ESSEN, Jerman dan NOVI, Michigan, 20 Jun 2015 /PRNewswire/ -- ThyssenKrupp Carbon Components dan Maxion Wheels telah menubuhkan perjanjian kerjasama untuk membangunkan dan memasarkan roda hibrid aluminum dan gentian karbon ultra ringan baharu yang inovatif bagi pasaran OEM kenderaan premium. Kepakaran gabungan ThyssenKrupp, pembekal komponen automotif global utama serta penginovasi dalam aplikas gentian karbon dan bahan ringan, dengan Maxion Wheels, pengeluar roda terbesar dan paling inovatif dunia, akan menawarkan pelanggan dengan manfaat prestasi luar biasa pada kadar harga yang menarik.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150511/215114LOGO
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150619/224304LOGO
Teknologi digabungkan ini dapat menjana penjimatan berat sehingga 40% dibandingkan dengan roda aluminum bertempa prestasi tinggi dan pada masa yang sama menawarkan gaya bernilai tinggi. Pasukan ThyssenKrupp Carbon Components – Maxion Wheels akan bekerjasama dengan OEM untuk membangunkan penyelesaian tersuai untuk memenuhi keperluan khusus mereka.
"Dengan roda hibrid gentian karbon-aluminum, kami menawarkan pilihan unik kepada pelanggan kami dalam segmen mewah dan kereta sport untuk membezakan mereka melalui teknologi serta rekaan. Perjanjian kerjasama dengan Maxion Wheels menandakan pencapaian penting dalam pembangunan teknologi roda gentian karbon kami. Ia menunjukkan kematangan teknologi yang telah kami capai dan menggabungkan inovasi kami dengan peneraju utama dalam industri roda. "Pengkomersilan merupakan langkah logik yang seterusnya," kata Dr. Jens Werner, Pengarah Urusan di ThyssenKrupp Carbon Components.
Berasaskan pembangunan ThyssenKrupp Carbon Components dalam roda hibrid gentian karbon, berserta teknologi pintalan uniknya, rakan kerjasama itu telah membina dan menguji secara lanjut prototaip untuk kegunaan kereta mewah dan SUV. Pengujian berlangsung di makmal ujian Maxion Wheels yang disahkan. Selain itu, pasukan ThyssenKrupp – Maxion Wheels bekerjasama dengan Volkswagen Group untuk menguji prototaip pada sesebuah kenderaan. Ujian jalan awam telah menunjukkan prestasi yang dipertingkat, contohnya penyerapan lebih baik yang membawa kepada kurang getaran dan bunyi jalan.
Maxion Wheels dan ThyssenKrupp Carbon Components akan terus meningkatkan cadangan nilai roda hibrid aluminum dan gentian karbon itu. Sebagai sumbangan penting, Maxion akan membawakan cakera aluminum tempaan cecair inovatif mereka kepada kerjasama tersebut, yang menawarkan ciri-ciri bahan setanding roda tempaan tradisional pada kos yang lebih rendah dan dengan kefleksibelan reka bentuk penuh roda tetuang.
"Roda aluminim/gentian karbon yang kami bangunkan melalui kerjasama kami dengan ThyssenKrupp akan mengisi nic penting dalam pasaran kenderaan ultra ringan," kata Kai Kronenberg, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan & Inovasi Global di Maxion Wheels. "Ia akan memberi manfaat kepada pelanggan kami dengan memperluas rangkaian produk dan kemampuan kami yang cukup luas, sambil meningkatkan kedudukan kepimpinan kami dalam industri."
Kerjasama ThyssenKrupp Carbon Components – Maxion Wheels akan melibatkan pembangunan dan pengkomersilan roda hibrid aluminum/gentian karbon ultra ringan. Inisiatif jualan bersama dan pasukan sokongan akan menghubungkan pasaran untuk membawakan kemampuan dan roda baharu yang akan memberikan manfaat kepada pelanggan hingga masa hadapan.
Latar Belakang ThyssenKrupp:
ThyssenKrupp merupakan kumpulan perindustrian pelbagai dengan kekuatan tradisi dalam bahan dan bahagian berkembang perniagaan barangan modal dan perkhidmatan. Sekitar 155,000 kakitangan di hampir 80 buah negara bekerja dengan penuh minat dan kepakaran teknologi bagi membangunkan produk berkualiti tinggi serta proses perindustrian pintar dan juga perkhidmatan untuk kemajuan yang mampan. Kemahiran dan komitmen mereka menjadi dasar kejayaan Kumpulan ini. Pada tahun fiskal 2013/2014 ThyssenKrupp menjana jualan sekitar €41 bilion.
Latar Belakang Maxion Wheels
Maxion Wheels mengeluarkan roda untuk kereta penumpang, trak ringan dan trak komersil serta treler. Syarikat ini juga mengeluarkan roda keluli untuk aplikasi ketenteraan, pertanian dan lain-lain aplikasi luar lebuhraya. Dengan lebih 100 tahun pengalaman dalam pembuatan roda dan melebihi 10,000 kakitangan di seluruh dunia, Maxion merupakan pengeluar roda terbesar dunia, kini menghasilkan 65 juta roda setahun dan menjana Jualan melebihi 2 bilion USD. Syarikat ini memenuhi keperluan pelanggan OEM global daripada 21 operasi di 12 buah negara di 5 benua, dan memiliki pusat teknikal tercanggih di Amerika, Eropah serta Asia. Lawati laman sesawang kami di www.maxionwheels.com.