VERONA, Virginia, 3 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Personna Medical, penyedia utama bilah pisau berkualiti tinggi untuk aplikasi perubatan, mengumumkan hari ini akan menampilkan peralatan biopsi cukur premier dunia, Personna DermaBlade® di Perjumpaan Kongres Dermatologi Dunia ("WCD) ke 23 Vancouver, British Columbia yang akan berlangsung pada 8-12 Jun, 2015. Lawati Personna Medical di gerai #1937.
Video - http://youtu.be/5WyHu9__pbI
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150316/182091
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150316/182089LOGO
DermaBlade telah dicipta oleh ahli dermatologi, Dr. Robert Segal. Ia merupakan alat yang fleksibel dan steril yang menjadikan proses biopsi kulit lebih selamat untuk pesakit dan jauh lebih ringkas untuk pengguna.
Ini merupakan kali pertama Personna Medical telah mempamer di pertunjukan WCD itu. WCD ke 23 akan menjadi perhimpunan antarabangsa terbesar ahli dermatologi dan ahli profesional yang berdedikasi terhadap kesihatan kulit daripada semua sektor. WCD berlangsung sekali setiap empat tahun.
Telah lama dikenali kerana pengilangan berkualiti tinggi dan kualiti hujungnya, Personna Medical akan membolehkan hadirin WCD mengalami perbezaan Personna DermaBlade sendiri di stesen percubaan interaktifnya. DermaBlade adalah pakai buang dan amat fleksibel, namun sangat tajam, menamoilkan teknologi Microcoat® yang memberikan potongan bersih dan meminimumkan trauma tisu pesakit. DermaBlade boleh digunakan untuk pembuangan bonjolan kulit, pemingganan, perataan dan biopsi cukur pada sebarang lapisan dermis. DermaBlade memberikan pengguna kestabilan, kawalan dan ketepatan.
Selain DermaBlade, Personna akan menunjukkan banyak produknya yang lain, termasuk bilah pisau dua mata tanpa karat, pisau cukur persediaan dan bilah pisau patologi yang dibuat untuk keperluan ahli dermatologi masa kini.
Bob Senesac, Pengarah Pemasaran, berkata, "Personna Medical teruja untuk mempamer di Kongres Dermatologi Dunia di Vancouver. Kami tidak sabar untuk mencapai pelanggan baharu dari seluruh dunia dengan produk DermaBlade baharu. Kami berharap apabila hadirin melawat gerai kami dan menyaksikan demonstrasi DermaBlade, mereka dapat mempelajari bahawa DermaBlade merupakan radas biopsi cukur premier di dunia hari ini. Kami tidak sabar untuk menemui pelanggan baharu melalui usaha ini."
Personna merupakan salah satu pengeluar terbesar bilah pisau profesional, perubatan dan perindustrian dengan fasiliti pengilangan di Amerika Utara. Personna berdedikasi terhadap menghasilkan pisau dan produk berpisau yang memenuhi keperluan pelanggan profesional, perubatan dan perindustrian. Daripada produk paling asas hingga paling canggih, Personna berdedikasi terhadap menyampaikan kualiti, prestasi dan inovasi.
Wakil: Bob Senesac
Tel: +1-540-248-1683
Emel: bsenesac@energizer.com
Laman sesawang: personnablades.com
Personna: Verona, VA