STRASSKIRCHEN, Jerman, 12 Jun 2015 /PRNewswire/ -- CSA Group, penyedia global perkhidmatan pengujian dan pensijilan serta sebuah organisasi pembangunan standard yang terkemuka, meneruskan pertumbuhannya di Eropah dengan membuka bilik ujian EMC baharu di Strasskirchen, Bayern, Jerman. CSA Group mengendalikan salah sebuah pusat ujian EMC canggih yang terbesar di Eropah. Bangunan makmal seluas 560 meter persegi baharu ini membolehkan pengujian objek besar dilakukan termasuk kereta penumpang dalam semua saiz. Ia akan membolehkan CSA Group memenuhi permintaan pasaran yang terus bertambah, hasil keterhubungan produk dan penyelesaian yang meningkat. Bilik baharu itu melanjutkan kemampuan pengujian EMC semasa kepada 7,260 meter persegi dalam 17 bilik yang dilindungi sepenuhnya dan 7 bilik tak bergema, dan mencerminkan pertumbuhan serta kejayaan berterusan CSA Group di Eropah.
"Kami membuka ruang baharu ini untuk memenuhi keperluan pasaran yang berkembang terhadap khidmat pengujian terutamanya daripada industri automotif Eropah," kata Ralf Schunk, Naib Presiden, Eropah, CSA Group. "Pengangkutan merupakan sektor perniagaan penting bagi kami dan kami mempunyai kehadiran yang kukuh dalam pasaran di Eropah. Dengan meluaskan khidmat pengujian EMC di kemudahan Strasskirchen kami dan melalui makmal pengujian yang menerajui pasaran kami di Leyland, UK, yang berfokuskan ujian sekuriti dalam industri pengangkutan, kami menyediakan cadangan nilai yang amat kukuh untuk syarikat-syarikat dalam sektor tersebut."
CSA Group Bayern telah berkembang sebanyak 10 peratus tahun-ke-tahun sepanjang tiga tahun lalu dan telah mengendalikan bilik EMC sedia adanya dalam dua syif untuk memenuhi permintaan pasaran. Sejak tiga tahun lalu, CSA Group Bayern telah pun membuka dua bilik tak bergema baharu selain makmal persekitaran.
"Kami amat gembira menyediakan sumber tambahan kepada pelanggan kami melalui kemudahan baharu ini," kata Dieter Froehlich, Pengarah Urusan CSA Group Bayern. "Kami ingin menyediakan sokongan terbaik dalam industri kami dan telah melabur dengan signifikan sejak tiga tahun lalu untuk mewujudkan dan menambah baik kemudahan kami di Strasskirchen. Makmal baharu ini akan membantu kami untuk terus menyediakan perkhidmatan setempat yang menepati masa dan menjimatkan kos kepada pelanggan kami."
Selain pengujian EMC di Strasskirchen, CSA Group turut menyediakan perkhidmatan pengujian dan pensijilan persekitaran untuk kategori produk automotif, komponen perindustrian, kenderaan elektrik, alatan berkuasa, IT, perkakas rumah, peranti dan komponen perubatan, blok terminal serta kategori produk lain yang membantu syarikat-syarikat mengekalkan akses pasaran tempatan dan global. CSA Group akan terus melabur dalam bidang-bidang ini selain perkhidmatan seperti pengujian dan pensijilan di lokasi berbahaya.
Latar Belakang CSA Group
CSA Group merupakan pertubuhan keahlian tanpa untung yang bebas, berdedikasi terhadap keselamatan, kebaikan sosial dan kelestarian. Pengetahuan dan kepakarannya merangkumi pembangunan standard; kemudahan latihan dan khidmat nasihat, perkhidmatan pengujian dan pensijilan global merentasi bidang perniagaan penting termasuk lokasi berbahaya dan perindustrian, pengangkutan, perpaipan dan pembinaan, perubatan, keselamatan dan teknologi, perkakas dan gas, tenaga alternatif, pencahayaan serta kelestarian; selain khidmat penilaian produk pengguna. Tanda pensijilan CSA terdapat pada berbilion-bilion produk di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang CSA Group lawati www.csagroup.org.
Hubungi:
Allison Hawkins
Pengurus, Hal Ehwal Korporat
1-416-747-2615
allison.hawkins@csagroup.org