omniture

Huawei Raih Anugerah Kecemerlangan TM Forum 2015 dalam Kategori Ekosistem Digital Terbuka, Perniagaan Tangkas & IT

Huawei
2015-06-03 15:50 77

NICE, Perancis, 3 Jun 2015 /PRNewswire/ -- TM Forum hari ini mangumumkan Huawei Digital inCloud, BSS Transformation merupakan pemenang bagi Anugerah Kecemerlangan TM Forum 2015 bagi kategori "Ekosistem Digital Terbuka" dan "Perniagaan Tangkas & IT: "Penyedia Penyelesaian". Kini dalam tahun kesembilannya, program Anugerah Kecemerlangan itu memberi penghormatan kepada penyedia perkhidmatan dan penyelesaian di peringkat global dalam komuniti TM Forum yang memberi sumbangan penting untuk memajukan standard kritikal bagi manfaat seluruh ekosistem digital.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150602/220238

Anugerah Kecemerlangan itu dihakimi oleh panel bebas yang terdiri daripada pakar industri dan pakar bidang utama, penganalisis serta pelabur. "Finalis Anugerah Kecemerlangan tahun ini telah menaikkan tahap bagi keseluruhan industri," kata Nik Willetts, ketua pegawai digital, TM Forum. "Kami telah menyaksikan hasil kerja hebat dalam kalangan ahli kami untuk menyampaikan kecekapan dan ketangkasan yang diperlukan oleh penyedia perkhidmatan hari ini untuk bersaing dalam dunia digital terbuka. Secara keseluruhan, syarikat-syarikat ini mengambil langkah besar untuk mewujudkan perkhidmatan digital yang dapat menjana kentungan pada masa depan."

Huawei Digital inCloud merupakan penyelesaian ICT hujung-ke-hujung yang menyasarkan pengendali untuk membina dan menjana keuntungan daripada ekosistem digital, serta membantu mereka meningkatkan hasil. Ia menggalakkan inovasi perkhidmatan meluaskan perkhidmatan digital ke dalam domain baharu untuk memenuhi keperluan individu serta perniagaan baharu, merangkumi kediaman digital hingga perusahaan dan juga industri. Penyelesaian ini adalah berasaskan seni bina didefinisi perisian untuk menyediakan platform digital bersepadu dan terbuka untuk menyokong inovasi aplikasi yang tangkas. Ia membolehkan mereka mengagregat dan mengedarkan perkhidmatan digital global yang sedia dilaksanakan serta kandungan daripada rakan kongsi pelbagai domain, dan mengoptimumkan operasi perniagaan digital seperti e-dagang, dalam awan.

Huawei BSS Transformation Solution memanfaatkan kumpulan bersepadu sepenuhnya komponen dimodularkan untuk menyediakan pengendali Telekomunikasi dengan Pemungkin Perniagaan sebagai platform Perkhidmatan untuk mencapai operasi digital. Pemungkin Perniagaan sedemikian menjadi pemandu dalam mengubah landskap perkhidmatan digital, melaluinya, kejayaan akan dipacu oleh kemampuan teras yang berikut:

 

  • Saluran – menyokong perjalanan pelanggan berbilang saluran dengan semua pemasaran dalam talian, jualan dan perkhidmatan di samping membolehkan kolaborasi rentas saluran;
  • Produk – membolehkan konfigurasi fleksibel dan pantas dengan produk pelbagai daripada pengendali Telekomunikasi dan rakan pihak ketiga mereka.
  • Penglibatan Pelanggan – membolehkan penyampaian strategi penjagaan proaktif untuk mengoptimumkan nilai pelanggan melalui pengalaman pelanggan hebat tanpa mengira masa, tempat dan saluran pengalaman pelanggan yang lebih baik;
  • Model perniagaan – menjana saluran pendapatan baharu melalui ekosistem digital terbuka, berasaskan agregasi dan pembolehan rakan kerjasama;
  • Seni Bina & Infrastruktur – membolehkan kos pemilikan keseluruhan lebih rendah melalui penyelesaian berasaskan awan dan berkomponen.

Latar Belakang Huawei

Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global utama. Seramai 170,000 kakitangan Huawei seluruh dunia komited dalam mewujudkan nilai maksimum untuk pengendali telekomunikasi, perusahaan dan pengguna. Penyelesaian produk dan perkhidmatan ICT inovatif kami digunakan di lebih 170 buah negara dan wilayah, memberi khidmat kepada lebih satu pertiga daripada populasi dunia. Diasaskan pada 1987, Huawei merupakan sebuah syarikat persendirian dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Awards Trade show news