- Memacu Pendigitalan Telekomunikasi
NICE, Perancis, 3 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Huawei hari ini menganjurkan "Sidang Kemuncak Telekomunikasi Digital Terbuka" mereka di Nice, Perancis semasa TM Forum Live! 2015, yang membincangkan pendigitalan telekomunikasi bersama syarikat-syarikat global.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150602/220175
Sidang kemuncak Huawei itu memfokuskan topik "ROADS Terbuka bagi Memacu Pendigitalan", yang membincangkan topik hangat dalam industri seperti ekosistem digital, pengendalian digital,dan prasarana awan terbuka. Lebih 200 pemimpin serta pakar industri daripada operator global dan firma khidmat nasihat menghadiri forum itu termasuk Telefonica Group, Orange Group, China Mobile, China Unicom Sichuan, dan Telkomsigma bagi berkongsikan sudut pandangan mereka tentang perubahan digital serta kejayaan kerjasama mereka bersama Huawei. Semasa sidang kemuncak itu, firma khidmat nasihat terkemuka OVUM turut menyiarkan keputusan penyelidikan globalnya tentang perubahan digital yang dijalankan dengan kerjasama Huawei. Akhir sekali, Huawei berkongsikan strategi perubahan digitalnya dan melancarkan penyelesaian analitik data besarnya iaitu "Fusion Insight – Penyelesaian Analitik Alam Semesta."
Zou Zhilei, Presiden Huawei Carrier Business Group, berkata, "Era digital kian menjelang tiba. Keperluan dan tabiat pengguna semakin diinternetkan, yang kami di Huawei ringkaskan sebagai ROADS – Masa Sebenar (Real-time), Mengikut Permintaan (On-demand), Semua Dalam Talian (All-online), Buat Sendiri (DIY), dan Sosial. Syarikat-syarikat perlu memecut perubahan digital mereka bagi memenuhi keperluan "ROADS". Unsur pertama yang penting adalah Telco OS, sistem pengendalian generasi seterusnya yang menyokong pengalaman ROADS, bersamaan dengan sistem pengendalian pemboleh perniagaan syarikat itu. Kedua, prasarana IT berasaskan awan serta tertakrif perisian dan platform data terbuka juga merupakan unsur penting. Berdasarkan hubungan kami yang rapat dan lama bersama lebih 400 buah syarikat, Huawei sangat memahami pencetus kesukaran dan masalah yang dibawa oleh pelbagai fasa berbeza dalam perubahan digital. Huawei akan sentiasa menekankan kepentingan kerjasama dan inovasi, serta berusaha untuk menjadi rakan kongsi strategik bagi perubahan digital syarikat sambil cuba menangani perubahan digital,"
Pelancaran Laporan Penyelidikan Perubahan Digital
Semasa sidang kemuncak itu, Huawei dan OVUM melancarkan laporan bersama mereka tentang penyelidikan perubahan digital yang menunjukkan perubahan digital merupakan keperluan perniagaan teras untuk para pengendali. Ketangkasan perniagaan, pembangunan dan masa respons lebih pantas, kemesraan pengguna yang lebih tinggi, penyatuan sistem serta peringkasan proses turut menjadi matlamat utama. Data besar merupakan teknologi penting mendayakan perniagaan yang diperlukan untuk menyediakan tinjauan boleh ramal dan mengikut konteks yang dibezakan serta disuai khusus merentasi sektor penjagaan dan juga pemasaran.
Pelancaran "Fusion Insight – Penyelesaian Analitik Alam Semesta"
Semasa sidang kemuncak itu, Huawei turut melancarkan "Fusion Insight – Penyelesaian Analitik Alam Semesta" mereka yang mengumpulkan ekosistem pembangunan aplikasi data besar dengan ekosistem pengendalian data besar serta melaksanakan penyelesaian dipandu perniagaan dan berpusatkan kepintaran buatan yang membantu pembawa dengan perubahan pengendalian digital. Meng Qinghong, Ketua Pemasaran, China Unicom Sichuan, berkongsi amalan komersial yang dilakukan berdasarkan Penyelesaian Analitik Alam Semesta dan dipetik sebagai berkata,"Platform Pengendalian Digital Terbuka yang berdasarkan Data Besar membenarkan pertukaran data luaran dan dalaman, aplikasi dan sokongan beraneka, serta inovasi perniagaan dalaman dan juga antara rakan kongsi bagi merealisasikan pertumbuhan hasil baharu. CUSC akan mencipta lebih nilai untuk para pelanggan dan rakan kongsi kami, merangsang ekonomi digital masyarakat China melalui platform Perkhidmatan Menyeluruh & Data Besar kami, menerajui rangkaian 4G, inovasi perniagaan beraneka, serta penyatuan industri."
Mulai 2-4 Jun, semasa di TM Forum Live! 2015, Huawei bakal mempamerkan penyelesaiannya yang menyokong perubahan digital telekomunikasi, termasuk pengumpulan dan pengendalian perkhidmatan digital, perniagaan digital serta perubahan pengendalian, prasarana awan, SDN/NFV, dan banyak lagi.
Latar Belakang Huawei
Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global utama. Seramai 170,000 kakitangan Huawei seluruh dunia komited dalam mewujudkan nilai maksimum untuk pengendali telekomunikasi, perusahaan dan pengguna. Penyelesaian produk dan perkhidmatan ICT inovatif kami digunakan di lebih 170 buah negara dan wilayah, memberi khidmat kepada lebih satu pertiga daripada populasi dunia. Diasaskan pada 1987, Huawei merupakan sebuah syarikat persendirian dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya.