omniture

Manusia Terbang Lawat Kedua-dua Menara Ikonik KL

Red Bull Energy Drink
2012-10-31 22:20 275

SINGAPURA, 31Okt., 2012 /PRNewswire-AsiaNet/ --

Pasukan Red Bull Wingsuit melawat Malaysia mengikut satu-satunya cara yang mereka sudah biasa dengan - terbang! Red Bull Blue & Silver (Produk Eropah) melakukan sedaya yang boleh untuk menegaskan mesej "Red Bull Gives You Wings" (Red Bull Memberikan Anda Sayap)  bersama misi Red Bull Wingsuit ini.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2012/10/31/2012103111395982049.html )
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2012/10/31/20121031115129208078.html )
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2012/10/31/20121031120208384581.html )

Kuala Lumpur (Malaysia). Hasil insipirasi daripada rakan atlet Red Bull iaitu Felix Baumgartner, 3 jururterbang elit daripada Udara Red Bull Air Force tiba di Kuala Lumpur awal minggu ini untuk menunaikan impian mereka menawan pencakar langit ikonik bandaraya itu. Ini merupakan kali pertama juruterbang-juruterbang menggunakan sut sayap terbang ini untuk terbang melintasi dua struktur tertinggi di Malaysia.

Ketua pasukan Jon DeVore dan pemegang rekod dunia penerjun BASE Miles Daisher bersama Othar Lawrence melakukan 2 terjunan WingSuit BASE semasa waktu puncak di tengah-tengah kesibukan bandaraya itu dan terbang melepasi Menara KL dan kemudian di antara menara berkembar tertinggi di dunia, iaitu Menara Berkembar Petronas. Misi ini merupakan usaha pasukan untuk menggalakkan serta mendidik akan sukan "manusia terbang". Dalam sukan berbahaya ini, profesional sukan lasak ini mewakili kumpulan elit teratas. Pengarah filem blockbuster Michael Bay mendapatkan khidmat anggota pasukan Red Bull Air Force dalam penggambaran "Transformers  3", sesuatu yang pertama di pusat bandar Chicago.

Sementara misi itu ada kalanya digugat oleh cuaca buruk, perancangan terperinci serta persiapan membenarkan pasukan itu untuk melaksanakan terjunan  itu dalam tempoh masa singkat sebelum hujan monsun turun dan angin bertambah kencang . Projek terbang merentasi Menara Berkembar Petronas Malaysia yang ikonik ini merupakan yang pertama dan unik serta sangat berbeza kerana jarak dekat kedua-dua menara itu serta bangunan-bangunan tinggi mengelilingi menara-menara itu.

Lagipun, terbang pada kelajuan 120 batu/jam dalam persekitaran perbandaran membawa lebih banyak komplikasi kepada kedua-dua atlet ini. "Saya agak takut dengan ini. Saya tahu ia pasti satu pengalaman yang hebat! Saya telah memikirkan untuk melakukannya untuk agak lama," kata Miles yang telah datang ke Malaysia sebanyak 3 kali dan telah melakukan terjunan daripada Menara KL selama 60 kali. Kedua-dua altet menjelaskan pengalaman mereka sebagai "di luar alam nyata dan bagaikan mimpi".

Dietrich Mateschitz mengasaskan Red Bull di Austria pada 1987. Pasukan Formula One mereka memenangi kejuaraan pembuat kenderaan 2011 dan kejuaraan Dunia Pemandu. Red Bull telah menjual lebih daripada 30 bilion tin minuman tenaga, termasuk lebih daripada 4.2 bilion pada tahun lepas sahaja.

Video bagi misi ini boleh didapati bagi kegunaan editorial:
https://www.redbullcontentpool.com/content/international/products/perm/1351604492152-565650137
(pendaftaran perlu)

SUMBER:  Red Bull Energy Drink

Source: Red Bull Energy Drink
Keywords: Beverages Sports Travel