omniture

Vanessa-Mae Lancarkan Cruelty Free International sebagai Duta Global Baharu

Cruelty Free International
2015-06-02 08:00 371

LONDON, 2 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Pemain violin bintang handalan antarabangsa, Vanessa-Mae, telah mengumumkan peranan baharunya sebagai duta global kepada sebuah organisasi utama dunia yang berkempen untuk menamatkan eksperimen terhadap haiwan. Pelancaran Cruelty Free International telah berlangsung hari ini pada sidang berita di London dan dihadiri oleh Vanessa-Mae yang memberi ucapan penuh semangat tentang komitmen beliau untuk menamatkan penderitaan haiwan.      

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150121/726834)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150601/747597)

Vanessa-Mae menyatakan: "Sebagai duta global baharu untuk Cruelty Free International, saya amat berdedikasi untuk menggunakan semangat saya bagi memperjuangkan nasib haiwan di dalam makmal-makmal. Amat menyayat hati kerana lebih 100 juta haiwan menderita dan mati ketika menjalankan eksperiman di seluruh dunia setiap tahun. Namun begitu, kita dapat membawa perbezaan. Tolong sertai saya dalam menyeru pemimpin dunia untuk mempunyai keberanian untuk melakukan perkara yang betul untuk haiwan. Kita boleh bersama-sama menjadikan dunia ini bebas daripada kekejaman."

Michelle Thew, Ketua Eksekutif, menyatakan: "Cruelty Free International berbesar hati mengalu-alukan Vanessa-Mae sebagai duta global kami. Kami menganggarkan bahawa secara purata sekurang-kurangnya 115 juta haiwan digunakan dan dibunuh dalam eksperimen di seluruh dunia setiap tahun. Maka, keperluan terhadap organisasi global yang berusaha secara khusus untuk isu ini telah menjadi semakin besar."

Cruelty Free International dihormati secara meluas sebagai pihak berkuasa pengujian haiwan dan menggabungkan kempen memenangi anugerah, lobi politik, siasatan yang merintis, kepakaran sains dan perundangan serta tanggungjawab korporat untuk menjadi suara kepada haiwan dalam makmal-makmal di seluruh dunia. Bidang kuasa organisasi itu termasuk mendedahkan realiti kehidupan bagi haiwan dalam makmal, mencabar pembuat keputusan untuk membawa perbezaan positif kepada haiwan, dan memperjuangkan sains yang lebih baik serta kehidupan yang bebas daripada kekejaman.

1 Jun menandakan penyatuan BUAV dan Cruelty Free International di bawah satu nama bagi meningkatkan capaian kami untuk menjadi suara kepada haiwan-haiwan di makmal-makmal seluruh dunia. BUAV merupakan salah satu organisasi perlindungan haiwan tertua di dunia. Dengan sejarah yang berasaskan pergerakan keadilan sosial awal, organisasi itu telah ditubuhkan di UK oleh aktivis hak-hak wanita dan dermawan, Frances Power Cobbe.

Sepanjang sejarah 117 tahunnya, organisasi itu telah berjaya berkempen untuk:

  • Mengharamkan uji kaji haiwan untuk kosmetik baharu dan yang dijual di UK serta EU. Sejak tahun 2013, kempen globalnya untuk menamatkan ujian kosmetik ke atas haiwan semakin mendapat momentum.
  • Melancarkan prgram 'Leaping Bunny' - pensijilan tanpa ujian haiwan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kosmetik, penjagaan peribadi dan produk pembersihan - yang mengesahkan nama-nama terkenal seperti Marks & Spencer, The Co-operative, Waitrose, Superdrug dan lebih 600 syarikat lain.
  • Mengharamkan ujian ketoksikan oral LD50 yang kejam di UK, iaitu haiwan akan dipaksa menelan bahan kimia sehingga 50% daripadanya mati.
  • Mengharamkan penggunaan monyet liar dalam makmal UK. Organisasi tersebut telah memainkan peranan penting dalam mendedahkan perdagangan antarabangsa primat untuk tujuan penyelidikan.
  • Menyelamatkan ribuan haiwan daripada diuji kaji di bawah REACH, rejim ujian kimia Eropah.
  • Menginspirasikan beberapa generasi ahli politik, pembuat keputusan dan mereka yang berperikemanusiaan untuk membawa perbezaaan terhadap eksperimen pada haiwan.  

Hubungi: Martin Mallon, media@crueltyfreeinternational.org / +44-(0)7557-868705 http://www.crueltyfreeinternational.org

SUMBER  Cruelty Free International

Source: Cruelty Free International
Keywords: Cosmetics & Personal Care Entertainment Retail Animal Welfare