DUBLIN, 9 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Pelaburan sebanyak kira-kira USD469 juta
Satu konsortium yang diketuai syarikat angin dan suria global Mainstream Renewable Power hari ini diberikan status Pembida Pilihan oleh Jabatan Tenaga di Afrika Selatan bagi dua projek tenaga angin berskala besar dengan jumlah kemampuan penjanaan sebanyak 250 megawatt. Pemberian status itu dibuat semasa pusingan keempat Program Pemerolehan Tenaga Boleh Dibaharui Kerajaan Afrika Selatan dan dua ladang angin itu mewakili pelaburan sebanyak kira-kira USD469 juta. Tarikh untuk pemuktamadan pembiayaan belum dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130606/618541)
Mainstream telah diberikan projek angin dan suria sejumlah 848 megawatt bawah program ini sejak pemberian pertama pada tahun 2011, dan ini lebih banyak berbanding mana-mana pemaju lain. Selain daripada projek yang diberikan hari ini, Mainstream kini sedang membina tiga ladang angin di Northern Cape Afrika Selatan, sejumlah 360 MW yang diberikan semasa Pusingan 3 program itu. Tahun lalu, syarikat itu menyediakan tiga kemudahan angin dan suria untuk operasi komersial di Afrika Selatan semasa pusingan pertama program itu.
Mengulas tentang pengumuman itu, Barry Lynch, Pengarah Urusan Pemerolehan, Pembinaan, dan Pengendalian di Darat Mainstream, berkata: "Mainstream gembira Kerajaan Afrika Selatan telah, sekali lagi, menaruh kepercayaan kepada kami untuk menyediakan loji kuasa boleh dibaharui yang lebih berskala besar untuk operasi komersial. Di Afrika Selatan ini, kami sudah pun menunjukkan kemampuan ini dengan menyediakan tiga ladang angin dan suria bertaraf dunia untuk operasi komersial dengan selamat, tepat pada masa, dan dalam lingkungan belanjawan tahun lepas, dan ini kami mempunyai tiga lagi ladang angin yang dalam proses pembinaan di Northern Cape."
Sambung beliau lagi: "Tenaga boleh dibaharui memenuhi tiga syarat keperluan tenaga Afrika Selatan. Pertama, kos projek ini kini lebih murah berbanding penjanaan bahan api arang baharu. Kedua, ia boleh disediakan untuk operasi komersial pada kepantasan yang diperlukan dan ketiga, ia memenuhi skala yang diperlukan bagi memenuhi permintaan tenaga elektrik negara itu yang semakin meningkat. Mainstream sekali lagi gembira dapat memainkan peranan sebagai peneraju dalam sektor tenaga boleh dibaharui Afrika Selatan yang semakin pesat."
Projek-projek yang diberikan status melalui pusingan ini ialah:
Latar Belakang Mainstream Renewable Power
Mainstream Renewable Power merupakan salah satu pemaju bebas terkemuka dunia untuk projek tenaga boleh dibaharui. Dengan perancangan projek pembangunan sejumlah lebih 17,000 megawatt di seluruh dunia, syarikat ini kini sedang mengendalikan dan membina ladang suria serta angin di Ireland, Afrika Selatan, Chile, dan juga Kanada.
Sebagai pemaju angin luar pesisir bebas yang terkemuka di Eropah, baru-baru ini Mainstream diberikan kebenaran untuk membina dan mengendalikan dua ladang angin luar pesisiran bernilai dua bilion paun di UK.
Syarikat itu mempunyai cawangan di Berlin, Cape Town, Chicago, Dublin, Glasgow, Johannesburg, London dan Santiago.
Hubungi: emmet.curley@mainstreamrp.com