DUBAI, UAE, 16 Jun 2015 /PRNewswire/ --
'Anugerah Dron untuk Kebaikan UAE', yang menawarkan hadiah utama bernilai AS$ 1 juta kepada para pemenang, telah mengumumkan bahawa penyertaan bagi edisi kedua anugerah tersebut akan diterima mulai Isnin, 15 Jun 2015. Anugerah tersebut dalam edisi pertamanya merupakan sebuah acara yang amat berjaya, menarik lebih 800 penyertaan dari 57 buah negara.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150615/749011-a )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150615/749011-b )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150615/749011-d-INFO )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150615/749011-f-INFO )
'Anugerah Dron untuk Kebaikan UAE', yang dibuka kepada individu, pasukan, universiti dan syarikat dari seluruh dunia, bertujuan untuk menggalakkan inovasi dalam aplikasi awam teknologi dron dan menggalakkan pembangunan rangka kerja perundangan dalam bidang ini.
Kategori utama bagi anugerah tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada: Alam Sekitar, Pendidikan, Logistik, Pengangkutan, Pembinaan & Infrastruktur, Penjagaan Kesihatan, Pertahanan Awam, Pelancongan, Khidmat Sosial, Pembangunan Ekonomi, Bantuan Kemanusiaan & Bantuan Bencana.
Penyerahan untuk anugerah itu, yang turut menampilkan pertandingan Nasional, akan diterima sehingga 1 November 2015. Para peserta boleh mendaftar melalui laman sesawang Anugerah tersebut (http://www.dronesforgood.ae) bersama penyerahan video dan cadangan mereka. Cadangan tersebut akan disemak oleh panel penghakiman yang terdiri daripada pakar global yang mana 10 pemohon daripada setiap kategori dalam pertandingan Antarabangsa dan Nasional akan dipilih untuk memasuki pusingan seterusnya yang akan diumumkan pada 22 November 2015.
Peserta separuh akhir akan dibawa ke Dubai untuk membentangkan prototaip berfungsi dan mengadakan demonstrasi langsung idea mereka di hadapan panel hakim, yang melibatkan pakar berprofil tinggi serta pakar berpengkhususan dalam teknologi dron. Ahli-ahli panel hakim akan diumumkan pada suatu tarikh kemudian. Para pemenang akan diberi penghormatan dalam sebuah majlis istimewa pada Februari 2016 sebelum berlangsungnya Sidang Kemuncak Kerajaan kali keempat di Dubai.
Para pemohon dikehendaki mencadangkan cara baharu untuk meningkatkan satu perkhidmatan sedia ada menggunakan dron, atau menawarkan perkhidmatan baharu yang boleh dilaksanakan melalui teknologi ini. Selain itu, projek-projek itu perlulah berautonomi separa atau sepenuhnya dan menggunakan teknologi awam tercanggih yang boleh didapati. Ia juga perlulah selamat dan menjimatkan.
'Anugerah Dron untuk Kebaikan UAE' telah dilancarkan oleh Yang Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE disertai Pemerintah Dubai, semasa Sidang Kemuncak Kerajaan kali kedua pada Februari 2014. Pada edisi pertama anugerah tersebut, sebuah dron kalis perlanggaran yang dicipta oleh pasukan dari Switzerland, Flyability telah memenangi hadiah bernilai AS$ 1 juta dalam Pertandingan Antarabangsa manakala Wadi Drones oleh Matt Karau telah menerima hadiah bernilai AED 1 juta dalam Pertandingan Nasional.
Untuk maklumat lanjut tentang 'Anugerah Dron untuk Kebaikan UAE', sila lawati: http://www.dronesforgood.ae
Sumber: The 'UAE Drones for Good Award'