omniture

Sambutan Ulang Tahun ke-15 Autostadt

Autostadt GmbH
2015-06-03 01:50 268

WOLFSBURG, Jerman, 3 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Autostadt di Wolfsburg telah meraikan ulang tahun ke-15nya pada 30 dan 31 Mei dengan perjalanan unik mengelilingi dunia. Satu program eksklusif menampilkan lebih 300 artis dari enam benua telah dipersembahkan di lokasi berbeza di seluruh taman tersebut.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150601/747891-a)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150601/747891-b)

Ketua Pegawai Eksekutif Autostadt, Otto F. Wachs telah mengucapkan terima kasih kepada pengunjung, hampir 1,000 orang kakitangan, dan ketua-ketua pengurusan bagi pencapaian ini. Beliau juga mengimbas kembali permulaan taman tersebut: "Dalam beberapa bulan sebelum Autostadt dibuka pada tahun 2000 kami tidak mempunyai sebarang idea sejauh mana ia akan berkembang sepanjang beberapa tahun berikutnya. Kami yakin dengan visi kami, pastinya, tetapi tiada jaminan kejayaannya. Sejak itu, banyak percubaan telah dilakukan untuk meniru Autostadt – dan bukan sahaja di Jerman dan Eropah. Sementara itu, taman tema kami di Terusan Mittelland telah menarik lebih 30 juta tetamu, menjadikannya destinasi automotif yang terkemuka di dunia. Program istimewa yang meraikan ulang tahun ke-15 Autostadt merupakan cara kami untuk mengucapkan rasa terima kasih kami."

Kemuncak sambutan tersebut merupakan persembahan tarian diikuti bunga api yang menakjubkan. Sekitar 35,000 orang pengunjung menyertai sambutan tersebut hujung minggu ini. Para tetamu juga dapat melihat Menara Kereta setinggi 48 meter dihiasi dengan inskripsi sebagai memperingati "15 Tahun".

Maklumat lanjut dan muat turun gambar di:  
http://presse.autostadt.de/en

Latar Belakang Autostadt di Wolfsburg - Destinasi automotif terkemuka di dunia 

Sebagai platform komunikasi untuk Volkswagen Group, Autostadt di Wolfsburg menumpukan nilai korporat Volkswagen dan semua aspek mobiliti yang selari dengan tema: "Orang ramai, kereta dan apa yang menggerakkan mereka." Autostadt merupakan pusat penyerahan kereta baharu yang terbesar di dunia dan menempatkan ZeitHaus, muzium kereta paling kerap dilawati di dunia. Menampilkan pelbagai acara kebudayaan, termasuk Festival Movimentos tahunan, Autostadt merupakan tempat pertemuan antarabangsa terkenal bagi penggiat budaya.

Hubungi: Autostadt GmbH - Media Antarabangsa - Telefon: +49-(0)5361-40-14-41, E-mel: international.media@autostadt.de

SUMBER  Autostadt GmbH

Source: Autostadt GmbH
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Auto Transportation Travel