omniture

BeyondTrust tandatangani perjanjian pengedaran Westcon sebagai sebahagian usaha perluasan Asia

WestconGroup, Inc.
2015-06-20 22:05 180

-- Perjanjian pengedaran bakal penuhi keperluan rakan-rakan kerjasama di Indonesia, Filipina dan Singapura bermula dengan jelajah pendidikan bersama

SINGAPURA, 20 Jun, 2015 /PRNewswire/ -- BeyondTrust®, syarikat sekuriti siber global yang berdedikasi untuk menghapuskan secara proaktif pencerobohan data daripada penyalahgunaan kelebihan orang dalam dan serangan penggodaman luar, telah menandatangani perjanjian pengedaran Asia dengan Westcon, pengedar bernilai tambah yang terkemuka. Perjanjian itu akan membolehkan Westcon menawarkan keseluruhan portfolio BeyondTrust bersama khidmat bernilai tambah kepada 3,500 komuniti rakan kerjasamanya di seluruh Indonesia, Filipina serta Singapura.

"Asia merupakan rantau pertumbuhan tinggi untuk teknologi sekuriti maklumat dan Westcon menawarkan perkongsian hebat kerana falsafah yang dikongsi, pautan kukuh dengan saluran tempatan dan portfolio vendor yang menyediakan sinergi yang banyak," jelas Brent Thurrell, presiden EMEAI & APAC di BeyondTrust, "Perjanjian ini akan terus membantu kami menyokong rakan kerjasama sedia ada kami di seluruh rantau ini dan menyediakan peluang-peluang baharu untuk rakan-rakan kerjasama baharu turut serta dalam peluang latihan tempatan selain sokongan teknikal sebelum dan selepas jualan."

Penyelesaian Pengurusan Akaun Berkelebihan dan Pengurusan Keterancaman BeyondTrust dipercayai oleh 4,000 pelanggan di seluruh dunia termasuk beberapa ratus di Asia. Perjanjian baharu ini melibatkan sumber dibiayai yang berdedikasi dalam Westcon yang akan turut bekerjasama dengan rakan-rakan kerjasama bagi memantapkan akreditasi serta program generasi pimpinan tempatan.

Potensi penyelesaian BeyondTrust di rantau ini ditonjolkan oleh data daripada Laporan Ancaman Sekuriti 2013 daripada Sophos, vendor antivirus, yang melibatkan Indonesia dan Filipina di 5 buah negara teratasnya dengan Kadar Pendedahan Ancaman (TER) tertinggi: Diukur sebagai peratusan PC yang mengalami serangan perisian hasad (malware), sama ada berjaya atau gagal, sepanjang tempoh tiga bulan pada tahun 2012.

Menurut Patrick Aronson, naib presiden, Asia untuk WestconGroup, "Pengurusan Identiti dan Akses (IAM) merupakan bidang teknologi yang menunjukkan pertumbuhan hebat di Asia dan BeyondTrust menawarkan portfolio hebat yang digabungkan dengan keinginan yang tinggi untuk bekerja melalui model pengedaran dua peringkat di rantau ini.

"BeyondTrust meneruskan kedudukan kepimpinannya untuk tahun kedua berturut-turut dalam Panduan Pasaran PAM Gartner 2015 yang diterbitkan baru-baru ini dan kami percaya ia merupakan sekumpulan kecil vendor terpilih yang menyediakan set keupayaan asli yang lengkap."

"Sebagai teknologi utama dalam bidang ini dan sebahagian daripada portfolio sekuriti Westcon yang menyeluruh, kami melihat potensi yang hebat untuk mengembangkan perniagaan ini dan memenuhi keperluan kominiti rakan kerjasama kami dengan set solusi yang dipercayai serta disegani."

BeyondTrust akan melanjutkan model akreditasi berbilang peringkat sedia adanya merentasi peringkat Perak, Emas dan Platinum melalui perkongsian baharunya dengan Westcon bersama rakan-rakan kerjasama serantau sedia ada bagi mengekalkan pensijilan sebagai sebahagian daripada model pengedaran baharu itu.

Bagi memulakan perhubungan tersebut, BeyondTrust dan Westcon akan menjalankan jelajah kesedaran dan pendidikan bersama 500 hadirin di seluruh rantau ini pada bulan Jun dan Julai bagi menonjolkan kekuatan portfolio penyelesaian tersebut serta potensi yang ditawarkan kepada rakan-rakan kerjasama dan juga para pelanggan yang ingin mengukuhkan sekuriti IT daripada ancaman dalaman dan luaran. Jelajah ini termasuk:

  • 23 Jun di Jakarta, Indonesia
  • 25 Jun di Manila, Filipina
  • 16 Julai di Singapura

Nota untuk Editor:

Menurut Panduan Pasaran Gartner untuk Pengurusan Akses Berkelebihan mulai Mei 2015, Gartner menganggarkan bahawa saiz pasaran PAM mencapai $512 Juta pada tahun 2014. Pasaran untuk PAM terus berkembang dengan kadar pertumbuhan untuk tahun 2014 dianggarkan setinggi 32%.

Gartner tidak menyokong sebarang vendor, produk atau perkhidmatan yang dipaparkan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak menasihatkan pengguna teknologi untuk hanya memilih vendor-vendor yang memiliki kadaran tertinggi atau penentuan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak sepatutnya diertikan sebagai pernyataan fakta. Gartner menolak semua jaminan, yang dinyatakan atau dicadangkan, berkaitan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.  

Latar Belakang BeyondTrust

BeyondTrust merupakan syarikat sekuriti siber global yang berdedikasi untuk menghapuskan secara proaktif pencerobohan data daripada penyalahgunaan kelebihan orang dalam dan serangan penggodaman luar. Organisasi –organisasi korporat dan kerajaan bergantung kepada penyelesaian BeyondTrust untuk mengecilkan kadar serangan dan mengenal pasti ancaman mendatang. Platform kepintaran risiko bersepadu syarikat itu menampilkan kelebihan kompetitif dalam kemampuannya untuk mendedahkan risiko kritikal yang terlindung dalam jilid-jilid data pengguna serta sistem. Ini menyatukan jabatan IT dan Sekuriti, memperkasakan mereka dengan maklumat dan kawalan yang diperlukan untuk menghalang pencerobohan secara bersama, mengekalkan kepatuhan, serta memastikan kelangsungan perniagaan. Perniagaan Pengurusan Akaun Berkelebihan dan Pengurusan Keterancaman BeyondTrust dipercayai oleh lebih 4,000 pelanggan di seluruh dunia, termasuk separuh daripada Fortune 100. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang BeyondTrust, sila layari www.beyondtrust.com.

Latar Belakang WestconGroup

WestconGroup, Inc. merupakan pengedar bernilai tambah bagi penyelesaian komunikasi bersatu, infrastruktur rangkaian, pusat data, dan sekuriti yang menerajui kategori dengan rangkaian global pengedar semula khusus. Syarikat ini dibawa ke pasaran melalui jenama Comstor dan Westcon. Pasukan WestconGroup berada di lebih 60 buah negara di seluruh dunia, mewujudkan program unik dan menyediakan sokongan luar biasa untuk memesatkan perniagaan rakan-rakan kongsi globalnya. Perhubungan kukuh membolehkan rakan-rakan kerjasama menerima sokongan yang sesuai dengan keperluan mereka. Daripada logistik global dan penyelesaian pembiayaan tersuai yang fleksibel kepada bantuan sebelum jualan, bantuan teknikal dan kejuruteraan, syarikat ini bekerjasama dengan rakan-rakan niaganya untuk bertindak balas dengan ketangkasan serta kepantasan kepada keadaan pasaran yang berubah supaya mereka dapat mencapai masa untuk memperoleh hasil yang terpantas. Portfolio vendor WestconGroup yang menerajui pasaran termasuk: Cisco, Avaya, Juniper, Nimble Storage, Polycom, VMWare dan VCE, antara lainnya. Sebarang maklumat lanjut, sila lawati www.westcongroup.com.

Maklumat Perhubungan:
Wendy Tey
Westcon Group Pte Ltd
Wendy.tey@westcongroup.com

 

 

 

 

Source: WestconGroup, Inc.
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics High Tech Security Corporate Expansion