-- Prapendaftaran Dalam Talian kini dibuka
GUZHEN, China, 11 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Pesta Pencahayaan Antarabangsa Guzhen China kali ke-16 (Pesta Musim Luruh) akan diadakan pada 22-26 Oktober 2015, bertempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen di Bandar Zhongshan, Daerah Guangdong.
Guzhen, yang menempatkan banyak kumpulan industri penghasilan dan perdagangan pencahayaan yang besar serta mempunyai output tahunan bernilai berbilion-bilion, merupakan salah satu daripada empat tapak pengeluaran pencahayaan profesional serta pasaran jualan utama dunia. Tahun ini, bilangan pengunjung ke Pesta Pencahayaan Guzhen ke-15 (Pesta Musim Bunga) mencecah takat baharu, menarik sejumlah lebih 250,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.
Selepas dua tahun pembangunan model pemerolehan baharu "Satu Dewan Pameran + Lima Pasar Perdagangan", pesta itu akan membawa bersama lebih 1,800 pempamer industri pencahayaan berkualiti tinggi yang merangkumi pencahayaan, lampu, pencahayaan LED, dan produk elektrik serta menyediakan platform penyumberan sehenti yang sangat menjimatkan kos seluas 700,000 kaki persegi kepada para pembeli.
Pasar Pencahayaan Guzhen sudah terkenal ke seluruh dunia kerana kualitinya yang tinggi, harga borong terbaik, kemudahan perdagangan, kewibawaan tinggi, serta pasaran yang sangat berdaya saing. Sesi Pesta kali ini akan melancarkan astaka pencahayaan yang menampilkan hiasan kreatif dan kawasan pemasangan juruelektrik.
Pesta Pencahayaan Guzhen edisi 2015 ini akan menyepadukan sumber industri pencahayaan tempatan bagi melancarkan "Perkhidmatan Pemadanan Perniagaan" istimewa secara besar-besaran untuk para pembeli luar negara dan pembekal unggul tempatan. Pasukan pakar pemadanan perniagaan yang berpengalaman akan menawarkan perkhidmatan ini dengan mesyuarat serta-merta bagi pembeli luar negara yang mencari apa sahaja, daripada komponen pencahayaan sehinggalah produk yang telah siap. Pendaftaran di lokasi pesta tersebut memerlukan bayaran pendaftaran sebanyak 100 RMB, yang dikecualikan untuk prapendaftaran; prapendaftaran akan turut membenarkan pengunjung menikmati perkhidmatan VIP yang disediakan oleh pihak penganjur.
Semasa berlangsungnya Pesta Pencahayaan Guzhen, para penganjur akan turut merasmikan sesi pertama Festival Kebudayaan Pencahayaan Guzhen, yang melaluinya, para pereka dari seluruh dunia akan memberi sumbangan kepada acara budaya yang bakal menyaingi 'Festival Cahaya' Lyon.
Persediaan untuk Pesta Pencahayaan Antarabangsa Guzhen China ke-16 (Pesta Musim Luruh) sudah pun dimulakan. Ia berjanji akan menyediakan peluang dan pengiktirafan penting kepada Guzhen serta merangsang prospek untuk pasaran pencahayaan dan juga kemajuan industri pencahayaan.
Laman sesawang: http://www.gzlightingfair.com/en