omniture

Nokia 105 dan Nokia 105 Dwi-SIM baharu bantu berikan suara kepada dunia

Microsoft Corp.
2015-06-04 09:30 176

-- Microsoft tawarkan ciri terpenting mudah alih kepada pembeli telefon kali pertama

REDMOND, Washington, 4 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Microsoft Corp. pada hari Rabu mengumumkan Nokia 105 dan Nokia 105 Dwi-SIM baharu. Disasarkan kepada pembeli telefon mudah alih kali pertama, selain mereka yang mencari peranti sokongan andal bagi telefon pintar mereka, Nokia 105 baharu akan membolehkan lebih ramai orang mempunyai suara dan mengalami manfaat yang berpotensi mengubah kehidupan yang dapat ditawarkan oleh telefon bimbit. Nokia 105 asal telah terjual sebanyak 80 juta unit setakat ini, memperkenalkan orang ramai dari seluruh dunia kepada pengalaman mudah alih.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20000822/MSFTLOGO

Nokia 105 baharu mempunyai semua yang disukai orang ramai tentang pendahulunya yang memenangi anugerah, dan hadir dengan kefungsian dan ciri dipertingkat. Kini turut tersedia dalam varian Dwi-SIM, Nokia 105 baharu membolehkan orang ramai melakukan yang berikut:  

  • Berhubung dengan orang lain dan perniagaan tanpa perbelanjaan besar.
  • Menikmati ciri Nokia 105 terdahulu, dan lebih lagi, termasuk yang berikut:
    • Storan diperluas sehingga 2,000 maklumat perhubungan
    • Audio dipertingkat untuk kejelasan panggilan lebih baik
    • Masa bercakap ditambah sehingga 15 jam, dan sehingga 35 hari masa menunggu1
    • Rekaan kemas, berketahanan dan versatil yang diperbaharui, terdapat dalam tiga warna: biru kehijauan, putih dan hitam2
  • Kekal terhibur semasa bergerak dengan dua permainan percuma, dipramuat, "Snake Xenzia" dan "Bubble Bash 2"
  • Sentiasa mempunyai sokongan: Peringkat harga rendah, hayat bateri panjang dan kemudahan penggunaan menjadikan Nokia 105 baharu sebagai peranti ideal untuk pengguna telefon pintar sedia ada atau mereka yang mengembara.

"Dengan telefon seperti Nokia 105 baharu, Microsoft membawakan peluang mudah alih yang sangat mampu milik kepada lebih ramai orang," kata Jo Harlow, naib presiden korporat Microsoft Devices Group. "Nokia 105 baharu merupakan alat penting bagi pengguna telefon mudah alih kali pertama apabila mereka memulakan perjalanan ke dalam dunia terhubung."

Nokia 105 dan Nokia 105 Dwi-SIM akan disediakan dengan warna biru kehijauan, putih dan hitam2 untuk harga runcit dianggarkan $20 sebelum cukai dan subsidi3 akan mula dikeluarkan di pasaran terpilih mulai Jun 2015.

Ringkasan spesifikasi teknikal

Peranti

Nokia 105 dan Nokia 105 Dwi-SIM

Sistem pengendalian

Nokia Series 30+

Paparan

1.45-inci, LCD transmisif, HighColor (16-bit/64k)

Bateri

BL-5CB, 800mAh, boleh diganti

Masa bercakap dan masa menunggu

Masa bercakap: sehingga 15 jam (SIM tunggal dan dwi-SIM)

Masa menunggu: sehingga 35 hari (SIM tunggal), 25 hari (dwi-SIM)

Rangkaian

Dwi-jalur 900/1800MHz (SIM tunggal dan dwi-SIM)

Dwi-jalur 850/1900MHz (SIM tunggal sahaja)

Keterhubungan

Penyambung 3.5mm AV, pengecas USB mikro

SIM

SIM Mini

Dimensi dan berat

108.5 x 45.5 x 14.1mm

69.85g SIM tunggal dan 69.55g dwi-SIM (kedua-duanya termasuk bateri)

Latar Belakang Microsoft Devices
Microsoft Devices Group melibatkan perkakas memenangi anugerah yang digunakan oleh lebih satu bilion orang di seluruh dunia, termasuk telefon pintar Lumia, telefon ciri amat mampu milik Nokia, perkakas Xbox, Surface dan Surface Hub, Microsoft Band, serta HoloLens.

Latar Belakang Microsoft
Diasaskan pada tahun 1975, Microsoft (Nasdaq "MSFT") merupakan peneraju seluruh dunia bagi perisian, perkhidmatan, peranti dan penyelesaian yang membantu orang ramai serta perniagaan mencapai potensi penuh mereka.  

1 35 hari masa menunggu untuk model SIM tunggal 

2 Warna peranti berbeza mengikut pasaran

3 Harga untuk Nokia 105 dan Nokia 105 Dwi-SIM baharu adalah berbeza mengikut pasaran dan pengendali; harga runcit anggaran adalah kira-kira $20 sebelum cukai dan subsidi.

Source: Microsoft Corp.
Related Stocks:
NASDAQ:MSFT
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services