omniture

Pengalaman Atlet Optimum dan Salji Semula Jadi Dalam Almaty 2022 Disahkan Oleh Laporan Penilaian IOC

Almaty 2022 Candidate city
2015-06-11 05:55 205

ALMATY, Kazakhstan dan LAUSANNE, Switzerland, 11 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Suruhanjaya Penilaian IOC 2022, diketuai oleh ahli IOC, Alexander Zhukov dan Pengarah Eksekutif Sukan Olimpik IOC, Christophe Dubi, menyiarkan laporannya tentang bidaan Almaty bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik 2022 hari ini. Jawatankuasa Bidaan Almaty amat terdorong dan gembira dengan kandungan laporan itu. 

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/English/7548551-almaty-2022-ioc-evaluation-report/

Kandungan laporan itu diperoleh daripada lawatan Suruhanjaya Penilaian yang berjaya, produktif dan amat mesra ke Almaty pada Februari 2015. Laporan tersebut memberikan petanda jelas bahawa bidaan kedua Almaty bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk menerima banyak manfaat daripada pengalamannya menjadi tuan rumah kepada beberapa acara sukan musim sejuk seperti Sukan Musim Sejuk Asia 2011 yang berjaya, Universiade 2017 atau baru-baru ini Kejohanan Dunia FIS Nordic Bawah 23 pada tahun 2015. Kejayaan Almaty menganjurkan acara tersebut membuktikan ia bersedia menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk dengan standard tertinggi menjelang tahun 2022.

En Andrey Kryukov, Naib Pengerusi Almaty 2022 berkata: "Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Suruhanjaya Penilaian dan Ahli IOC, Alexander Zhukov serta Pengarah Eksekutif Sukan Olimpik, Christophe Dubi sekali lagi untuk lawatan produktif ke Almaty pada bulan Februari dan juga laporan yang dibuat berdasarkan kunjungan tersebut. Laporan tersebut jelas menunjukkan bahawa wawasan Almaty diterapkan sepenuhnya dalam Agenda Olimpik 2020 dan pelan pembangunan sukan jangka panjang bandar itu - sebuah pelan yang dimulakan pada tahun 2011 dengan menganjurkan Sukan Musim Sejuk Asia - berjaya. Almaty telah melaburkan lebih satu bilion dolar AS dalam pembangunan gelanggang sukan musim sejuk dan akan menyiapkan 80% daripada gelanggang yang diperlukan untuk menganjurkan Sukan Musim Sejuk menjelang tahun 2017."

Ikuti @RealAlmaty2022 di

Facebook: https://www.facebook.com/RealAlmaty2022 
Twitter: https://twitter.com/realalmaty2022
Website: http://www.almaty-2022.org/ 

Video: http://www.multivu.com/players/English/7548551-almaty-2022-ioc-evaluation-report/

Source: Almaty 2022 Candidate city
Keywords: Sporting Events Sports