-- KEPServerEX V5.18 menambah baik pengalaman pengguna dan meningkatkan kemampuan pelanggan untuk memanfaatkan kelebihan set ciri penuh ABB Totalflow
PORTLAND, Maine, 23 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Kepware® Technologies, sebuah syarikat pembangunan perisian yang memfokuskan komunikasi untuk automasi, hari ini mengumumkan pelancaran KEPServerEX® versi 5.18. Peningkatan penting menawarkan keterhubungan peranti tambahan serta pengalaman pengguna lebih baik untuk para pelanggan dalam pelbagai industri utama, termasuk Pembuatan, Minyak & Gas, serta Kuasa & Utiliti.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130402/NE86794LOGO
"Keluaran produk terbaharu kami merupakan contoh terbaik untuk menunjukkan kepentingan yang diberikan Kepware kepada maklum balas pelanggan," kata Tony Paine, Ketua Pegawai Eksekutif Kepware. "Komitmen kami untuk memenuhi keperluan pelanggan mencetuskan peningkatan kebolehgunaan dan ciri penting – termasuk penyuntingan tag masa sebenar serta sokongan yang lebih luas bagi teknologi pengukuran dan pemantauan ABB."
KEPServerEX versi 5.18 merangkumkan kemas kini penting yang berikut:
"Sistem pengukuran dan automasi jarak jauh ABB Totalflow sudah terbukti dapat meningkatkan kejituan, kecekapan, keselamatan dan produktiviti kemudahan minyak dan gas secara dramatik," kata Scott Peterson, Pengurus Jualan AS, ABB. "Dalam pasaran yang mana pengukuran jitu dan pengendalian cekap sangat kritikal, ABB boleh mendapat faedah signifikan daripada sokongan penyedia komunikasi terkemuka seperti Kepware. Peningkatan berterusan Kepware untuk pemacu ABB Totalflow mereka membolehkan pelanggan memanfaatkan dan menyepadukan set ciri penuh sistem Totalflow dengan pelbagai kegunaan dan reka bentuk, meningkatkan kemampuan pengukuran serta analisis data penyelesaian kami secara berkesan."
KEPServerEX versi 5.18 juga menampilkan kemas kini ciri kepada 32 produk, termasuk peningkatan signifikan terhadap pemacu Pelanggan OPC UA, pemalam Tag Canggih, dan pemalam Penjadual. Ia termasuklah ROC Fisher baharu dan pemacu Eternet ROC Plus untuk Suite ROC Fisher, serta sokongan OpCode tambahan dalam semua pemacu Suite ROC. Baru-baru ini, Kepware turut memperkenalkan ClientAce versi 4.0.2.7, kit alat pembangun .NET yang membolehkan pengatur cara aplikasi mencipta pelanggan OPC tersuai khusus.
Sila lawati Kepware Technologies secara dalam talian atau hubungi wakil di +1 (207) 775-1660 atau sales@kepware.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Latar Belakang Kepware, Inc.
Kepware Technologies merupakan sebuah syarikat pembangunan perisian swasta yang beribu pejabat di Portland, Maine. Kepware menyediakan portfolio penyelesaian perisian untuk membantu perniagaan menghubungkan pelbagai peranti automasi dan aplikasi perisian. Daripada tapak loji ke tapak telaga hingga ladang angin, Kepware berkhidmat untuk pelbagai pelanggan dalam banyak pasaran utama termasuk Pembuatan, Minyak & Gas, Automasi Bangunan, Kuasa & Utiliti, dan banyak lagi. Ditubuhkan pada tahun 1995 dan kini diedarkan di lebih 100 buah negara, penyelesaian perisian Kepware membantu ribuan perniagaan menambah baik operasi dan proses membuat keputusan. Ketahui lebih lanjut di www.kepware.com.
Wakil Media
Ryan Lilly
rlilly@matternow.com
+1-978-518-4533
www.matternow.com