omniture

Modul PV JA Solar Lulus Ujian Hujan Batu Kelas 4

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2015-06-16 12:58 159

SHANGHAI, 16 Jun 2015 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar" atau "JA"), salah satu pengeluar terbesar dunia bagi produk kuasa solar berprestasi tinggi, mengumumkan hari ini modul Pv miliknya telah lulus Ujian Hujan Batu Kelas 4 bergred tinggi yang dijalankan oleh RETC pada bulan Mei di kemudahannya yang terletak di Fremont, California, berikutan kejayaan kelulusan ujian serupa yang dijalankan oleh TÜV Rheinland awal Mac tahun ini.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150522/218046LOGO

Ujian hujan batu Kelas 4 itu menggunakan bebola ais pejal yang dibekukan pada -17 darjah Celsius berdiameter dua inci (50.8 milimeter) untuk menghentam lokasi berbeza pada permukaan kaca modul PV yang termasuk bahagian tengah, satu sudut dan satu hujung sepanjang rangka logam, selain beberapa tempat rawak, menerusi pelbagai halaju impak dengan tahap maksimum mencapai 76 meter sesaat (274 kilometer sejam). Tenaga impak kinetik Ujian Hujan Batu Kelas 4 yang dijalankan oleh RETC kali ini terhadap modul PV JA adalah lapan kali lebih tinggi berbanding tenaga yang dicatatkan dalam ujian hujan batu sebelum ini yang dijalankan oleh TÜV Rheinland Lab pada bulan Mac apabila ketulan hujan batu sebesar 45-mm dengan kelajuan hentaman 30.7m/saat digunakan.

En. Wei Shan, Ketua Pegawai Teknologi JA Solar, mengulas, "Bagi membolehkan produk kami menahan keadaan cuaca yang lebih buruk, adalah penting untuk modul kami lulus ujian impak hujan batu di bawah keadaan yang lebih ketat. Lulus Ujian Hujan Batu Kelas 4 di RETC merupakan bukti yang terus menunjukkan kualiti tinggi dan keandalan modul PV JA Solar, selain usaha bersungguh-sunguh tanpa lelah yang kami berikan untuk memenuhi keperluan pelanggan kami melalui peningkatan prestasi berterusan, inovasi produk serta kawalan kualiti yang teliti."

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards