omniture

THOMAS SABO Dengan Rasminya Membuka Butik VivoCity

Thomas Sabo GmbH & Co. KG
2015-06-05 14:06 284

SINGAPURA dan LAUF AN DER PEGNITZ, Jerman, 5 Jun 2015 /PRNewswire/ --

Ikon fesyen dan supermodel Georgia May Jagger tiba di Singapura untuk menghadiri pembukaan butik baharu

THOMAS SABO, salah satu jenama barang kemas dan jam tangan terkemuka global, meraikan pembukaan butik VivoCity baharunya dalam acara yang bergemerlapan pada 29 Mei. Bagi meraikan peristiwa ini, supermodel Georgia May Jagger telah terbang khas untuk mengalu-alukan sekitar 70 ahli media antarabangsa yang dijemput secara eksklusif selain VIP seperti Rebecca Tan, Jaymee Ong, George Young dan Alan Wong.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150603/748165-a )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150603/748165-b )

"Saya benar-benar menyukai kepelbagaian Koleksi Perak Sterling, terutamanya Manik Karma yang diinspirasikan falsafah Timur Jauh. Anda boleh membuat ciptaan anda sendiri. Hari ini saya memakai ikan Koi, satu karya pernyataan dan simbol kekuatan, yang amat sepadan dengan Manik Karma yang setiap satunya mempunyai makna individu," kata Georgia May Jagger.

Bertempat di kawasan runcit B1 yang baru dibuka di VivoCity - gedung beli-belah terbesar Singapura - butik seluas 565 kaki persegi itu bergemerlapan dengan rangkaian karya barang kemas yang dibuat dengan teliti dan amat diingini yang ditonjolkan oleh rekaan moden klasik hiasan butik yang menawarkan pengguna dengan persekitaran beli-belah yang unik.

Latar Belakang THOMAS SABO  

THOMAS SABO merupakan salah sebuah syarikat barang kemas, jam tangan dan kecantikan yang terkemuka di peringkat global, menghasilkan, menjual dan mengedarkan produk gaya hidup untuk wanita serta lelaki. Syarikat itu, ditubuhkan pada tahun 1984 oleh Thomas Sabo di  Lauf an der Pegnitz; selatan Jerman, mengendalikan hampir 250 buah kedainya sendiri di kelima-lima benua dengan jumlah keseluruhan sekitar 1,750 kakitangan. Di ibu pejabatnya, THOMAS SABO mempunyai sekitar 460 orang kakitangan. THOMAS SABO turut berkolaborasi di peringkat global dengan kira-kira 2,600 rakan dagangan serta syarikat penerbangan utama.

THOMAS SABO PTE LTD
Hanny Freund
Ketua Perhubungan Awam & Komunikasi Asia/Pasifik
Tel.: +65-63772207
E-mel: h.freund@thomassabo.com
Laman Sesawang: http://www.thomassabo.com

Sumber: Thomas Sabo GmbH & Co. KG

Source: Thomas Sabo GmbH & Co. KG
Keywords: Fashion Jewelry Retail Corporate Expansion New products/services