GOTHENBURG, Sweden, 24 Jun 2015 /PRNewswire/ --
Setelah 25 tahun bergelut dengan kekangan bahasa dalam perdagangan antarabangsa, seorang ahli perniagaan Sweden telah melancarkan satu pasaran dalam talian dengan 39 bahasa, bagi tujuan memenuhi keperluan 5.5 bilion orang.
Dengan menggunakan mesin terjemahan, Commercus.com membolehkan perniagaan dan pengguna memasukkan iklan sehingga 39 bahasa, mendekati pembeli dan penjual di lebih 100 pasaran paling padat di dunia.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150615/749036-a )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150615/749036-b )
"Pengangkutan adalah murah, mudah untuk memindahkan wang dan dunia ini dipenuhi dengan mereka yang gemar menjalankan perniagaan. Namun, walaupun globalisasi telah banyak berkembang, kekangan bahasa tetap menjadi halangan," kata pengasas, Andreas Isaksson.
Setelah 25 tahun berkecimpung dalam perniagaan antarabangsa, beliau telah menyaksikan cukup banyak kekeliruan. Dilahirkan dan dibesarkan di sebuah ladang di luar Gothenburg, Sweden, Isaksson telah mengejar kerjaya dengan menjual trak Volvo. Suatu pengembaraan pertama telah ditemuinya di Iran.
"Saya telah ke sana dalam lawatan perniagaan pada tahun 1990, dan akhirnya tinggal di sana selama tiga tahun. Saya mengembara ke seluruh negara, dan hampir tiada sesiapa dalam komuniti perniagaan memahami sepatah perkataan pun daripada apa yang saya ingin katakan," kata Isaksson.
Dalam urusannya dengan dunia perniagaan, satu pola telah muncul. Isaksson telah dihantar untuk menjual trak di Rusia, Hungary serta Turki, dan terpaksa menggunakan khidmat jurubahasa untuk berkomunikasi dengan para pelanggan. Setelah meninggalkan Volvo, beliau bekerjasama dengan pengilang alatan mesin Jepun, yang mana prosedur yang sama telah berulang. Akhirnya, beliau menyedari Bahasa Inggeris bukanlah bahasa global seperti yang dipercayai ramai.
"Menjalankan perniagaan adalah tentang menyampaikan tawaran, tetapi itu sukar dilakukan apabila anda tidak dapat berkomunikasi dengan betul. Sepanjang kerjaya saya, saya telah bergantung kepada jurubahasa, dan ia seperti bekerja dalam kegelapan," kata Isaksson.
Kini, pengalamannya telah mencetuskan idea pasaran global bagi barangan dan perkhidmatan. Sementara alternatif sedia ada biasanya terkhusus mengikut negara, berasaskan satu bahasa tunggal, Commercus.com menggunakan mesin terjemahan untuk memaksimumkan impak potensi setiap iklan. Pengguna menyiarkan iklan dalam bahasa ibunda mereka, memilih antara lebih 400 kategori, dan selepas itu iklan-iklan tersebut diterjemah secara automatik ke dalam sebarang bahasa pilihan pada kadar €3 bagi setiap bahasa.
"Sehingga kini, belum terdapat cara untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan anda pada tahap yang benar-benar global," kata Isaksson.
Untuk mengalu-alukan pengguna baharu, 150,000 iklan pertama termasuk terjemahan adalah percuma sepenuhnya.
Maklumat hubungan
Andreas Isaksson
Telefon: +46-706-344-588
info@commercus.com
http://www.commercus.com
Sumber: Commercus.com