omniture

TCL-IMAX Lancarkan Sistem Pawagam Persendirian Utama Dunia "Palais"(TM)

TCL Corporation
2015-06-21 12:15 139

SHENZHEN, China, 21 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Pada 17 Jun, TCL-IMAX, satu usaha sama yang diwujudkan oleh TCL Multimedia Technology Holdings Limited dan IMAX Corporation, telah mengadakan sidang akhbar di Shanghai, China, bagi mengumumkan pelancaran Pawagam Persendirian "Palais"™ IMAX. Produk ini menandakan satu lagi langkah penting oleh TCL Corporation dalam pasaran pawagam rumah berikutan pelancaran "Pawagam  Segerak" GoLive.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150619/224320

"Palais"™ merupakan produk pertama TCL-IMAX hasil daripada dua tahun penyelidikan dan pembangunan bersama. Syarikat itu telah ditubuhkan di ibu pejabat IMAX Corporation di Los Angeles pada tahun 2013, dengan matlamat untuk membangunkan, mencipta dan menghasilkan sistem pawagam dalam rumah premium.

Pawagam  Persendirian "Palais"™ IMAX, menurut Tomson Li Dongsheng, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TCL Corporation, telah menyepadukan kelebihan TCL dalam kemampuan perkakasan dan perisian, dengan teknologi video serta audio tercanggih IMAX. "Pengguna dapat menikmati kandungan pawagam rumah tersuai khas dan yang terbaik dalam perkhidmatan penyelenggaraan kelengkapan".

Ketua Pegawai Eksekutif IMAX, Richard Gelfond, menambah bahawa "Palais"™ merupakan kemudahan pawagam rumah sehenti pertama yang menggunakan teknologi IMAX paling canggih di rumah. Ia menyampaikan teknologi pancaran dan bunyi terbaik dalam kelasnya milik IMAX sebagai sebahagian daripada sistem pawagam rumah pertama yang sedia digunakan sepenuhnya daripada satu sumber."

Pada sidang akhbar tersebut, Tomson Li mengalu-alukan IMAX sebagai penyedia penyelesaian audio-visual utama dunia yang dihormati. Beliau menyatakan kepercayaannya yang kerjasama antara TCL dan IMAX akan memberikan pengguna yang mencari kesan audio-visual premier dengan pengalaman hiburan tanpa bandingan. Sementara itu, Rich Gelfond menyatakan TCL sebagai syarikat paling pesat membangun dalam industri teknologi hiburan global, yang memiliki kapasiti pengeluaran yang kukuh, rangkaian edaran yang meluas, dan pengalaman pemasaran yang beraneka dalam bidang elektronik pengguna B2C yang dapat bertindak sebagai sokongan mantap untuk Pawagam Persendirian "Palais"™ IMAX.

"Palais"™ bukanlah penampilan sulung TCL Corporation dalam pawagam rumah. Pada bulan Mei, ia telah menyokong anak syarikatnya, GoLive TV Tech Co., Ltd untuk melancarkan program rintis, "Pawagam Segerak", bersama Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Filem China, institut penyelidikan saintifik berorientasikan kebajikan awam peringkat kebangsaan China. Berbanding "Pawagam Segerak" GoLive yang menyasarkan golongan awam, "Palais"™ TCL-IMAX merupakan sistem pawagam persendirian tahap tertinggi yang menyasarkan pengguna mewah. Pelancaran "Pawagam Segerak" GoLive dan Pawagam Persendirian "Palais"™ IMAX memastikan TCL memiliki liputan penuh dalam segmen umum dan tahap tinggi perniagaan pawagam rumah.   

Hubungi:
Marta Chen
Nombor Telefon: +86-0755-33313868
E-mel: chenxuejun@tcl.com

Source: TCL Corporation
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Entertainment Multimedia/Online/Internet Joint ventures New products/services