omniture

S&P Capital IQ Perluas Sisi Jualan Pihak Ketiga dan Penyelidikan Kadaran Kredit APAC pada Ruang Kerjanya

Liputan daripada Agensi Kadaran Kredit Tempatan di China, Jepun, India, Indonesia, Malaysia, Pakistan, Sri Lanka, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand kini disediakan pada satu platform
S&P Capital IQ
2015-06-02 10:00 402

HONG KONG dan NEW YORK, 2 Jun 2015 /PRNewswire/ -- S&P Capital IQ®, unit perniagaan McGraw Hill Financial (NYSE:MHFI), hari ini mengumumkan perluasan signifikan penyelidikan kredit pihak ketiga pada platformnya yang merangkumi entiti berkadaran di sepuluh buah negara di rantau Asia Pasifik. Sebagai hasil satu siri perjanjian komersial yang disempurnakan baru-baru ini bersama agensi kadaran kredit tempatan di Asia Timur dan Asia Tenggara, pelanggan ruang kerja S&P Capital IQ kini dapat mengakses penyelidikan, kadaran, maklumat dan saranan daripada lebih 400 sisi jualan, industri atau firma khas yang merangkumi lebih 28,000 buah syarikat awam dan swasta di seluruh APAC. Selain itu, pengguna juga dapat memperoleh anggaran pendapatan bagi 19,000 buah syarikat di seluruh dunia, termasuk kebanyakan syarikat yang disenaraikan di bursa saham Asia Pasifik.

"Kami amat komited terhadap pelabur dalam pasaran modal Asia Pasifik, terutamanya yang perlu menilai risiko berkaitan melabur dalam kelas aset, sektor, syarikat atau mata wang negara berbeza," kata Keith Ackerman, Pengarah Urusan, S&P Capital IQ. "Liputan kami untuk negara-negara ASEAN serta India, Korea Selatan, Jepun dan China akan terus diperluas."

Sumber maklumat kredit pada ruang kerja S&P Capital IQ ini termasuk CRISIL Ratings, sebahagian daripada McGraw Hill Financial (India), Japan Credit Rating Agency (Jepun), NICE Investors Services Co., Ltd (Korea Selatan), Taiwan Ratings Corporation (Taiwan), TRIS Rating Co., Ltd (Thailand), Lanka Rating Agency Limited (Sri Lanka), Malaysian Rating Corporation Berhad (Malaysia), China Lianhe Credit Rating Co., Ltd. (China), dan PT Pefindo Credit Rating Indonesia Ltd. (Indonesia). Penambahan kandungan mereka mempertingkat kemampuan S&P Capital IQ untuk menyediakan lokasi tunggal bagi tujuan mengakses kombinasi data, maklumat dan pandangan, termasuk asas syarikat, anggaran pendapatan, analitik, kadaran kredit serta penyelidikan kredit yang dilakukan oleh S&P Ratings Research selain agensi kadaran pihak ketiga yang utama dan juga bank-bank pelaburan, termasuk China International Capital Corporation (CICC), Maybank, HSBC, Mitsubishi UFJ Morgan Stanley, Deutsche Bank dan JP Morgan.

S&P Capital IQ, dipilih sebagai Penyedia Penyelidikan Terbaik pada tahun 2014 oleh Inside Market Data, menampilkan Himpunan Penyelidikan Pasaran Alat Ganti yang melibatkan lebih 15 juta laporan penyelidikan daripada lebih 1,600 firma penyelidikan pihak ketiga yang terletak di lebih 120 buah negara. Antara penyedia penyelidikan Asia Pasifik dihormati lain yang terdapat dalam koleksi Penyelidikan Pasaran Alat Ganti S&P Capital IQ yang luas ini ialah  CIMB, Haitong Securities, Korea Investment & Securities (KIS), DBS Vickers dan National Australia Bank.

LATAR BELAKANG S&P CAPITAL IQ

S&P Capital IQ, unit perniagaan McGraw Hill Financial (NYSE:MHFI), merupakan penyedia utama bagi data kelas berbilang aset, penyelidikan dan analitik untuk pelabur institusi, penasihat pelaburan dan pengurus kekayaan di seluruh dunia. Kami menyediakan suit kemampuan yang luas, direka untuk membantu menjejak prestasi, menjana alfa, mengenal pasti idea perdagangan dan pelaburan baharu, serta menjalankan analisis risiko dan juga strategi mitigasi. Melalui penyelesaian ruang kerja utama seperti Capital IQ, Global Credit Portal dan MarketScope Advisor; penyelesaian perusahaan seperti S&P Securities Evaluations dan Global Data Solutions; dan penawaran penyelidikan termasuk Leveraged Commentary & Data, Valuation & Risk Strategies dan S&P Equity Research, S&P Capital IQ menajamkan kepintaran kewangan menjadi kebijaksanaan yang diperlukan oleh para pelabur masa kini. www.spcapitaliq.com

Wakil Media

Michael Privitera
New York: +1-212-438-6679
Michael.privitera@spcapitaliq.com

Anthony Chen
Hong Kong: +852-2532-8019
Anthony.Chen@spcapitaliq.com

Source: S&P Capital IQ
Related Stocks:
NYSE:MHFI
Keywords: Banking/Financial Service Economic news, trends, analysis New products/services Survey, Polls & Research