai dengan kehadiran 350 syarikat
- Enam pameran untuk teknologi nano, mikro/MEMS, laser, seramik maju, pencetakan 3D dan teknologi bionik
NANO KOREA Secretariat
2015-06-01 20:30 588

SEOUL, Korea Selatan, 1 Jun 2015 /PRNewswire/ -- NANO KOREA 2015, Simposium Teknologi Nano & Ekspo Penggabungan Nano Antarabangsa ke-13 di Korea, akan diadakan mulai Rabu 1 Julai hingga Jumaat 3 Julai di COEX, Seoul, dengan sekitar 350 buah syarikat dari 18 buah negara dan rantau serta organisasi kerajaan turut hadir. Di bawah naungan Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga serta Kementerian Sains, ICT dan Perancangan Masa Depan, dan diuruskan oleh Jawatankuasa Organisasi NANO KOREA, 'NANO KOREA' merupakan acara teknologi nano utama Korea yang telah diadakan setiap tahun sejak 2003.

NANO KOREA menawarkan tempat yang sempurna untuk mendapatkan peluang perniagaan, melaluinya, para peserta dapat bertukar-tukar pandangan dan bekerjasama untuk menaik taraf produk serta proses dan juga membangunkan pasaran baharu melalui penggabungan antara teknologi nano dan lain-lain teknologi canggih.

Di pameran itu, bahan, unsur dan sistem nano yang dibangunkan dengan CNT dan graphene akan dipamerkan. Teknik analisis, pemprosesan dan pengilangan kelengkapan nano serta kelengkapan proses semikonduktor akan turut dipamerkan.

Pameran bagi lima daripada teknologi terkini akan turut diadakan serentak. Teknologi tersebut adalah mikro/MEMS untuk sistem kompak dan pintar, teknologi laser untuk pembangunan produk bernilai tambah, seramik canggih, pencetakan 3D termaju serta kejuruteraan perubatan.

Tahun ini, peserta dari 18 buah negara dan rantau termasuk Jepun, tanah besar China, Jerman, Taiwan dan U.K. akan turut hadir. Dari Korea, perusahaan besar seperti Samsung dan LG serta makmal penyelidikan termasuk KIST dan juga KIMM akan mempamerkan hasil penyelidikan terkini mereka bersama teknologi dan produk gunaan.

Satu simposium akan diadakan untuk membincangkan trend teknologi terkini dan hasil penyelidikan. Presiden Moon-sik Kwon daripada Hyundai Motor Company dan Presiden Chunli Bai daripada Akademi Sains China akan menyampaikan ucapan utama dan sekitar 1,000 hasil penyelidikan akan diperkenalkan.

"NANO KOREA menawarkan peluang perniagaan dengan menyebarkan hasil penyelidikan teknologi nano dan menggalakkan pertukaran maklumat," kata seorang ahli Jawatankuasa Organisasi NANO KOREA. "Institusi-institusi dan syarikat-syarikat dari negara-negara terkemuka, seperti Jepun, China dan U.K., akan menghadiri acara ini. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menganjurkan acara ini sebagai pameran dengan piawaian global untuk mengaktifkan pertukaran teknologi dan produk di Korea dan seluruh dunia."

Maklumat lanjut tentang 'NANO KOREA 2015' boleh didapati di www.nanokorea.or.kr.

Source: NANO KOREA Secretariat
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Electronic Design Automation Internet Technology Trade show news