NEW YORK, 9 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Northwood Investors, firma pelaburan dan pengurusan hartanah berpangkalan di New York, mengesahkan ia telah menandatangani kontrak untuk menjual Hotel New York Palace kepada LOTTE Hotels & Resorts, pemilik yang berpangkalan di Korea dan pengendali hotel-hotel mewah. Urus niaga tersebut dijadualkan untuk disempurnakan pada lewat musim panas ini tertakluk kepada kepatuhan syarat-syarat diwajibkan.
"Saya gembira kami dapat memulihkan dan menyegarkan semula New York Palace kepada kedudukannya sebagai salah sebuah hotel mewah terbaik di dunia," kata John Kukral, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Northwood Investors. "Kami berbesar hati kerana mendapat peluang untuk bekerjasama dengan ramai pekerja berdedikasi di New York Palace yang tanpa mereka transformasi tersebut tidak mungkin berlaku. Kami gembira pemilik yang dihormati seperti LOTTE akan meneruskan tradisi perkhidmatan dan kemewahan tanpa bandingan di The Palace."
LOTTE Group merupakan salah satu konglomerat terbesar Korea dengan 79 sekutu dan hasil tahunan sebanyak $74 bilion pada tahun 2013. LOTTE Hotels & Resorts, sebagai ahli LOTTE Group, tersenarai di kedudukan pertama dalam pasaran penginapan Korea.
"LOTTE merupakan pengendali hotel berpengalaman tinggi dan kami teruja kerana mereka telah memilih untuk mengambil alih New York Palace sebagai sebahagian usaha perluasan global berterusan mereka," kata Jonathan Wang, Pengarah Urusan Northwood Investors. "Kami tidak sabar untuk melihat syarikat tersebut membina kejayaannya melalui pemilikannya terhadap The Palace."
Latar Belakang New York Palace
New York Palace, hotel tengah bandar mewah di persimpangan jalan 50th & Madison, menyiapkan reka bentuk semula bernilai $160 juta pada musim luruh tahun 2013. Pengubahsuaian itu mengubah bilik utama dan suit hartanah tersebut di The Towers, sebuah hotel di dalam hotel. Naik taraf tambahan termasuk lobi baharu, suit khas dan restoran serta bar termasuk Trouble's Trust, The Lobby Lounge, Tavern on 51, Rarities dan Pomme Palais. Selain 24,000 kaki persegi ruang acara yang dikemas kini, The Palace menempatkan ruang persendirian yang berada di Villard Mansion yang menampilkan hiasan dalaman abad ke-19 dan sangat sesuai untuk majlis perkahwinan, acara dan makan malam mewah. Dengan 909 bilik dan suit, The Palace terkenal kerana keindahan tanpa bandingan, pemandangan menakjubkan, bilik yang luas dan perkhidmatan yang luar biasa. Terletak di seberang jalan dari Katedral St. Patrick dan hanya beberapa langkah dari Rockefeller Center – laman terkenal hotel itu menyepadukan motif dari beberapa katedral Itali abad ke-15 dan telah berfungsi sebagai pintu gerbang kepada Villard Mansion yang bersejarah sejak tahun 1882. New York Palace dengan bergaya menggabungkan mercu tanda Villard Mansion dengan sebuah menara kontemporari setinggi 55 tingkat. Para tetamu boleh menempah penginapan secara dalam talian di www.newyorkpalace.com atau dengan menghubungi bahagian tempahan di 1-800-NY-PALACE (1-800-697-2522).
Latar Belakang Northwood Investors
Northwood Investors merupakan firma pelaburan dan pengurusan hartanah global milik persendirian yang terkemuka dengan lebih 150 kakitangan di seluruh dunia dan aset kasar keseluruhan bernilai kira-kira $8 bilion. Northwood menggunakan strategi pelaburan asas, yang dipacu nilai dengan pandangan jangka panjang serta fokus terhadap bandar-bandar penting global, termasuk Kota raya New York, Los Angeles, San Francisco, London dan Paris. Northwood kini memiliki dan mengurus pelbagai portfolio aset hartanah di seluruh dunia termasuk hartanah hospitaliti, pejabat, runcit, kediaman dan perindustrian. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari: www.northwoodinvestors.com
Latar Belakang LOTTE Hotels & Resorts
LOTTE Hotels & Resorts kini mengendalikan 18 hartanah di lima buah negara di seluruh dunia dan mempunyai 16 lagi hartanah dalam perancangan. LOTTE Hotels & Resorts telah menjamin ekuiti jenama mereka melalui hartanah Five Star mereka yang memenangi anugerah. Hartanah Six Star mereka di Moscow, Rusia telah mendapat perhatian setelah dianugerahkan dengan Anugerah Prix Villegiature bagi 'Hotel Terbaik di Eropah' baru-baru ini.
Pertanyaan Media – New York Palace:
Perhubungan Awam DKC
212-981-5138
nypalace@dkcnews.com
Pertanyaan Media – Northwood
Northwood Investors
Bryan Barbieri
508-340-1576
BBarbieri@northwoodhospitality.com