MOSCOW, 20 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Buat kali keempat, JSC Aeroflot (Ticker Moscow Exchange: AFLT), telah dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur sempena Anugerah Penerbangan Dunia Skytrax 2015.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150618/224173)
Pengiktirafan berprestij ini diberikan setiap tahun kepada syarikat-syarikat penerbangan terbaik dunia oleh Skytrax, sebuah firma British yang terkenal di seluruh industri penerbangan global kerana kadaran khidmat pelanggannya. Upacara Anugerah Penerbangan Dunia 2015 telah berlangsung hari ini di Pameran Udara Paris.
Aeroflot telah dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur buat kali ketiga berturut-turut dan kali keempat dalam sejarahnya. Tiada syarikat penerbangan udara lain di Eropah Tengah mahupun Eropah Timur yang pernah mencapai keputusan sedemikian.
Dikenali sebagai "Oscar Dunia Penerbangan", Anugerah Penerbangan Dunia Skytrax telah disampaikan setiap tahun sejak tahun 1999 berdasarkan tinjauan kepuasan pelanggan paling menyeluruh di dunia. Undian tersebut merangkumi lebih 160 buah negara dan melibatkan sehingga 20 juta peserta. Lebih 240 buah syarikat penerbangan - termasuk sekitar sedozen dari Rusia - bersaing dalam pelbagai kategori.
Kemenangan Aeroflot di rantau Eropah Timur mengesahkan reputasinya sebagai salah satu daripada syarikat penerbangan terbaik di Eropah. Ia menampilkan flit pesawat termuda di dunia dalam kalangan pengendali udara utama (dalam kalangan flit sekurang-kurangnya 100 pesawat). Tinjauan industri menunjukkan syarikat penerbangan utama Rusia itu menyediakan khidmat dalam penerbangan berkualiti premium untuk kedua-dua kelas ekonomi dan perniagaan. Penyediaan makanan dalam penerbangan sentiasa mendapat pujian bagi pilihan makanannya yang luas, rasa yang luar biasa dan nutrisi selain kemas kini menu yang kerap yang memberikan Aeroflot kelebihan daya saing ke atas pesaingnya. Pelanggan menghargai persekitaran dalam penerbangan yang selesa dan mesra. Tahun ini sahaja telah menyaksikan Aeroflot mendapat kedudukan tertinggi dalam kadaran penerbangan global bagi pramugari yang paling menarik, bergaya dan berpakaian terbaik.
"Kemenangan bagi anugerah Penerbangan Terbaik Eropah Timur buat kali keempat merupakan detik bersejarah bagi Aeroflot," kata Vitaly Saveliev, Ketua Pegawai Eksekutif Aeroflot. "Menjadi pemenang berulang Skytrax merupakan penghormatan yang besar. Sasaran utama Aeroflot adalah untuk menjadi lebih baik, lebih cekap, lebih kreatif - dan menawarkan pelanggan kami dengan tahap perkhidmatan bertaraf dunia. Kami bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan baharu, lebih pengiktirafan, termasuk mempertingkat penawaran perkhidmatan kami."
Latar Belakang Aeroflot
Aeroflot merupakan syarikat penerbangan utama Rusia dan salah satu kumpulan penerbangan terbesar di Eropah. Pada tahun 2014, Aeroflot telah membawa 23.6 juta penumpang (34.7 juta penumpang sebagai Aeroflot Group termasuk anak-anak syarikat), satu rekod bagi mana-mana syarikat penerbangan Rusia. Sebagai ahli persekutuan penerbangan global SkyTeam, Aeroflot dan rakan kerjasamanya memberi khidmat di 1,052 destinasi di 177 buah negara di seluruh dunia. Aeroflot mengendalikan flit termuda Dunia (dalam kalangan syarikat penerbangan utama), terdiri daripada 160 pesawat Airbus, Boeing dan Sukhoi. Aeroflot merupakan antara peneraju global dalam keselamatan penerbangan. Indeks Penilaian Keselamatan Pesawat Asing (SAFA) Komuniti Eropah syarikat itu, yang merupakan parameter keselamatan diiktiraf global yang utama, adalah setanding indeks global. Syarikat penerbanan Rusia pertama yang memasuki daftar Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA), memperbaharui pendaftarannya untuk kali keenam pada tahun 2015, Aeroflot telah berjaya lulus Audit Keselamatan IATA untuk Operasi Bumi (ISAGO) dan patuh ISO 9001:2008, ISO 14001:2004 sepenuhnya. Pada tahun 2015, Aeroflot telah dipilih oleh SKYTRAX sebagai Penerbangan Terbaik di Eropah Timur buat kali keempat. Ketahui lebih lanjut di http://www.aeroflot.com.
SUMBER Aeroflot