omniture

Anugerah AS$ 1 Juta untuk Aplikasi Awam Robotik dan Kepintaran Buatan Sedia Terima Penyertaan

UAE AI & Robotics Award for Good
2015-06-08 10:59 332

DUBAI, UAE, Jun 8, 2015 /PRNewswire/ --

  • Edisi pertama 'Anugerah AI & Robotik untuk Kebaikan UAE' dibuka kepada individu, pasukan, universiti dan syarikat dari seluruh dunia

Satu anugerah bernilai US$ 1 juta, diumumkan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mencari penyelesaian inovatif bagi aplikasi awam robotik dan kepintaran buatan (AI), akan mula menerima penyertaan untuk anugerah tersebut mulai 7 Jun 2015. Ini merupakan edisi pertama 'Anugerah AI & Robotik untuk Kebaikan UAE', dan terbuka kepada individu, pasukan, universiti dan syarikat dari seluruh dunia.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150608/748331-a-INFO )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150608/748331-b-INFO )

Menurut Jawatankuasa Penganjuran anugerah tersebut, 'Anugerah AI & Robotik untuk Kebaikan UAE' bertujuan untuk menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam kepintaran buatan dan robotik untuk menghadapi cabaran dalam tiga bidang utama: kesihatan, pendidikan dan khidmat sosial. Sementara pemenang dalam anugerah Pertandingan Antarabangsa tersebut akan membawa pulang wang hadiah sebanyak AS$ 1 juta, anugerah tersebut turut menampilkan Pertandingan Kebangsaan yang menawarkan AED 1 juta kepada pemenangnya. Para pemenang akan diraikan pada majlis istimewa pada Februari 2016 menjelang Sidang Kemuncak Kerajaan kali keempat di Dubai.

Penyertaan untuk Anugerah itu akan diterima sehingga 1 November 2015, melalui laman sesawang Anugerah tersebut (http://www.roboticsforgood.ae). Cadangan-cadangan akan disemak oleh panel pakar global dan seterusnya 10 peserta daripada setiap kategori dalam pertandingan Antarabangsa dan Kebangsaan akan dipilih untuk memasuki pusingan separuh akhir yang akan diumumkan pada 22 November 2015.

Para peserta separuh akhir akan dibawa ke Dubai untuk memberikan demonstrasi langsung prototaip berfungsi mereka di hadapan panel hakim, yang terdiri daripada pakar berprofil tinggi dan berpengkhususan dalam bidang kepintaran buatan dan teknologi robot. Ahli panel hakim akan diumumkan pada satu tarikh kemudian. Dalam peringkat akhir, peserta akan mendemonstrasikan prototaip berfungsi mereka, menawarkan khidmat atau penyelesaian sebenar bagi memenuhi keperluan manusia sebenar.

Para peserta dikehendaki untuk menyarankan cara baharu untuk menambah baik perkhidmatan sedia ada menggunakan robotik dan kepintaran buatan, atau menawarkan perkhidmatan baharu yang boleh dilaksanakan melalui teknologi ini. Selain itu, projek tersebut sepatutnya berautonomi separa atau sepenuhnya dan menggunakan teknologi awam termaju yang tersedia. Ia juga mestilah selamat dan berkos rendah.

'Anugerah AI & Robotik untuk Kebaikan UAE' telah dilancarkan oleh Yang Mulia Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Putera Mahkota Dubai, semasa Sidang Kemuncak Kerajaan pada Februari 2015, sebagai salah satu inisiatif Majlis Antarabangsa Kepintaran Buatan dan Robotik, yang telah ditubuhkan dengan kerjasama Forum Ekonomi Dunia semasa Majlis Agenda Global yang dianjurkan oleh Kerajaan Emiriah Arab Bersatu tahun lalu.

Untuk maklumat lanjut tentang 'Anugerah AI & Robotik untuk Kebaikan UAE', sila lawati: http://www.roboticsforgood.ae

Source: UAE AI & Robotics Award for Good
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Electronic Design Automation Awards