omniture

Asia Jet & Jet Edge International Umum Usaha sama Perluasan Armada

Asia Jet
2012-10-31 09:00 227

HONG KONG, 31 Okt, 2012 /PRNewswire/ --

Asia Jet, Pengurusan Sewa Khas yang berpangkalan di Hong Kong dan pemimpin penerbangan di Asia, telah bergabung dalam satu perhubungan strategik dengan Jet Edge International; satu daripada Syarikat Pengurusan Sewa Khas yang paling pesat berkembang di Amerika Syarikat. Perjanjian itu membolehkan Jet Edge menjadi pengendali pesawat yang eksklusif untuk kesemua pesawat Asia Jet di bawah pendaftaran Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mereka.

Asia Jet telah dengan sewajarnya dilantik sebagai ejen jualan dan pemasaran eksklusif di Asia untuk armada Jet Edge yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang kini ia tawarkan dalam program sewa khas, kepada pelanggan mereka di Asia apabila mereka memerlukan pesawat sewa khas domestik Amerika Syarikat. Asia Jet juga menikmati satu perkongsian pegangan saham dengan Jet Edge, dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Jet Mike Walsh telah baru-baru ini dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Jet Edge.

"Kami telah menilai beberapa syarikat pengurusan pesawat sewa khas yang berpotensi untuk menjalin kerjasama di Amerika Syarikat dan mendapati bahawa Jet Edge International mempunyai gabungan pengalaman dan kepakaran yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan kami dan keperluan pelanggan kami," kata Walsh. "Kami mengambil keputusan untuk mengambil langkah seterusnya dan melabur di dalam Jet Edge memandangkan kami berpuas hati dengan keputusan awal dan kemajuan terkini yang dicapai dan tidak sabar-sabar untuk mengembangkan kehadiran pengurusan pesawat kami dan penawaran produk di Asia dengan bantuan Jet Edge."

"Kami telah bersama-sama menggunakan pelan perniagaan ini sepanjang 12 bulan yang lalu, oleh kerana kami tahu bahawa China akan menjadi kawasan pertumbuhan masa hadapan bagi syarikat kami," kata Bill Papariella, presiden Jet Edge International. "Asia Jet dan pemegang saham mereka telah menyediakan satu platform sedia ada yang signifikan dari mana kami boleh berkembang dan melaksanakan strategi kami. Dengan empat pesawat yang sedia ada saya menjangkakan bahawa Asia Jet, dengan kerjasama Jet Edge, akan mengembangkan perniagaan kami secara kolektif dengan pesat, tetapi juga secara bertanggungjawab."

Dengan kerjasama mereka, kedua-dua buah syarikat telah membina sebuah model perniagaan yang menyediakan pemilik pesawat swasta di Asia dengan satu platform yang kukuh, mapan dan fleksibel, serta akses kepada perkembangan armada untuk pesawat berkabin besar bagi pelancong pesawat persendirian di kedua-dua Lingkungan Pasifik dan Amerika Syarikat. Boleh disediakan dengan kadar segera bagi sewa khas di Asia adalah empat pesawat Gulfstream:  sebuah pesawat G-IVSP;  sebuah pesawat G300 dan dua pesawat G200, dengan pelbagai pesawat dalam proses disiapkan berikutan minat yang signifikan daripada pemilik pesawat tempatan yang ingin mempunyai aset mereka diurus dengan cekap.

Kesemua pesawat di dalam armada Asia Jet di bawah pendaftaran FAA akan dikendali dan diselenggara mengikut Sijil  Pembawa Udara Jet Edge, manakala Asia Jet akan terus bertanggungjawab untuk jualan dan pemasaran sewa khas atas permintaan  mereka, kad program, pemerolehan pesawat, perundingan dan perkhidmatan pengurusan pesawat.

Papariella berkata, "Kami amat teruja kerana akhirnya dapat memaksimumkan pelan perniagaan yang dirangka dengan baik sebelum menambah bilangan pesawat. Asia Jet telah menghabiskan sejumlah besar masa, tenaga dan modal untuk membangunkan model perniagaan yang kukuh yang mempunyai unsur-unsur yang mapan dan kami gembira kerana dapat menyokong visi jangka panjang mereka.

ASIA JET/ JET EDGE INTERNATIONAL

Di samping itu, pelaburan baru-baru ini membuktikan bahawa kami komited untuk menjadi  satu perkongsian serantau yang besar untuk tempoh jangka masa sederhana sehingga jangka panjang melalui hubungan yang semakin erat ini. Matlamat kolektif kami adalah untuk menjadi pemimpin di Asia, dan saya tidak mempunyai keraguan bahawa Mike Walsh dan pasukan beliau akan dapat mencapai matlamat ini. "

Dengan memiliki salah satu daripada armada pesawat jet sewa khas yang terbesar di Amerika Syarikat, Jet Edge menawarkan kepada pelanggan mereka dengan gabungan pengalaman, keselamatan dan prestasi yang luar biasa  di dalam pesawat perniagaan yang paling popular, dengan pesawat baharu yang dijadualkan untuk penghantaran pada tahun 2013. Armada Jet Edge pada masa ini termasuk pesawat Gulfstream V, Gulfstream 450, Gulfstream IVSP, Gulfstream IV, Gulfstream 300, Gulfstream III, Gulfstream 200 dan Lear 45.

Maklumat mengenai Asia Jet

Asia Jet, yang beribu pejabat di Hong Kong telah menjadi syarikat perkhidmatan sewa khas pilihan di Asia sejak penubuhannya pada tahun 2008. Jenama Asia Jet telah menjadi simbol perkhidmatan dan keselamatan berkelas tinggi di rantau Asia; dengan memberi perkhidmatan kepada pelanggan terbilang melalui kad keahlian jet, perundingan, pemerolehan pesawat, permintaan sewa khas dan perkhidmatan pengurusan pesawat. Pasukan Asia Jet memiliki pelbagai pengetahuan yang merangkumi lebih 20 tahun di dalam industri dan memahami permintaan dan cita rasa pelanggan di Asia. Standard tinggi mereka yang konsisten memenuhi janji yang dibuat kepada pelanggan mereka setiap kali  mereka menggunakan perkhidmatan itu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Asia Jet, sila layari laman sesawang www.AsiaJet.com

Maklumat mengenai Jet Edge International

Jet Edge International, sebuah Syarikat Modal Bard, telah dengan pantas menjadi sebuah pemimpin di dalam penerbangan swasta dan salah satu daripada syarikat yang paling pesat berkembang, syarikat perkhidmatan dan pengurusan jet swasta bersepadu yang serba lengkap di Amerika Syarikat. Dengan beribu pejabat di Los Angeles, Jet Edge International menawarkan kepada orang perseorangan dan syarikat dengan akses jaminan sepanjang tahun kepada pelbagai jenis pesawat, dengan program keselamatan yang tidak ada bandingannya dan yang telah memenangi anugerah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Jet Edge International, sila layari laman sesawang www.flyjetedge.com

Hubungi:
Asia Jet
+852-2613-3133

SUMBER  Asia Jet

Source: Asia Jet
Keywords: Airlines/Aviation Transportation Travel Corporate Expansion