omniture

Penyertaan Pertandingan Foto CGAP 2015 Kini Dibuka

CGAP
2015-06-23 23:00 137

WASHINGTON, 23 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Ketika CGAP meraikan sepuluh tahun kejayaannya dalam menonjolkan fotografi luar biasa daripada golongan amatur serta ahli-ahli profesional seluruh dunia, Pertandingan Foto 2015 tahunannya kini dibuka untuk menerima penyertaan.

Alami Hebahan Berita Multimedia interaktif di sini:  http://www.multivu.com/players/English/7267353-cgap-photo-contest/

Photo -  http://photos.prnewswire.com/prnh/20150623/224869

Hantarkan penyertaan anda ke Pertandingan Foto CGAP 2015 secara dalam talian sebelum 9 September 2015

Sepanjang sedekad lepas, Pertandingan Foto CGAP telah mendokumentasikan cara hebat yang dapat memberi akses kepada perkhidmatan kewangan formal yang boleh memperbaiki kehidupan orang-orang miskin. Banyak sudah berubah dan berkembang sejak beberapa tahun ini dan platform inovatif seperti perkhidmatan kewangan digital menawarkan harapan serta cabaran kepada lebih 2 bilion orang yang tidak mendapat akses perbankan di seluruh dunia.

Bagi memberi tumpuan kepada bidang rangkuman kewangan yang semakin berubah, pertandingan tahun ini akan memfokuskan empat tema penting: perkhidmatan kewangan digital; penggunaan perkhidmatan kewangan oleh wanita; kewangan mikro untuk perusahaan perniagaan kecil; dan petani pegangan kecil serta keluarga mereka. Penyertaan boleh melibatkan pelbagai produk, institusi, serta pendekatan dalam lingkungan tema ini, dan boleh menyentuh pelbagai isu sosial, ekonomi, pembangunan, dan teknologi. Penyertaan adalah dialu-alukan daripada semua rantau, temasuk kawasan luar bandar mahupun bandar.

Pemenang lepas termasuk imej memukau dan kreatif yang pernah dipaparkan dalam media global terkenal. The Guardian menyebut tentang pertandingan tahun 2014, yang menerima hampir 5,000 penyertaan daripada 95 buah negara, untuk "meningkatkan kesedaran tentang kepentingan peningkatan akses kepada perkhidmatan kewangan," dan Business Insider pula menyatakan pertandingan itu menonjolkan "foto pemberi semangat yang memperlihatkan para usahawan dalam dunia membangun."

Beberapa hadiah akan disediakan pada tahun 2015, termasuk hadiah pertama, kedua, dan ketiga, serta pemenang mengikut rantau dan juga anugerah Pilihan Ramai yang ditentukan oleh undi popular. Proses pengundian akan berlangsung antara 10 hingga 17 September.

Bantulah dengan menunjukkan kepada dunia, melalui fotografi, "wajah" rangkuman kewangan dan sejauh mana akses kepada perkhidmatan kewangan yang dipertingkat boleh memperbaiki kehidupan orang-orang miskin. Hantarkan foto anda dan kongsi pengumuman ini dalam rangkaian anda.

Latar Belakang CGAP
CGAP (Kumpulan Perunding untuk Membantu Orang Miskin) merupakan perkongsian global yang terdiri daripada 34 organisasi terkemuka yang berusaha memajukan rangkuman kewangan. CGAP membangunkan penyelesaian inovatif melalui penyelidikan praktikal serta penglibatan aktif dengan penyedia perkhidmatan kewangan, pembuat dasar, dan pembiaya bagi membolehkan pendekatan mengikut skala. Terletak di Bank Dunia, CGAP menggabungkan pendekatan pragmatik kepada pembangunan pasaran bertanggungjawab dengan platform sokongan berasaskan bukti bagi meningkatkan akses kepada perkhidmatan kewangan yang diperlukan oleh orang-orang miskin untuk memperbaiki kehidupan mereka. Maklumat tambahan di www.cgap.org.

Source: CGAP
Related Links:
Keywords: Art Broadcast feed announcements Corporate Social Responsibility Domestic policy New products/services