omniture

CHTF 2012: Tiga Rangkaian Produk Bersepadu Jadi Tumpuan

The Office of CHTF Organizing Committee
2012-11-01 14:50 298

SHENZHEN, China, 31 Okt, 2012 /PRNewswire-AsiaNet/ --

Pameran Teknologi Tinggi China (CHTF) 2012 akan dibuka pada 16 November di Shenzhen, dan akan mengetengahkan produk dan teknologi paling hangat dalam generasi baharu Teknologi Maklumat (IT), seperti pengkomputeran awan, penyepaduan tiga rangkaian atau "tri-network", Internet pelbagai, Internet mudah alih dan panel pintar, dan sebagainya. Sempena dengan program perintis penyepaduan tri-network di China, kawasan pameran bagi penyepaduan  tri-network pada CHTF 2012 merupaka tumpuan baharu pameran tahun ini.

Pada pameran ini, Shenzhen Topway Video Communication Co., Ltd akan menampilkan prekhidmatan baharu diluluskan untuk pengujian projek perintis penyepaduan tri-Network, di mana anda boleh melihat perubahannya ke atas kehidupan manusia menerusi penyepaduan tri-network. Menerusi dasar yang menggalakkan penyepaduan tri-network, China Broadcasting Network Company, sebuah rangkaian TV kabel nasional, yang akan ditubuhkan pada akhir tahun 2012, menjadikannya operatr rangkaian keempat di China. Pada 10 Februari 2012, Shenzhen Topway Video Communication Co., Ltd mengumumkan bahawa ia menerima jawapan daripada MIIT yang meluluskan perkhidmatan akses Internet untuk rangkaian TV kabel, perkhidmatan bernilai tambah untuk penghantaran data Internet dan perkhidmatan telefon IP domestik.

Satu lagi perkara yang menjadi tumpuan ialah IPv6, yang dibangunkan bersama oleh Shenzhen Media Group, Shenzhen Topway Video Communication Co. Ltd dan China Telecom di Shenzhen, yang akan berada dalam kawasan pameran penyepaduan tri-network, menampilkan fungsi hebatnya. Platform perkhidmatan dan gerbang keluarga pintar berasaskan IPv6 boleh mengawal lampu, langsir, unit penyaman udara, peranti akoustik dan TV dan sebagainya, menggunakan kawalan remote, telefon mudah alih atau kumputer peribadi (PC). Pv6 boleh meningkatkan pertahanan di dalam kawasan rumah dan menghantar amaran, yang membolehkan pengguna secara automatik menerima amaran menerusi teks atau mesej multimedia. Juga, berasaskan IPv6, perkhidmatan cekap seperti antara komunikasi visual, pemantauan video masa nyata dan hiburan audio dan video boleh disediakan.

Perusahaan yang relevan dengan penyepaduan tri-network, termasuk Shenzhen COSHIP Electronics, Jiuzhou, Konka dan Skyworth, akan membawa masuk produk, teknologi dan perkhidmatan dalam bidang penyepaduan tri-network termasuk NGB, HDTVs, media baharu (CMMB, network TVs dan IPTV dan sebagainya), 3D TV dan InfoAV dan sebagainya.

CHTF (Pameran Teknologi Tinggi China): berlangsung setiap tahun di Shenzhen sejak tahun 1999 dengan kelulusan daripada Majlis Negara PRC. Ia mendapat reputasi sebagai Pameran Teknologi No.1  di China, dengan pengaruh yang paling tinggi dan besar ; dianjurkan bersama oleh 10 Kementerian China dan Kerajaan Tempatan Shenzhen.

http://www.chtf.com/

SUMBER : Pejabat Jawatankuasa Penganjur CHTF Organizing Committee 

Source: The Office of CHTF Organizing Committee
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news