omniture

Value Retail Perluas Kerjasama di China untuk Tawarkan Lebih Manfaat kepada Tetamu Antarabangsa

Value Retail
2015-06-04 15:06 290

SHANGHAI4 Jun 2015 /PRNewswire/ --

Perikatan baharu dengan China Eastern, kerjasama dengan Ctrip, serta makanan, seni dan fesyen semasa Expo Milano 2015 akan penuhi keperluan pelancong China  

Value Retail - pencipta dan pengendali Koleksi Village, iaitu sepuluh Village beli-belah outlet mewah di seluruh Eropah dan China - bakal melancarkan kerjasama dengan China Eastern Airlines, salah satu daripada tiga syarikat penerbangan utama di tanah besar China. Pengumuman tersebut telah dibuat di pameran dagangan pelancongan mewah ILTM Asia yang berlangsung di Shanghai minggu ini.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150417/739943 )

Kerjasama itu menandakan ahli-ahli program penumpang kerap China Eastern dapat memanfaatkan kelebihan istimewa termasuk tiga batu bagi setiap  £/€ atau 10RMB yang dibelanjakan merentasi Koleksi itu. Selain itu, sepanjang tahun 2015, promosi batuan bonus, penawaran VIP, pakej beli-belah dan penjimatan istimewa akan ditawarkan kepada ahli-ahli program penumpang kerap China Eastern.

Perikatan dengan China Eastern Airlines merupakan kerjasama perjalanan dan pelancongan terkini yang diadakan untuk mempromosikan Koleksi Village itu kepada tetamu China. Awal tahun ini, Value Retail telah mengumumkan kerjasama baharu dengan Ctrip - agensi pelancongan dalam talian utama China, yang menyediakan perkhidmatan pelancongan melalui saluran dalam talian dan tradisional - menjadikan pengalaman mewah Koleksi Village itu dapat diakses oleh lebih ramai khalayak di China. Value Retail juga merupakan rakan kerjasama Air China. Satu inisiatif semasa menandakan para tetamu dapat menebus tiga batu bagi setiap £/€ atau 10RMB yang dibelanjakan di Koleksi Village itu.

Pengalaman Eropah sebenar yang ditawarkan di Village itu, yang menggabungkan pengalaman beli-belah mewah dengan seni, budaya, gastronomi dan acara istimewa, amat popular di kalangan tetamu China. Pada tahun 2014 China merupakan pasaran strategik paling menyumbang bagi jualan berpulangan cukai (bukan-EU), menyumbang sebanyak 44% daripada jualan berpulangan cukai keseluruhan - peningkatan sebanyak 29% tahun demi tahun. Bagi mengalu-alukan tetamu China, perkhidmatan istimewa telah diperkenalkan  di seluruh Koleksi termasuk hos berbahasa Mandarin dan penerimaan pembayaran melalui UnionPay International di kebanyakan butik.

Pengalaman beli-belah outlet unik ini kini disediakan di China, sebagai Suzhou Village - Village pertama di China oleh Value Retail - meraikan ulang tahun pertamanya bulan ini. Dengan pilihan unik jenama Asia dan antarabangsa digabungkan dengan pameran serta acara bertaraf dunia, Village itu telah diangkat sebagai generasi baharu outlet di China. Village kedua di China, iaitu Shanghai Village, akan dibuka pada musim bunga tahun 2016, berhampiran Resort Disney Shanghai.

Para tetamu China yang mengunjungi Expo Milano 2015 dapat merasai pengalaman unik yang ditawarkan di setiap Village di China dengan mengunjungi Fidenza Village yang terletak berhampiran Milan. Terutamanya bagi tempoh Expo, Fidenza Village telah berubah menjadi 'Kedutaan bagi Barangan Buatan Itali'; sebuah pameran seni, fesyen, gastronomi dan rekaan Itali, yang dibangunkan melalui kolaborasi dengan pelbagai rakan kongsi serta duta berprestij. Program acara dan pengalaman pelbagai deria bakal diadakan sepanjang musim panas berinspirasikan tiga tema tipikal Itali: 'Opera Romantik' (Mei-Jun), 'La Dolce Vita' (Julai-Ogos), dan 'Keghairahan Itali' (September-Oktober). Tetamu dari China juga berpeluang menerokai program acara dan insentif istimewa merentasi Koleksi tersebut sempena cuti Minggu Emas pada bulan Oktober.

ILTM Asia merupakan acara peringkat global melalui jemputan sahaja, yang melaluinya, para pembekal daripada khidmat pengalaman pelancongan mewah terbaik di dunia dapat bertemu dengan para pembeli yang mewakili pasaran pelancong mewah Asia Pasifik yang pesat berkembang dan menjadi rebutan. Ia diadakan di Pusat Pameran Shanghai, 1-4 Jun 2015.

Latar Belakang Value Retail

Value Retail merupakan satu-satunya syarikat yang berpengkhususan eksklusif dalam pembangunan dan pengendalian destinasi beli-belah outlet mewah, iaitu Koleksi Village. Koleksi Village tersebut dikenali secara meluas sebagai pusat beli-belah berprestasi terbaik dari segi ketumpatan jualan di dunia. Sejak permulaannya dengan Bicester Village pada tahun 1995, Koleksi tersebut telah menghasilkan pertumbuhan jualan kasar digit berganda setiap tahun dan pada tahun 2014 telah menarik 32.5 juta kunjungan. Setiap Village terletak dalam jarak sejam daripada sekurang-kurangnya satu bandar Eropah utama dan telah mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan beli-belah antarabangsa, yang dicirikan oleh fesyen mewah, perkhidmatan dan hospitaliti hebat, serta acara yang diraikan sepanjang tahun. Value Retail China, sekutu Value Retail, telah membuka Village pertama di China, Suzhou Village, 50 batu ke arah barat Shanghai pada Mei 2014. Village kedua, Shanghai Village, akan dibuka pada musim bunga tahun 2016 bersebelahan Resort Disney Shanghai, yang terletak di pusat pelan utama berbilion Dolar AS kerajaan China, Zon Pelancongan dan Resort Antarabangsa Shanghai (SITRZ). Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Value Retail dan Value Retail China, sila lawati ValueRetail.com

Latar Belakang China Eastern Airlines 

China Eastern Airlines Corporation Limited mempunyai ibu pejabat yang bertempat di Shanghai. Sebagai salah satu daripada tiga syarikat penerbangan utama di tanah besar China, ia menerbangkan flit lebih 430 pesawat jarak jauh dan jarak dekat dengan purata usia kurang tujuh tahun. China Eastern membawa hampir 80 juta penumpang setiap tahun dan tersenarai dalam kalangan 5 penerbangan terbaik dari segi jumlah pengangkutan penumpang. Sebagai ahli rasmi SkyTeam, China Eastern telah melanjutkan rangkaian penerbangannya dari Shanghai ke 1000 buah bandar di 187 buah negara melalui kerjasama erat dengan syarikat penerbangan ahli SkyTeam. Ahli-ahli Eastern Miles berpeluang mengambil bahagian dalam program pengumpulan dan penebusan batuan, menikmati manfaat ahli dan menggunakan mana-mana daripada 525 ruang rehat VIP di seluruh dunia di semua 19 syarikat penerbangan ahli SkyTeam.

Pada penghujung tahun 2012, China Eastern telah dianugerahkan "Anugerah Golden Ting" oleh Persidangan Tahunan Pasaran Modal China 2012, dan telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 50 jenama China paling bernilai oleh WPP serta turut tersenarai antara sepuluh terbaik dalam Senarai Kedudukan CSR China FORTUNE 2013.

Dengan konsep "Hospitaliti bertaraf dunia dengan tarikan Timur", China Eastern mewujudkan pengalaman perjalanan yang menakjubkan untuk para pelanggan global dengan kualiti perkhidmatan yang "tepat, halus dan jitu".

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Ben Han, Redbridge Communications: ben@redbridgecommunications.com

Sumber: Value Retail

Source: Value Retail
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Travel