HONG KONG, 18 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Bagi memulakan musim panas ini, Harbour City telah menjemput salah seorang pengarca hiperealisme paling terkemuka di dunia, Cik Carole A. Feuerman untuk mengadakan pameran seni solo pertama beliau di Asia Pasifik bertempat di Harbour City mulai 18 Jun sehingga 5 Julai 2015. Dataran Hadapan Ocean Terminal akan ditukarkan menjadi kolam renang ilustrasi 3D dengan 5 arca hiperealisme yang indah. Cik Carole A. Feuerman akan terlebih dahulu melawat Hong Kong mulai 17 hingga 19 Jun, temu bual media adalah dialu-alukan.
Sila muat turun lebih banyak gambar karya Cik Carole A. Feuerman melalui: http://bit.ly/1HrOTVD
Lima arca akan dipamerkan dalam kolam renang ilustrasi 3D yang dicipta oleh 2 pengkarya visual Asia, Cik Karen Pow & En. Chao Harn Kae. Potret atlet Olimpik muda Lauren Perdue akan terbaring dalam kolam itu. Seorang perenang akan duduk di atas papan terjun sementara seorang lagi pula akan bersantai pada pelampung keselamatan. Di sisi lain, seorang perenang akan berada atas bebola perak di tepi kolam renang itu.
Kerjasama antara para pengkarya itu menggalakkan pertukaran budaya antara Timur dan Barat. Ia membangunkan sejenis bentuk seni jalanan baharu dengan mencipta ilusi optik tiga matra atas permukaan mendatar dua matra dengan arca 3D disepadukan dengan sempurna dalam lukisan 2D itu. Ia membawa sentuhan musim panas ke bandar itu dan bertindak sebagai seni jalanan interaktif yang dapat melibatkan para pemerhati serta berhubung dengan persekitarannya. Keseluruhan pengalaman itu benar-benar menawan, realistik, dan pada masa yang sama, bakal memukau apabila pemerhati menemui sudut pandangannya yang betul.
Pameran Seni Awam "Swimming by the Harbour" @ Harbour City
Tarikh: |
18 Jun - 5 Julai, 2015 |
Masa: |
10 pagi - 10 malam |
Tempat: |
Dataran Hadapan Ocean Terminal, Harbour City, Hong Kong |
Latar Belakang Carole A. Feuerman dan bentuk seni "hiperealisme" beliau
Carole A. Feuerman diiktiraf sebagai salah seorang pengarca hiperealisme yang paling terkemuka, berpengaruh, dan popular di dunia dengan kerjaya yang cemerlang selama empat dekad. Beliau tinggal dan bekerja di New York serta Florida. Menghasilkan karya gergasi serta bersaiz sebenar, beliau ialah satu-satunya pengkarya figuratif yang mempamerkan arca gangsa hiper realistik di luar dan atas air. Karya Carole telah dipamerkan di banyak pameran antarabangsa termasuk di Venice Biennales dan The State Hermitage. Beliau turut memenangi tempat pertama semasa Austrian Biennale, Florence Biennale, Pameran Seni Halus Olimpik 2008, dan pameran terbaik di Beijing Biennale. Karya beliau berada dalam kalangan koleksi terpilih Baginda Maharaja Jepun, Presiden Bill Clinton dan Setiausaha Negara Hillary Clinton, Henry Kissinger, Mikhail Gorbachev dan Koleksi Forbes Magazine, dsb. Koleksi awam terpilih termasuk di Grounds for Sculpture, Muzium Seni El Paso, Muzium Seni Boca Raton, Muzium Bass dan Art-st-Urban. Beliau pernah mengajar, memberi kuliah, dan mengendalikan bengkel di Muzium Seni Metropolitan dan Universiti Columbia, dsb. Harga runcit tertinggi bagi hasil seni beliau ialah USD 1 Juta. Arca gergasi beliau, Grande Catalina dipamerkan dalam A History of Western Art tulisan Antony Mason serta John T. Spike dan diterbitkan oleh Abrams Books dalam dua belas bahasa.
Arca figura manusia Carole benar-benar lain daripada kebiasaan. Karya beliau diperbuat daripada marmar, gangsa, vinil, dan resin berwarna serta menggunakan kedua-dua kaedah tradisional dan juga kontemporari. Hiperealisme memerlukan kemahiran teknikal yang sangat tinggi serta kehebatan luar biasa untuk mensimulasikan realiti palsu.
Arca manusia hiperealisme biasanya ditampilkan dalam bentuk lilin, yang mana secara perbandingannya, ia kurang tahan lama. Oleh itu Carole mencipta arca manusia hiperealisme beliau dalam cara yang unik agar arca itu boleh dipamerkan di luar bangunan. Mula-mula, Carole akan membuat acuan atas badan manusia sebenar dan akan membuat sarung resin yang diperbuat daripada poliester cair, sebelum menggunakan kertas pasir yang sangat halus untuk melicinkan sarung itu bagi membuat arca itu kelihatan seperti kulit sebenar. Kemudian beliau menghabiskan masa berminggu-minggu untuk menyembur ratusan lapisan cat tona warna kulit atas sarung itu, melekatkan rambut manusia sebenar agar dapat benar-benar menghidupkannya. Kebanyakan daripada karyanya menggunakan wajah seorang model, badan model lain, dan tangan serta kaki model ketiga. Beliau pernah mempunyai arca yang diukir berpandukan lima hingga enam orang berbeza.
Walaupun karya Carole direka agar ia nampak seperti sebenar yang mungkin, matlamat seni beliau bukan hanya untuk membuat arca yang serupa benda sebenar; karya beliau menceritakan sebuah kisah dan beliau mahu semua pemerhati melibatkan diri serta benar-benar merasakan emosi watak itu.
Talian Pertanyaan Harbour City: |
+852-2118-8666 |
Laman Sesawang: |
|
Facebook: |
@harbourcity #harbourcity #hcart |
Twitter: |
@hkharbourcity #harbourcity |
Instagram: |
@harbourcity #harbourcity #hcart |
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150618/8521503607-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150618/8521503607-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150618/8521503607-c
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20140721/8521404095LOGO