omniture

American Capital Energy & Infrastructure Umumkan Komitmen Pelaburan dalam Ladang Angin Terbesar Afrika Barat

American Capital Energy & Infrastructure
2015-06-10 13:59 189

- Anggaran Kos Projek Berjumlah €305 Juta

ANNAPOLIS, Maryland, 10 Jun 2015 /PRNewswire/ -- American Capital Energy & Infrastructure ("ACEI") hari ini mengumumkan komitmen pelaburan dalam projek kuasa angin berskala industri pertama Senegal dan ladang angin terbesar yang dirancang di Afrika Barat. Projek itu akan membantu negara tersebut mengurangkan kebergantungannya ke atas penjanaan kuasa berasaskan bahan api yang berkos tinggi. Jumlah kos modal kemudahan ini dianggarkan bernilai €305 juta, dan ACEI menjangka akan menyediakan ekuiti bernilai anggaran €76 juta serta bakinya dijangkakan daripada peminjam matang dan mezanin.

Projeknya merupakan sebuah ladang angin 151.8MW yang sedang dibangunkan, yang akan terletak di Taiba Ndiaye di Senegal, kira-kira 75km barat laut Dakar. Ia dijangka bakal menjadi komponen yang signifikan dalam rancangan kerajaan Senegal bagi memperbaiki keselamatan tenaga dengan mempelbagaikan campuran tenaganya serta mempertingkatkan penggunaan tenaga boleh dibaharui bagi memenuhi permintaan tenaga negara itu yang kian meningkat. Kuasa daripada projek itu akan dijual kepada Senelec (Societe Nationale d'Electricite du Senegal), syarikat kemudahan negara Senegal, di bawah persetujuan pembelian kuasa selama 20 tahun yang ditandatangani pada Disember 2013. Projek itu telah dibangunkan oleh Sarreole S.a.r.l. ("Sarreole"), pasukan yang berpangkalan di Perancis, dan ACEI akan bekerjasama dengan Sarreole, bagi membiaya kos pembangunan dan ekuiti projek. Pembinaan loji itu dijadualkan berlangsung selama tiga tahun dalam tiga fasa 50.8MW. Chapin International & Co bertindak sebagai penasihat pembangunan projek serta penasihat kewangan untuk projek itu.

En. Paul Hanrahan, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama ACEI, berkata, "Projek ini sangat sesuai untuk Senegal - dari segi ekonomi dan juga alam sekitar. Pertumbuhan ekonomi Senegal yang mengagumkan memerlukan lebih banyak kemampuan penjanaan tenaga elektrik dibina kerana kadar penggunaan tenaga elektriknya jauh melebihi kadar purata rantau Sub-Sahara. Tambahan lagi, kerajaan Senegal telah menyatakan ia komited untuk berubah daripada penjanaan kuasa berasaskan diesel kepada sumber tenaga berkos lebih rendah, seperti kuasa angin, untuk mengurangkan kos tenaga elektrik, dan telah mengambil langkah untuk mengubah semua sektor elektriknya dalam cara yang menjadikannya tempat yang dapat menarik pelaburan. Oleh kerana ini merupakan projek keutamaan di bawah Pelan Kemunculan Senegal Presiden Macky Sall, yang berdedikasi untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara, kami yakin projek ini tentu akan berkembang maju dengan pantas."

American Capital Energy & Infrastructure merupakan peneraju dunia dalam pengurusan pelaburan aset prasarana tenaga global, termasuk kemudahan penjanaan kuasa, pengagihan kuasa, dan rangkaian pemindahan selain syarikat produk dan perkhidmatan yang memfokuskan sektor kuasa dan juga tenaga. Selain daripada pelaburan dalam Taiba Ndiaye, baru-baru ini ACEI memuktamadkan pembiayaan ladang angin 36MW di Jamaica, yang memulakan pembinaannya awal tahun ini dan akan turut menambah tenaga elektrik berkuasa angin yang berkos rendah bagi membantu mempelbagaikan sumber daripada penjanaan diesel berkos tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk siaran media: www.acei.com/news/pr20150126. ACEI juga telah melabur dalam Azura Power Holdings Ltd., syarikat yang bertanggungjawab membangunkan turbin gas kitaran terbuka 450MW di Edo State, Nigeria dan aset tanah tidak terbangun dan tanah bekas industri tambahan di Afrika Barat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk siaran media: www.acei.com/news/pr20131205.

Cik Lisa Pinsley, Pengarah Pelaburan Afrika di ACEI, berkata, "Kami teruja untuk mengumumkan pelaburan kami dalam projek ini. ACEI merupakan rakan kongsi pengasas Power Africa, inisiatif Pentadbiran Amerika Syarikat yang dilancarkan oleh Presiden Obama yang memberi tumpuan untuk menyokong pertumbuhan dan pembangunan ekonomi di Afrika dengan meningkatkan akses kuasa elektrik yang bersih dan andal. Melalui inisiatif Power Africa, kami tidak sabar-sabar lagi untuk bekerjasama dengan Overseas Private Investment Corporation sebagai pemberi pinjaman utama dan memanfaatkan kelebihan kit alat berkepelbagaian inisiatif Power Africa bagi menyokong Projek, kemudahan awam dan ekonomi Senegal. ACEI telah aktif mengusahakan pelaburan dalam syarikat-syarikat bekalan kuasa di Afrika bagi mengasalkan, membangunkan, membiayai, dan mengendalikan aset prasarana tenaga rantau di Afrika Barat dan kami tidak sabar-sabar lagi untuk melihat hasil daripada projek ini."

LATAR BELAKANG AMERICAN CAPITAL ENERGY & INFRASTRUCTURE
American Capital Energy & Infrastructure mengurus pelaburan dalam aset prasarana tenaga global, termasuk kemudahan penjanaan kuasa, pengagihan kuasa, dan rangkaian pemindahan, aset pengangkutan tenaga, peluang pengeluaran bahan api, serta produk dan syarikat perkhidmatan yang memfokuskan sektor kuasa dan tenaga. ACEI merupakan sebahagian daripada American Capital Asset Management, LLC., rakan sekutu pengurusan aset American Capital, Ltd. (Nasdaq: ACAS) ("American Capital"). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.ACEI.com.

LATAR BELAKANG AMERICAN CAPITAL
American Capital, Ltd. (Nasdaq: ACAS) merupakan firma ekuiti swasta dagangan awam serta pengurus aset global. American Capital, secara langsung dan melalui perniagaan pengurusan asetnya, mengasalkan, menaja jamin, dan mengurus pelaburan dalam ekuiti swasta pasaran tengah, kewangan berkeumpilan, harta tanah, tenaga & prasarana serta produk berstruktur. American Capital mengurus aset bernilai $23 bilion, termasuk aset dalam kunci kira-kiranya serta aset berpendapatan di bawah urusan pengurus bersekutu, dengan jumlah aset sebanyak $92 bilion di bawah pengurusan (termasuk aset berkeumpilan). Melalui rakan sekutu milikan penuh, American Capital mengurus American Capital Agency Corp. (Nasdaq: AGNC), American Capital Mortgage Investment Corp. (Nasdaq: MTGE) dan American Capital Senior Floating, Ltd. (Nasdaq: ACSF) yang didagang awam dengan nilai buku bersih berjumlah kira-kira $11 bilion. Daripada lapan cawangannya di A.S, Eropah, dan Asia, American Capital serta rakan sekutu milikan penuhnya, European Capital, akan mempertimbangkan peluang-peluang pelaburan dalam lingkungan $10 juta hingga $600 juta. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.AmericanCapital.com

LATAR BELAKANG SARREOLE
Sarreole Sarl merupakan pemaju yang berpusat di Perancis untuk projek tenaga angin dan suria, khususnya di Perancis. Namun begitu, baru-baru ini, ia menjadi ketua pemaju untuk projek tenaga angin Taiba di Senegal. Sarreole telah membenarkan lebih 20 projek tenaga boleh dibaharui, mewakili lebih 240 megawatt dan memiliki latar belakang yang hebat dalam proses yang diperlukan bagi menyelaras perkembangan projek-projek dalam pelbagai persekitaran dan memastikan sesebuah projek memenuhi standard tertinggi.

LATAR BELAKANG CHAPIN INTERNATIONAL & CO
Ditubuhkan pada tahun 2003, Chapin International merupakan syarikat khidmat nasihat pembangunan dan pembiayaan projek yang memfokuskan tenaga boleh dibaharui di Afrika dan pasaran baru muncul yang lain.. Sehingga ke hari ini, Chapin telah terlibat dalam lebih 25 urus niaga tenaga boleh dibaharui seluruh dunia dengan nilai sebanyak lebih €2 bilion. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.chapininternational.com.

Siaran media ini mengandungi kenyataan jangkaan. Kenyataan yang berkaitan dengan keputusan yang dijangka daripada American Capital Energy & Infrastructure serta sekutunya adalah tertakluk kepada pelbagai faktor dan ketidakpastian, termasuk ketidakpastian yang berkaitan dengan masa pemuktamadan urus niaga, perubahan dalam kadar faedah, ketersediaan urus niaga, perubahan dalam keadaan ekonomi rantau, negara atau antarabangsa, atau perubahan dalam keadaan industri yang dilaburi American Capital Energy & Infrastructure.

Hubungi: +1 (443) 214-7070
Paul Hanrahan, Ketua Pegawai Eksekutif
Richard Santoroski, Pengarah Urusan
Lisa Pinsley, Pengarah, Pelaburan Afrika

Source: American Capital Energy & Infrastructure
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Socially Responsible Investing